Saturday, August 29, 2009

Buka Puasa @ One Utama

Pheuww.Penat betul pergi buka puasa dengan rakan-rakan semalam.Ceh padahal semalam tau. Menipu gila masih penat.Tapi betullah penat.Eh tak penat lah.Urm penat sikitlah.Okay okay tak penat.+_+

Hmm.Penatlah.Kalau nak tahu cerita atau gambar kami berbuka puasa,rujuk blog YnaaOhYnaa sajalah.Sama saja jalan cerita.Okay bai.Hahaha.Gila pemalas. Okay fine.Saje je lah.Saje je nak buat gimik di pagi Ramadhan yang ceria ini.Perghh saya macam Helmi Gimmick kan?

Okay.Let's proceed.Semalam saya telah mencipta satu kenangan abadi bersama rakan-rakan saya iaitu Sara, Nurul, Ika, Ynaa, Azwan, Shafie dan Imran. Agak excited kerana ramai yang mahu mencipta kenangan.Mula-mula sikit je yang nak join tetapi lama lama jadi bukit.Baguslah.Saya bangga.*Tetibe bangga.Pelik tak?

Pada mulanya,saya ingat Imran si photographer handalan tu bawa dia punya DSLR,boleh lah tayang gambar lawa sikit dalam blog ni.Tetapi harapan saya punah hancur luluh begitu sahaja apabila dia tidak membawanya bersama.Tetapi saya redha.Nasib baik saya bawa camera digital saya.Haishh.Saya kan budak pintar.Haha.What the.

Sebelum berbuka,kami telah menonton cerita I Love You Beth Cooper.

Cerita ini best juga.Kelakar dan romantik!Okay sekarang korang boleh bayangkan lah kalau cerita romantik orang putih bagaimana,habis semua kurang pahala puasa menonton cerita ini.

Lepas tu baru kami pergi cari restoran untuk berbuka.Okay 8 orang kan kesemuanya.Okay guys berjalan dalam kumpulan!!Nanti ada yang hilang!Haha. Kami ke Carls Jr.Tetapi takde rezeki.Carls Jr dah penuh.Kami 8 sekawan pun meneruskan perjalanan dan perjuangan yang belum selesai ini sambil menyanyi lagu Do Re Mi.*Tetibe.Akhirnya berkat doa masing masing,kami berjaya mendapatkan tempat kosong cukup 8 orang disebuah restoran yang dikenali sebagai Burger King.


Berada di sebuah tempat yang dikenali sebagai toilet.

Kami 8 sekawan.
Ini bukti kami berbuka puasa di Burger King.Tapi hanya burger Ika dan Sara je yang King.

I like that boom boom pow.Them chickens jackin my style.They try to copy my swagger.I'm on that next shit now.*Tetibe nyanyi.

Saya tak order large.Tapi dapat large.Dahla time ni,mata saya sakit.Lagi mau bagi set large.


Ajwin Ajeera likes this.
Ajwin Ajeera likes this also.


Macam reunion dah.Macam Konsert Reunion Akademi Fantasia kan?


Jeng jeng jeng.Kreatif kan kami snap gambar begini?Ceh padahal dah ramai orang buat tau.

Romantik kan kami.Tolong jangan nafikan.
Elehh..Budak budak ni nak lompat konon..Nak lompat tak jadi..


Okay.Itu sahaja laporan dari saya.Selamat menjalani ibadah puasa! Salam hormat dan salam sejahtera.(:

Tuesday, August 25, 2009

Dove 3R Freshy


Hi kawan.Alhamdulillah Awin tersenarai dalam shortlisted participant for Dove 3R Freshy. Jangan salah faham.Ini bukan contest mencari pengacara 3R tapi contest mencari pengacara for Freshy,a new TV programme for women and youth.

Jadi,Awin telah dipanggil untuk interview.Omaigad,nervous weh.Mamaaaaa tolongggggggg.

Date of audition will be on 5th September 2009,Saturday at Red Communications,Petaling Jaya.

Pheuww.Hati dah berkacuk berdebar dah.Macam ni ke perasaan bila jatuh cinta? *Tetibe.

Haa,LipIce Bibir Menawan Contest hari tu Awin dapat Saguhati saja.Maknanya bibir Awin menawan sikit sikit je.Sipi sipi je kat hujung bibir je menawan.=p Dipersilakan lempang saya sekarang.So,thanks for those who has voted for me!Love ya'll!!

Konklusinya,no need to vote guys just wish me luck ya.Love ya'll!! ahax gedik gila okay bai.

I wrote this letter when I was 5.

