Tuesday, June 19, 2012

Trifle Laici

Assalammualaikum..


Okay. Resepi yang saya nak share hari ni agak mendapat sambutan hangit di Fb ya wakaka. Tapi seriously trifle ni sangat sedap sejuk je kan masuk tekak, memang best. Lagi lagi perisa laici kan. Saya memang suka laici. So trifle laici ni kira memang tertunggu-tunggu la nak rasa tu. Kurang manis, manis manis buah. ;) Actually ada seseorang yang request nak saya buat Trifle ni. Saya pernah buat dulu sekali tapi dah lama sangat tak buat kan, so saya rasa okay juga dah lama tak buat puding. Asyik kek je kan.

Okay kita teruskan terus ya! Resepi Trifle ni saya ambil dari Chef Hanieliza dalam buku 1 Hari 1 Resepi itewww. Lets check it outtt.


Trifle Laici

Bahan-bahan,

Lapisan 1

Swiss roll chocolate atau apa saja jenis perisa. Up to you.

Lapisan 2

2 sudu besar tepung custard
1/2 cawan gula halus
3 cawan susu segar

Lapisan 3

10 gram serbuk agar-agar
8 cawan air
2 cawan gula halus
1 tin laici (asingkan buah dan air)
1 tin susu sejat

Process,

1. Masakkan tepung custard, gula dan susu sehingga mendidih. 
2. Potong swiss roll dan susun dalam bekas.
3. Ambil sedikit air laici dan tuangkan sedikit atas kek.
4. Tuangkan sos custard tadi atas permukaan kek sehingga rata.
5. Taburkan buah laici atas permukaan custard.
6. Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.
7. Masukkan air laici dan susu sejat. Kacau sampai mendidih then tutup api.
8. Then tuang terus ke dalam bekas tadi.
9. Apabila sejuk, masukkan dalam peti sejuk.
10. Hias dengan lebihan buah laici dan fresh cream.

Mudah je kan. Memang cepat nak buat ni. Sebenarnya saya ada olah-olah sikit. Actually puding laici tu saya guna resepi Puding Laici Dangdut, resepi Chef Hanieliza juga ;)) Just combinekan saje.


Saya buat 3 lapis je sebab buat dalam loyang. Tak cukup nak buat dalam gelasss. Maklumlah faham-faham jelah nafsu makan orang kat rumah ni kan. Lapisan bawah tu swiss roll chocolate, tengah sos custard and atas sekali jelly/puding laici. Sangat sedap makan sejuk sejukkkk dengan sos custard leleh-leleh omg....


Selamat mencuba juolssss! Cuba okkayyyyyy. Serius anda takkan menyesal. Wakakaka.

Thanks for reading! ;)



4 comments:

ieedaz @ mama_isha said...

aduhaiiiiii.......
akak punyer mane??????? :)

Ajwin Ajeera said...

hahahaha esok la awin buat k
esok papa nk amik isha hehehehehhe

Sepul Lupes said...

OOoOOooo yang ini yaa... hahaa ~boley tori~ =D

Miss Fifi said...

nampak best je.
biasa buat yg atas tu gune crystal jelly je :)
boleh try ni :)