Thursday, September 9, 2010

Tahun depan saya buat lesen.

Akhirnya saya bebas (free). Start je cuti, saya terus balik rumah. Ingat balik rumah boleh cuti?! Sejak saya balik sampailah beberapa hari yang lepas, saya memang tersangatlah busy. Busy buat biskut raya memandangkan raya nak dekat, tempahan tak cukup-cukup lagi. Buat biskut dari pagi sampai bertemu pagi balik. Penat gile. Ceh bunyi macam rajin je an. Macam bekerja keras gile an. Padahal kerja banyak dalam kereta. Kejap kejap butter habislah, tepung habislah jadi siapa lagi yang mak saya nak harapkan gi kedai. Mestilah saya an. Ceh padahal memang diri sendiri yang offer nak gi kedai. Bukan apa. At least takdelah 24/7 tengok tepung kan. Haha saya pergi kedai sume jauh-jauh. :p Btho punyelah siap ada Jusco, Carrefour, mini market tapi kitorang pergi sampai ke Sungai Long. Ya. Saya berdua dengan cousin, Fify. Bawak kereta. Haaaaa ambik berani mati ni. Padahal dua-dua baru nak ambik lesen tahun depan. 

Bila dikenang-kenang balik, memang banyaklah kenangan pasal kereta diantara saya dengan Fify. Fify pun duduk kat Btho. So selalulah jumpa. Memang banyak ahli keluarga tinggal berdekatan sebenarnya. Ada satu cerita.Berlaku awal tahun ni. Jam dah menunjukkan pukul 11.26 malam. Ceh tiba-tiba saya ingat pulak jam pukul berapakan. Fify call.

Fify : Awin, dah nak tidur ke?
Awin : Belum lagi. Awal beno nak tidurnya. ekeke
Fify : Ha teman Fi gi McD jap boleh? Laparlah. Kita drive-thru je.
Awin : Oh awin tanya Mama la jap.

selepas beberapa minit..

Awin : Fi, Mama kata okay. Nak naik kereta sape ni?
Fify : Biar Fi la ambik Awin. Siap sekarang,siap sekarang!!

Saya pun bersiap. Saya just pakai workout pants dan long sleeve top. Selendang. Tapi selalunya kalau dah tengah malam macam tu, kalau nak pergi McD, saya pakai baju tidur je. Baju kelawar pun pernah. Wakaka. Sebab dekat sangat dengan rumah. Pastu drive-thru kan,bukannya keluar kereta pun. Tapi nape entah malam tu 'nasib baik' lah saya tak pakai baju tidur. Fify ambik saya dan kitorang pun menujulah ke McD. Drive-thru. Lepas tu...

Fify : Weh kita nak makan kat mana ni?
Awin : A'ah ek. Takkan nak makan kat rumah,nanti adik tengok pulak. (Okay ni dasar kakak tak 
         belikan untuk adik sekali. Teruk ni. Biasa dia. Jangan tiru aksi ini. Kadang-kadang je boleh.)
Fify : Haa kalau kat rumah Fi pun nanti Afdhal nampak. (Afdhal ialah adik Fify. Tahun ni nak Pmr.  
        Orangnya handsome dan tinggi. Rupanya Fify pun dua darab lima. -_-')
Awin : Kita makan kat Lake Valley lah nak? (Lake Valley = taman rekreasi dekat Btho)
Fify : Haaaa okay jom.

selepas beberapa minit...

Fify dan Awin : Bapak sunyi gile taman ni. Takde orang langsung ke?! (Ceh tiba-tiba kami cakap
                     serentak pulak kan.Ingat ni cerita Upin dan Ipin ke?!)

Memang sunyi. Tapi rasa best. Rasa tenang je. Duduk menghadap tasik, sambil ditemani cahaya-cahaya bintang. Sambil makan lagi. Nikmatnya. Tapi rasa ketenangan dan kenikmatan itu tidak lama. Apabila seorang lelaki menghampiri kami. Lelaki tersebut kelihatan gagah dan perkasa. Dia akhirnya memulakan perbualan...

Lelaki yang kelihatan gagah dan perkasa : Assalammualaikum.Cik berdua ni buat apa eh kat sini?
Fify : Waalaikumsalam.Sorry encik. Kitorang makan je kejap kat sini.
Lelaki yang kelihatan gagah dan perkasa : Ohh tapi maaflah cik. Taman ni waktu Maghrib dah 
                                                         tutup dah. Tak boleh masuk sebenarnya ni cik. 
Fify : Oh yeke. Sorry sorry. Kitorang gerak sekarang.

Lelaki itu ialah abang guard tasik tu. Nasib baik abang guard. Cuba kalau lelaki jahat dan tak pandai, terpaksalah saya gunakan ilmu Taekwando sekolah rendah saya.-_-' Kitorang pun gerak masuk kereta. Makanan tak habis lagi nih! Wakaka. Kecewa do. Pastu kitorang berdua pun fikir lagi nak makan mana niiiii. Pastu saya teringat satu taman ni kat Btho jugaklah. Waktu sekolah dulu, taman ni famous la dikalangan budak-budak sekolah. Kitorang panggil Thug Line. Sebab ada grafitti tulis Thug Line kat situ. So kitorang pun gerak gi Thug Line. Makan kat situ. Mula-mula tenang je. Dahla dah lama tak pergi situ, terus terimbau lah segala kenangan masa sekolah. Pastu tiba-tiba ada satu kereta Satria warna merah lalu. Dalam tu lelaki. Tak sure berapa orang. Yang pasti dua orang atau lebih. Bawak kereta slow gila pastu tengok kitorang. Kitorang buat muka cool je tapi dah bercakap sesama sendiri eh nape kereta ni. Mood takut lah masa tu. Of course. 

Pastu seperti ingin menambah lagi rasa takut kitorang, kereta tu boleh pulak stop. Dah sudah. Jom lah Fi. Dah tak sedap hati dah ni. Kitorang still lagi buat muka cool. Jangan tunjuk kita gelabah. Nanti dia tau kita tak cool eh bukan nanti dia tau kita takut. So kalau berlaku macam ni saya nasihatkan pada kaum wanita, jangan tunjuk takut. Dan jangan tunjuk berani sangat. Buat biasa je. Pastu kitorang pun terus masuk kereta, locked, start engine, gerak. Kereta Satria tadi pun gerak perlahan. Jalan ada satu je. Jalan kecik pulak tu. Satria tu dah kat depan dulu. Sumpah annoying gila bila dia bawak sangat perlahan okay. Kitorang ada kat belakang. Jalan keluar jauh lagi. Rasa macam nak hon-hon tapi tak hon pun. Bila dah sampai T junction, kitorang nak belok kiri sebenarnya. Tapi sengaja bagi signal belah kanan. Satria bengong tu ingat kitorang nak belok kanan lah kan, dia pun belok kanan. Pastu kitorang terus belok kiri. Wakakakaka. Tu je. Habis cerita pasal Satria. Nasib baik alhamdulillah takda pape yang berlaku.

Masa tu dah habis makan. Tapi tiba-tiba pulak masing-masing terfikir nak pergi Downtown Cheras. Sebab rumah dekat dengan Downtown kalau lalu short cut Alam Damai. Kitorang pun okay kita pergi kejap je. Haha. Dengan takde l***n nye. Memang berani habis. Haaa yang ni pun kene buat muka biasa. Jangan dah tau takde l***n, muka terus biru takut polis ada pastu bawak kereta terkemut-kemut. Memang nak kene belasah.

Kitorang pun ke Downtown. Jalan-jalan sikit. Sempat lagi beli steamboat. Beli untuk adik. Sian pulak kan. Habislah cerita pada malam tersebut. Tak adventure sangat. Tapi still ingat. Bila teringat balik, mesti rasa nak tergelak walaupun tak kelakar.

Afdhal, Fify, saya dan Faizal Tahir abang saya.
Gambar Aidilfitri 2009.

Selamat Hari Raya Aidilfitri everyone. Please drive safely. :)

23 comments:

aizatshafiq said...

adventure jugak cite awin di pagi raya ye...
hehehe...
Selamat Hari Raya...
=)

nurayunni said...

selamat ari raye dear..

Liquid said...

Slamat ari raye cik awyn =)

-ikhlas drpd incek liquid sekeluarga

pameklampard said...

wakakaka..ko nih kelakar giler r awin..kelakar kelakar innocence gitu..haha..part xbleh blah:-'Cuba kalau lelaki jahat dan tak pandai, terpaksalah saya gunakan ilmu Taekwando sekolah rendah saya.-_-'

haha..kenape mesti tak pandai??haduhai..gelak2 di pagi raya..selamat hari raya..maaf zahir batin ek

chentaMAYA said...

slmt hari raye wiwin! hee~

joegrimjow said...

hi fify
=)

smalat beraya awin
amek lesen jgn lambat2
dah tua susah nak panjat bukit

nerves said...

xpe..
kalau kene tahan ngan incik polis..
cik gadis2 buat aksi gedik2 sket..
kenyit2 sket
4sure lepas puye..
lala~

Afiqah Azmee said...

selamat hari raya kak awin! :')

Bro Framestone said...

moh la beraya dengan bro huhuhu

dok rumah cam anak dara dah bro nie

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

Ajwin Ajeera said...

aizat,

agak adventure la.haha
selamat hari raya!:)

Ajwin Ajeera said...

nurayunni,

selamat hari raya~ :)

Ajwin Ajeera said...

liquid,

selamat hari raya ikhlas dr saya juga. :)

Ajwin Ajeera said...

pamek,

yela..kang kata 'bodoh' karang kasar sgt. tu yg kata 'tak pandai'.
haha

selamat hari raya maaf zahir dan batin juga!!!

Ajwin Ajeera said...

chenta,

selamat hari raya yaya~ hihi

Ajwin Ajeera said...

joe,

hi joe
:)

selamat hari raya maaf zahir batin ye.. :)
haha ok!

Ajwin Ajeera said...

bius,

hahahaahha betul3!!!!

Ajwin Ajeera said...

afiqah,

selamat hari raya juga dear!! :')

Ajwin Ajeera said...

bro,

haha bro raya mana ni?

amy syifa said...

heh..downtown cheras tu dekat dgn hostel sy...eh...perlu ke bgtau?!

amy syifa said...

heh..downtown cheras tu dekat dgn hostel sy...eh...perlu ke bgtau?!

Ajwin Ajeera said...

haha maktab perguruan eh?

amy syifa said...

xla...sy blajar kat segi kolej,jln hang tuah..near to puduraya..

tp kolej sewakan rmh kat kondo bayu tasik,so dok situ la...

jemput la dtg.eh tak pasal2..

Ajwin Ajeera said...

kondo bayu tasik?
wahhhh bestnyaaaaa..
bg la alamat.. hehe