Hai kawan.Nak tahu something?Waktu Awin umur 5 tahun,Awin ada tulis sepucuk surat untuk family.Itu surat pertama Awin tulis.+_+.Waktu tu Mama tengah kemas rumah.Awin kacau kacau Mama.Then Mama marah.Awin ingat lagi,waktu tu Awin memang rasa sedih gila babai punya wa cakap lu.Lepas tu Awin tulis surat then bagi kat Mama time tu jugak.Mama baca.Lepas tu Mama gelak terus peluk Awin.Malam tu terus Mama bawak gi jalan jalan kat Paris.Eh tu tipu.


Korang bacalah surat bawah ni.Klik la untuk tumbesaran bersama.

Kalau tak nampak,Awin tulis sikit disini.

Mama abang papa.Ajwin buat keputusan ini untuk menigal rumah itu.Mama ajwin sayang mama papa ajwin sayang papa abang ajwin sayang.

Okay.I miss them so much now.Takpe.Minggu ni Awin balik KL!Tak sabar tak sabar! (ceh padahal every week balik.+_+)

Friday, August 21, 2009

Hish.Malunya nak cakap ada fanclub

Haishh.Macam mana nak cakap ni.Malu lah.Okay lah cakap jugak. Semalam saya telah mengcreate satu lagi account Facebook.Tapi account fanclub. Ala janganlah gelak dulu. Dengar dulu penjelasan saya.+_+.Bukan saya saja-saja buat account tu.Sebabnya ialah baru saya tahu yang account biasa Facebook hanya boleh memuatkan 5000 friends.Tapi kalau fanclub,friends is unlimited.Thanks to YnaaOhYnaa.(: Kalau tak,tak tahu pun.So,best lah kan? Dan bagi saya,itu bukan fanclub,tapi friendclub.Heh.Account lama masih ada dan mungkin akan didelete.

Jadi,kepada kawan-kawan marilah join friendclub saya okay.Just search Ajwin Ajeera di search engine Facebook.Thanks.Jumpa di sana!!Hakhak.

Gambar portfolio untuk 'friendclub'.Hahaha.Gampang gila wehh ada portfolio bagaii.

Gambar untuk covergirl Dara.Com eh takla acah je.Haha.Kabot.


Ambik kau.Double chin taknak terkeluar pulak kan.



Happy Fasting to all my beloved readers!Mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau terguris hati mana-mana pihak.Syukur Alhamdulillah kita masih berpeluang bertemu bulan Ramadhan yang mulia ini.Ingat,jaga mata,jaga mulut dan jaga hati.Hee.
t
XOXO,
Ajwin Ajeera

Thursday, August 20, 2009

Annoying tak?

Dari ini

ke ini

Annoying kan?Haha.
Padan muka semua orang.

Saya berada di Bandar Tun Hussein Onn sekarang dimana terletaknya kediaman saya disini.Saya juga berada didalam sebuah bilik dimana bilik tersebut dinamakan Bilik Ajwin.Hahahaha.Saya juga sedang menggunakan komputer okay dah cukup cukup.Haha.

Well,setakat ni,memang rasa macam every week balik je.+_+
Tapi setiap kali balik KL tu semua bersebab.
Sebab demam lah,nak sambut puasa lah,nak ambik hadiah wang tunai dari Yayasan Selangor lah (ecehh cehh) dan yang akan datang sebab merdeka lah,nak beli baju raya lah,nak beli kereta lah (ecehh cehh) pastu nak sambut raya la semua.Dahla raya tahun ni paling istimewa (ecehh ceh eh penatlah asyik ecehh cehh cehhh cehhhh je)

Lepas tu serius nak balik KL kali ni banyak betul halangan,dugaan,rintangan dan cabaran yang terpaksa saya tempuhi.

Tak perlu lah saya bercerita mengenai apa halangan,dugaan,rintangan dan cabaran tersebut.Kerana tiada gunanya jika kita kenang-kenangkan balik peristiwa pahit semalam.

Cukuplah hanya saya katakan yang diantara halangan,dugaan,rintangan dan cabaran tersebut ialah prepaid prabayar habis dan juga kedatangan kucing misteri yang tak diundang telah masuk ke bilik saya.Saya dengan roommate tak huru hara plak an nampak kucing semua.

Tapi kira relaxlah juga minggu ini.Tak stress sangat seperti minggu sudah.
Yela.Saya akui kita manusia seperti roda.Kadang kita di bawah,dan kadang kita diatas.(Cehh.ayat dan pandai berbunga siaa)

Relax yang saya alami ibarat seorang pakar bedah yang sedang membedah pesakitnya dan tiba-tiba pakar bedah tersebut rehat 5 minit kejap untuk makan KitKat.Eh apenda ni.Okaylah.Makin lama,makin merepek dah tanpa saya sedari.(ayat stok skema cam ni mesti ada orang rasa geram and terus macam nak bagi IPhone atau MacBook dia kat saya kan?)

Hahahahaha.Okay bai.

