Friday, September 18, 2009

Jangan tiru ni ya adik-adik!

Hari tu aku pergi library untuk menelaah.Aku tahu korang mesti nak kata aku rajin.So thanks la.Aku memang rajin.Dahla rajin,rajin pulak tu.Okay we proceed.Lepas dah menelaah selama 6 jam tanpa henti itu ceyy ceyyyy haha,aku terfikir untuk mencari buku resepi kat library.Sebab aku raya KL je tahun ni. Balik Melaka pun nanti balik hari.:( So,bila dah duk kat rumah je.Aku rasa macam nak masak macam-macam.Time tu la rasa teringin nak makan nila,makan tula.

Senarai makanan yang akan dimasak pun telah tersenarai.Semangat kan? Yela. Lagi-lagi 1 Syawal tahun ni memberi penuh makna pada diri aku.Ceyy tiba-tiba rasa macam nak tulis blog sambil nyanyi lagu Tiada bisikan lembut yang ku dengar.Hanya suara azan sayup bergema.Tapi ku rasakan hangat tanganmu,Dipagi raya bersalam okay dah dah.Jangan nak karaoke sangat.Ni bukan kat Segamat.

Aku jumpa banyak juga buku resepi.Semuanya sedap sedap belakaaaa.Okay confius dah.Buku yang sedap ke gambar makanan yang nampak sedap? Aku memang plan nak copy resepi.Tapi nampak macam banyak sangat je.Jadi,aku mengambil inisiatif untuk mengambil saja gambar resepi!Haha.Padan muka.





Okay letak satu resepi je kat sini.Korang ni bukan boleh percaya kalau letak semua resepi.Karang korang pula ambil gambar resepi kat blog ni.Dah semua rumah sediakan juadah yang sama je.Haha perasan macam tikus kan?And kepada adik-adik jangan tiru ni ya.Suka suka hati saje ambil gambar buku.Haha.Baru mafia kan.

Thursday, September 17, 2009

What a Purrrrfect Segamat!

Beberapa minggu yang lepas,aku dan sahabat handai ke Pizza Hut untuk berbuka.Masa tu hari Khamis dan sumpah kelas aku packed gila.Tapi demi berbuka bersama rakan taulan,aku gagahkan diri jua untuk ke Bandar Segamat walaupun seluruh kudrat terasa penat okay jangan nak bajet karangan C++ Programming sangat.Eh ada kaitan tak ek?

Kami berempat menyewa kereta kancil berwarna merahnya MakNgah dari senior yang bernama dotdotdot.(Tak boleh bagitahu nama orang yang buat business kat sini,karang kalau kalau Pak Guard terbaca blog ni karang,panjang pula ceritanya.)

Penat berkorban keluar juga walaupun penat tapi gambar macam CP CP je masuk.Baik pergi CP je macam tu.Cheras Perdana dekat apa.


Masa ni tergelak sebab orang lelaki kat belakang tu terkentut.Okay takdelah tipu je.


Tak sabar nak buka dah time nehh.


Akhirnya!Sampai pun juadah!Auww.Suka tambah cheese banyak-banyak!Yumm yumm yummy!

Ala tomei tomei.
Ala tomei tomei lagi.

Ala tomei eh ni bukan tomei tapi terus rasa macam nak lempang je.Haha.


Okay.Sambung ala tomei balik.Eh eh lebih lebih pulak dia.Haha.


Lepas berbuka di Pizza Hut,kami pun jalan-jalan lah sebentar di Bandar Segamat.Lepas tu terus terfikir nak pergi karaoke sebab masing-masing dah lama gila tak karaoke.Lagi pun,Segamat banyak tempat karaoke oh.Haha.Maju okay.

Muka nampak pelik dow.Ke dow yang nampak pelik?Okay bosan bosan.Lawak bosan fullstop eh apa emo ni tetibe.




Yang pegang mikrofon tu betul-betul semangat.Mentang-mentang kat Segamat.Eh rupanya dah tamat.

Wednesday, September 16, 2009

Buka Puasa with BM111D1B3

Semalam saya dan classmates berbuka puasa bersama di Bandar Segamat. Makanya,budak-budak perempuan yang tak puasa pun,pergilah buat buat buka puasa juga.Muka semua taknak hipokrit 17 kali kan.Adakah saya tergolong di kalangan mereka?Yeah mungkin ya mungkin tidak.Hanya anda yang mampu mengubahnya.

Sewaktu menunggu bas kuning.Suka oh gambar ni sebab nampak slim.Hikhik.(Senyum gedik)
Abu menari zapin.Hahaha.Suka eh mencapub mencapub ni.




Okay.Kebetulan kat sebelah restoran tu ada taman rekreasi.Kitorang pun apa lagehhh.Camwhoring ah.

Ni roti tisu siapa ntah.Pastu semua makan sebab rasa cam sedap.Haha
Muka gembira macam besok nak raya je.(p/s:jangan tengok pinggan dia.karang kantoi banyak makan)

Apa masalah dia entah nak cium duit segala.Haha
Cium duit lagi.Haha


Inilah budak kelas saya.Jadi,bagaimana pula dengan budak kelas anda?Tetibe.

Monday, September 14, 2009

Mari Dedikasikan Ucapan Raya Anda!

Malam minggu yang lepas,saya hanya makan nasi kukus Non-Residence dengan Nanay di lobi Kolej Zamrud.Ceyy lobi tau.Sedang kami gosip-gosip,my college-mate,Lyana datang and join the club.Seriously malam tu malam minggu yang bosan.Fifi,Naddy and Shikin semua balik KL.Dengan tiada mood untuk belajar,dengan tiga-tiga tak ada boyfriend.Haha.Bosannya.Tu pun nak cakap.

