Friday, August 10, 2018

Safi Dermasafe Media Launch

Assalammualaikum and hi everyone!

Korangg peminat setia pembersih muka Safi? Jika ya, atau jika korang tidak pernah menggunakan produk Safi pun, korang mesti happy dengan rangkaian produk pembersih muka yang baharu daripada Safi Malaysia ni!!

Seperti yang kita ketahui, Safi Malaysia ada berbagai jenis rangkaian pembersih muka kan, seperti Safi Balqis, Safi Rania Gold, Safi Sari Mentimun & Habbatus Sauda dan berbagai lagi kan? Tapi masih rasa tak complete lagi sebenarnya.. Masih ada satu rangkaian yang perlu Safi Malaysia keluarkan untuk sempurnakan rangkaian produk mereka. Tapi apa dia ya?


Ha.. yang inilah yang kita tunggu tunggu selama ni iaitu perkenalkan... Safi Dermasafe ! Safi Dermasafe ialah produk rangkaian pembersih muka terbaharu daripada Safi Malaysia yang mesra kulit, bebas alergen dengan formulasi manfaat kecantikan semulajadi! Produk ini hypoallergenic dan sangat sesuai dengan korang yang ada kulit sensitif. Jangan risau dan jangan sedih. Hidup ini memang sementara tapi terlalu indah untuk korang bermurung! Percayalah setiap masalah pasti ada penyelesaiannya!

Keep Calm 

&

Safi Dermasafe

ON


Safi Dermasafe adalah rangkaian produk penjagaan wajah 'mesra kulit' yang diuji secara dermatologi,tanpa alergen dan diperakui halal, mempunyai kadar pH yang seimbang, dengan rangkaian produk pembersih wajah tanpa paraben. Formulasi bahan-bahan juga bebas daripada pewangi, pewarna, alkohol, minyak mineral dan ujian ke atas haiwan.


Semasa Safi Dermasafe Media Launch, Safi Malaysia turut menjemput beberapa pakar estetik perubatan dan eksekutif jenama Safi, Cik Aishah Zulkifli.

Cik Aishah Zulkifli menjelaskan, semenjak Safi mulai diperkenalkan 30 tahun lalu, Safi memahami impian setiap wanita yang mahu memiliki raut wajah idaman iaitu kulit yang sihat kunci keyakinan diri mereka dan setiap wanita mempunyai keperluan kulit yang khusus. 

Salah seorang pakar estetik perubatan, Dr Maryati Maharon pula dalam ucapannya menegaskan, faktor utama wanita moden kini mengalami masalah kulit sensitif adalah akibat terdedah kepada pencemaran luar, komitmen kerjaya yang memerlukan mereka menjaga penampilan membuatkan mereka kerap mencuba pelbagai produk penjagaan kulit serta bersolek dalam tempoh yang lama.

Bila kita mengalami masalah kerengsaan kulit, ruan dan jerawat, itu sebenarnya adalah kesan sementara daripada menggunakan produk yang tidak sesuai dengan kulit kita. Sekaligus menjadikan kulit kita, kulit sensitif.

Jadi Safi Dermasafe ini amatlah sesuai digunakan untuk semua jenis kulit sehingga dapat mengurangkan risiko kulit sensitif yang lebih teruk. 


Welcoming speech by Chief Executive of Wipro Unza Malaysia Sdn Bhd, 
Mr Sriram Krishnamurthy


Safi Dermasafe is officially launched!
Congratulations Safi Malaysia!


Our fun activity during Safi Dermasafe launching! Making our own Terrarium! Haha I was so excited as this was my first time making my own terrarium.
 Go green!


Cantik tak hasilnya? Mari doakan supaya panjang umur ya kaktus ku ini..xD


Next post, I will be review about all of the Safi Dermasafe products ok? Stay tuned ya. You don't want to miss this :) Thank you so much Safi Malaysia for having me!


Korang semua boleh dapatkan Safi Dermasafe ini eksklusif hanya di Watsons ya? Bawa bertenang, kerana Safi Dermasafe adalah jawapannya!

Thanks for reading!

Much love, 
Ajwin

Event by : Tell PR & Events
                Ilya Qastalanni (tellprkl@gmail.com)

No comments: