Waa sekarang Mama tengah bercucuk tanam kat luar rumah. Maka bau baja yang sangat wangi pun dah menerjah ke hidung sangatlahhh tak best kan bau dia! Tapi bukan tula yang saya nak cerita wakaka ntah apa apa kan. Actually saya baru balik dari rumah jiran saya, Kak Iza. Semalam buat kek tak perasan baking powder dah habis. Terpaksa pergi pinjam rumah sebelah hihihi.
Lagi satu tak perasan chocolate strawberry saya dah tamat tempoh. Wakaka. Saya plan nak parut coklat ni pada kek. Sebab krim dah putih kan. Ni akibat malas nak warnakan krimlaaa. Pastu dah pergi rumah Kak Iza, ceritalah sekali coklat dah expired. Then Kak Iza yang baik hati bagi pinjam coklat putih hihi. Maknanya krim kena la warnakan but its ok janji ada coklat! Thank you Kak Iza bagi pinjam. Tu yang tadi saya baru balik dari rumah beliau hantar coklat putih, baking powder dan sepotong kek ;))
Saya parut coklat putih je atas ni.
Maafla decoration sangat simple and comott.. Akan diperbaiki dari semasa ke semasa cewahhhhhh
Sangat moist dan sedap. Kat rumah ni dah tinggal separuh je ha. Padahal baru malam tadi siap. Sebab pagi ni jadi lagi sedap la sebab dah sejukkan dalam peti ais kan. ;)
RM60 / 1.3kg
Boleh request nak Velvet or Rainbow Cake
Dan juga boleh request nak warna biru, hijau, kuning, oren, merah atau apa saja warna ;))
Thanks for reading!
10 comments:
aduhai...akak dh ler puasa... terliur sungguh tgk kek nih!!! uwaaa :((
alaaa ciannye hehe.. awin pun belum ganti puasa! adoiyai bila nk ganti nii
assalamualaikum ajwin...sedapnya bila tengok kek tu nyummmmy...:)
waalaikumsalam kak..
mmg sedap..;)
order la hihi
fuhh,tgk gmbr pun rin dah tempting. :)
hehehe thank u rin~ ;)
Waaaaa inikah pinky nye... Hahhaha cun melecunnnnn ade jual pwr slice tak? Hahaha
kalau nk per slice tggu sy dh adabakery la hihihihi
baguihhhhh dah ada target...~ hihi ada jawatan kosong nak apply hahahahaha :p
haha insyaAllah.. kene carik kedai dlu la wakakak
Post a Comment