Wednesday, August 19, 2009

Bak datang ah weh

Letihlah.Letih betul dengan rumours di sini.Macam macam.
Asyik dengar kampus akan ditutup satu semester je.
Haishhh.Taknaklah weh.Pelajaran akan terganggu.
Sekarang takde boyfriend,mana tahu dapat cuti satu sem nanti balik KL tiba-tiba dapat boyfriend.First love.Macam mana?
Pelajaran akan bertambah terganggu.
(Hahahaha.Bapak menggelabah.Rasa nak gigit gigit je cuping telinga sendiri)

Hari ni ada satu kelas.Mat140.Tapi kelas batal.Pensyarah demam.Serius ramai gila orang demam.Virus telah berjaya tersebar dengan luasnya.Tahniah virus.Eh stufid apa ghoyak lagu tu.

Haa.Ada satu cerita!Ahaha.
(Nak cerita pasal apa ntah sebenarnya.Membosankan betul Awin nih)

Okay.Last week,Awin,Naddy,Fifi dan Cheekin borak borak ah.Pastu Cheekin cerita, roommate dia tengok handphone dia.Cheekin set gambar kitorang as a wallpaper.Then,roomie dia tanya,

Babe,siapa yang pakai tudung ni?Cantik gila muka dia..

Okay menipu gila dia nak tanya cam tu an.Hahaha
Dia tanya cam ni,

Cheekin,siapa yang pakai tudung ni?Dia ni memang pakai tudung ke?

Then Cheekin cakap,

Iyelah..Asal?

Dia reply balik,

Oh yeke?Takdela.Dia ni cam menggedik kan.

Haaaa.Ambik kau.Setepek kene.Hakhakhak.
Jap.lagi sekali.Dia ni cam menggedik kan.Hakhakhak.
Lepas tu dipendekkan cerita sebab sekarang dah pukul 4.15 petang.Pukul 5 sat gi ada Kesatria.Tapi tak siap lagi okay sambung cerita.

Lepastu,Awin tak marah pun.Just rimas.Hishh.Nak gedik gedik pun susah.Ada orang perhatikan.Suka betul jadi stalker I.Jaga diri sendiri jelah okay.Jangan risau pasal orang lain.Orang lain semua tahu jaga diri masing masing.Hakhakhak.

Then,hari tu Awin nak balik KL.Parents Awin datang ambik.Cheekin pun nak tumpang.Okaylah kan.Then,roommate cheekin yang suka perhatikan Awin tu mesej mesej Cheekin nak tumpang Awin sekali.Kalau tak,dia kena naik KTM pukul 2 pagi.And dia tanak tinggal bilik sorang.Takutla konon.Bluwek.

Sumpah dia macam desperate gila.Mesej mesej dia bg Cheekin berbunyi cam ni

Cheekin,boleh la aku nak tumpang kawan ko tu.Pleaseeeeeeeee
Berhentikan aku kat tepi highway Seremban tu pun takpelah
Pleaseee weh.

Awin buat bodoh je.Haha.Then macam kesian.Awin call Mama boleh tak ada lagi sorang nak tumpang.Mama kata boleh.

Malam tu,Awin suh Cheekin and roomate dia yang suka Awin tu datang bilik.Nanti senang naik kereta terus.Nak tahu tak?Dari dia datang bilik Awin sampai Papa Awin turunkan dia kat R&R Seremban,dia langsung tak tegur,tak pandang,tak senyum kat Awin.Ya Allah.Sumpah muka dia sombong gila nak mati.

Ko pehal weh?Ni nak tumpang ni.Tapi takde tanya Awin langsung boleh tumpang ke tak.Muka tanak masam gila plak an.Awin cam terkejut gila dengan sikap dia.Cehh.+_+.Padahal Awin dengan Cheekin buat lawak tanak gelak gelak semua.Tapi dia cam takde perasaan muka macam benci gila dengan Awin. Perghhhhhhh.Bengang gila wehhhhhhh.

Nak tumpang buat ah cara nak tumpang.At least senyum sikit pun oklah.Senyum terpaksa pun bolehla,.Ni tak senyum langsung.

Dah ah ko suka Abang YDP MPP kan?Eleh aku tahulah.Aku pun takde suka sape sape.Takde nak miang miang kat sini.Takde pun aku tangkap gambar abang tu kat poster depan Office MPP ke macam ko.Siapa yang gedik sekarang?Angkat tangan!Eh tetibe.+_+

Lepas tu bila Parents Awin dah turunkan dia kat R&R Seremban,dia langsung tak salam Mama Awin!!!!!Itu yang paling marah sekali!!!Ko nak kurang aja dgn aku tak kisah ah.Tapi jangan ah dgn mak aku pun ko nak kurang ajar kan.Hampas betul.