Then kami tiba-tiba terfikir untuk pergi mendedikasi ucapan raya kat banner sebelah Kolej Si Manja Kini.Kebetulan Nanay si pintar bawa pencil case dia yang menyimpan banyak marker itu.Saya pula bawa camera.Kira pintar gak la kan?Haha.
Okay gurau manja je.Janganlah kutuk dulu.(Gila perli siaa.Baguih ar.Ada peningkatan.Eh apa ni.Panjangnya cerita lain)

Okay ini adalah ucapan raya siswi-siswi Sektor B.


Ini bukti kami sedang mendedikasi ucapan sambil memegang marker.Baru blogger kan.




Okay here we go.Gambar yang paling korang nanti-nantikan.Ucapan raya kami!! Haha.Saya tahu padahal korang tak nantikan pun.Saja je cakap macam tu sedapkan hati sendiri. Eei.






Kurang asam gila yang ini.Harap pemilik tulisan marker biru tidak membaca.Heh.
Okay.Bab promote semestinya sempat ya.Hemoh hemoh..
Lepas tulis ucapan,kitorang bertiga jalan-jalan pula di sekitar UiTM.Okay bayangkan la dahla dah pukul 2 pagi macam tu,semua pakai seluar tidur.Haha.Memang mafia semua ni.Gambar diatas ialah bukti kami didepan Dewan Sri Temenggung dengan memakai seluar tidur di mana dewan tersebut adalah dewan untuk mengambil peperiksaan atau majlis-majlis penting berlangsung sahaja.Dan dewan ini bukan dekat okay dengan our kolej.Perghhhh hebat kan?Haha.

Waktu on the way balik terserempak dengan Pakcik Kumbang Besar.Daripada semua senyap takut Pak Guard nampak terus menjerit-jerit.Nak bajet senyap konon sekali padan muka.Hahahahahaha okay bai.

Tuesday, September 8, 2009

Final Destination : Death Trip

Hari tu Awin dah menonton Final Destination 3 kat rumah.Best gila.Berpeluk-pelukan dengan adik tersayang.Ceyy bunyi macam lovely sister je kan padahal orang tak tahu sebenarnya lovely disaster.Okay orang semua dah tahu sekarang.


And sekarang Awin akan menonton Final Destination 4.Belum tonton lagi.Ceyy update blog awal-awal pasal movie ni macam dah tengok je.Haha.Padahal baru nak tengok.Sesiapa yang google 'Final Destination Death Trip' untuk cari info atau sinopsis sumpah bengang kalau jumpa blog ni.Haha.Okay okay babai.Nak tengok movie!!!Tatotnyerrrrrrr!Adik takda,nak peluk siapa ni ya?Eh,gatal tau anak dara ni.Babap nanti.Hahahahahahaha.Okay babaiiii!!!!!

Saturday, September 5, 2009

Kenapa DJ kedai pakaian kelakar?

Semalam aku dan Naddy ke Jalan TAR.Kononnya nak cari baju rayalah.Tapi aku tak beli sebab hari tu sebelum puasa dah beli kain kat Jakel dan sudah dihantar ke MakTeh kesayangan untuk dijahit.Hee.Tapi nanti nak beli jugaklah memandangkan kat UiTM pun selalu pakai baju kurung,jadi kena kumpul baju kurung okay mulai sekarang.

Suasana riuh dan bau riuh.

Muka masam kerana belum memakai baju raya.

Muka gembira setelah memakai baju raya.

Perkenalkan,ini Makcik Siti sedang mencuba Tudung Ekin.

Jalan TAR sumpah ramai gila semalam.Lemas oh.Dengan ada photoshoot lah kat tengah keramaian orang tu.Perghhh.Bau taknak kalah kan masing-masing. Dahla lapar,pening semua.Terus teringat A&W kat depan jalan tu.=p

Lepas tu kitorang masuklah satu kedai ni.Nama kedai dirahsiakan.Ceyy haha. Sebelum masuk,kitorang usha usha dulu dari depan.Kedai tu ada DJ.Memang kuatlah suara dia.Speaker tanak besar pulak kan.Then tiba-tiba terdengar Dj tu berkata,

Iyaa akak akak adik adik abang abang mari masuk ke kedai kami.
Kami menawarkan harga terendah.Disinilah tempat untuk BERJIMAT,BERJIMAT,BERJIMAT,BERJIMAT,BERJIMAT.

Hahahaha.Cara dia cakap berjimat tu dari kuat gila sampai perlahan.Macam kelakar gila.Banyak kali pulak tu.Sumpah kelakar.Terima kasih DJ.Kerana berjaya menceriakan hari-hari kami.

Lepas ke Jalan TAR,kami ke Kelana Jaya pula.Perghh.Tanak sesat 30 kali pulak kan.Dahla pergi Kelana Jaya sebab Awin ada interview.Memang lambat gila.Tapi kami tak berputus asa.Ceyy ceyy.Haha.Thanks Naddy.Kita sesat bersama.Kita usaha bersama.Sweet gila.Love you.Mwahs mwahs.Hakhak.

Okay.Jangan tanya bout my interview.Rasa macam tak all out.Ceyy.Haha.Tapi betul oh.Takpelah.Kalau ada rezeki,adalah.Takde rezeki,takadalah.(:
Awin jumpa Tini and Celina.Tapi tak sempat nak tangkap gambar.:(

Blurghh.I hate my pale looks.
Nyanyi Naddy,nyanyi.Haha.

With my cousin Wany.Lama tak jumpa dah haiii.Comel kan tangkap gambar sambil pegang teddy bear?Hahahaha ok bai.