Friday, November 2, 2018

Pelancaran Zakat2U.com.my

Assalammualaikum and hi everyone!

Alhamdulillah semalam selesailah sudah pelancaran Zakat2U.com.my oleh Pusat Pungutan Zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP). Pelancaran Zakat2U.com.my versi 4.0 ini mempunyai lebih banyak kelebihan selaras dengan perubahan teknologi pada masa kini bagi memudahkan umum di Wilayah Persekutuan menunaikan kewajipan berzakat. Melalui kemudahan ini, pelbagai urusan pembayaran zakat dapat dilakukan menerusi dalam talian (online) dengan sangat mudah dan cepat!


Majlis Pelancaran Zakat2U.com.my bersama PPZ-MAIWP

Jadi tiada alasan lagi jika tidak mempunyai masa atau sibuk, kerana sangat mudah untuk membayar zakat sekarang. Lebih lebih lagi kita wajib menunaikan zakat ini. Tahniah buat PPZ-MAIWP atas usaha memudahkan umat Islam umumnya di kawasan Wilayah Persekutuan dalam pembinaan laman web terbaru, Zakat2U.com.my ini. 


Antara kelebihan terkini yang disediakan menerusi portal Zakat2U.com.my (versi 4.0) ini ialah,


  • Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkas
  • Melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan penggunaan Troli Zakat
  • Penggunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya
  • Bacaan doa untuk para muzakki setelah selesai pembayaran zakat
  • Integrasi pembayaran zakat menggunakan chatbox FB Messenger

Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff melancarkan Zakat2U.com.my

Pelancaran perkhidmatan laman web Zakat2U.com.my versi 4.0 ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. PPZ-MAIWP akan sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan pembayaran zakat kepada umum di Wilayah Persekutuan agar tiada lagi halangan untuk mereka menunaikan zakat agar ia dapat mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Zakat, 1-300-88-5757.

Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera

1 comment:

Alialisakreatif Blogspot said...

Terbaik perkhidmatan dari ppz ni.. Semoha dipermudahkan