Bak datang ah weh

Okay lah babai.Dah pukul 4.30.Nak siap gi Kesatria.

Monday, August 10, 2009

Aku Tak Mengerti


Apakah maksud semua ini?
Tak kenal pun wehhh.
Kenapa dia cakap pasal persahabatan selama ini lah apa lah
Omaigaddd
Someone tolong jelaskan!!
Helppppp meeeeeeee!!!!!!
Kahkahkah

Sunday, August 9, 2009

New Leopard Print Purse!

Yeahhh.Hokstah hokstah!(hotstuff) Haha.

Untuk pengetahuan anda anda dan ya anda,aku pulang ke rumah pada hari Khamis lepas.Sebab dah seminggu lebih kot,aku rasa macam tak sihat dan diserang Asthma yang tak berapa nak teruklah.Biasa biasa je.But still asthma.T_T Dan tak terfikir pun nak pergi Penawar.Sampailah hari Khamis tu,pukul 10am,pergilah kelas Account macam biasa.Then,Pn.Mas masuk sambil marah pada kitorang yang tak pakai mask ni.Lepas tu,beliau suruh siapa siapa yang sakit ni pergi Penawar waktu tu juga.Dahla aku dan rakan taulan yang demam semua tak belajar Account.Heh heh.

Pergi Penawar,tengok dapat MC 4 hari.Haishhh.Apa lagi,petang tu juga balik KL.Haha.Okay.First time rasa naik bus jauh jauh!!Seorang pula tu!Bayangkan jelah. Hebat tak hebat.Ahaha.Bag taknak banyak pula tu!Haha.Ala biasalah sekarang baru dapat pengalaman.Next time if naik bus,bawak handbag dengan satu bag kecil jelah. Kepada keluarga,dah dah jangan perli perli Awin lagi.Haha.


Hari ni punya plan sebenarnya ingin ke Hospital Pantai Cheras untuk medical checkup tapi tak jadi.Sebab dah lewat tunggu Mama Papa beli lampu.Then,petang tu meronggeng di The Curve saja.

Cehh cehh.Hokstah ah tu konon?Hahak.


Camwhoring di eskelator.Adventure kan?+_+

Suka gambar ni!hee


Wow!Nice candid!
Eh menggelabah gila.Padahal paksa abang sendiri untuk tangkap gambar.Hahah

Yo.This is my fav.

Abang try baju apa tuh?Jangan jadi childish okay.Behave yourself. B.E.H.A.V.E.
Yeah.Spell it right.Haha.

Mama bought her handbags for raya.Yesssss.Awal Ashaari an?Eh I mean,Awal gile an?an?an?an?Hahak. Huh?Me? Oh I just bought some baby tees (okay even baby tee dah diharamkan di UiTM Segamat,tetap nak beli dan pakai juga.+_+),cardigan and jengg jengg jenggg LEOPARD PRINT PURSE!!!Aku dan Mama sama sama beli purse. Kami berdua ada purse baru.Kami tukar purse kami dari buruk ke lawa.Kami okay dah dah.
Fine.Baru masuk Title sedangkan dah perenggan ke 5.



Ni purse dahulu.Sebelum makeover.+_+



Ni purse sekarang.Selepas makeover.+_+


(Perghh nak guna word 'makeover' je.Baiklah,ketara sangat dah nampak ada hati nak ala ala Deco Bersama Eric tuh.+_+ Sarkastik betul.eh tetibe tak?Haha)
Tak tahulah.Tapi sekarang minat betul pada leopard print ni.Apa apa yang leopard print rasa suka je.



Tali kad matrix pun nak leopard print.Mengapa ini terjadi?Mengapa perasaan ini muncul? Eh suka hiperbola.(Ala kepada stalker,janganlah besarkan gambar I atas ni.Malu lah.Eh annoying kan?Hahaha)

Last but not least,actually semalam Awin dan Mama ada pergi ke Putrajaya Floria Festival.Best jugak.Adalah jumpa beberapa selebriti seperti Datuk Yusni Hamid,Fauziah Nawi,Kopratasa,Yazer AF,Zila AF,Static Emily dan beberapa kumpulan indie yang tak berapa dikenali penulis.Heh heh.Mama beli banyak jugak Orchids dan tanah sebagainya.And paling best,Mama beli 6 kuntum bunga ros.

Bunga bunga ini telah selamat ditempatkan di dalam sebuah vase di dapur.Awin suka ros kuning!Wangi gilaaaaaaa~Omaigad,harap ada jejaka tampan dan sedikit tough serta tinggi yang dibekalkan ilmu dan iman didada dan tak lupa juga mempunyai sedikit harta membaca entry ini.Hahahahhahahaaahahah.Okay bai.

Saturday, August 1, 2009

Hanjee and the gang







Ceria selalu.!Okay,Bai.