Thursday, December 31, 2009
Hi 2010,Bye 2009
Wednesday, December 30, 2009
Tuesday, December 1, 2009
Ohh kawe doh bole kecek kelate doh
Wednesday, November 25, 2009
Vote For Me!!
Untuk melihat video,bole klik pada gambar ya.Ehehe.
Next,click VOTE ditepi nama.
Akan keluar ini, :)
So please please please vote saya ya..Oh ya satu email maksimum 5 kali saja vote.Jadi,gunakan semua email anda untuk mungundi saya!Hehe. Jasa baik anda amat saya hargai.Dahla saya baru tahu yang voting sebenarnya dah bermula!Sedih gila tahu lambat...:( Apa-apa pun,jangan lupa ya vote saya.Hehe.Terima kasih banyak banyakkkkkkkkk!
Wednesday, November 18, 2009
Kaki saya saiz 6 kadang kadang 7 and kalau pakai Converse saya perlukan saiz 5
Tuesday, October 27, 2009
Sawadeekaa
Tak lama pun kat sana.Hari Isnin at 4am lebih kurang macam tulah dah pulang semula ke tanah air tercinta,Malaysia.1 Malaysia.Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Mama kata nenas comel lote ni manis.Tapi saya tak makan lahh.Saya memang tak makan nenas,durian,nangka,cempedak,okay you name it.
Okay.Ini pun saya tak minum,tak makan.Gila mengada kan.
Terserlah lah kegembiraan di muka berminyak dapat naik Tuk Tuk.
Kain cotton,Thai Silk sangat murahhh.Dan juga white gold disini sangat murahhh.Mama belikan saya bracelet dan cincin.Eheh.
Waktu ni depan mall ada satu upacara agama Buddha and budak budak ni semua pukul kepala dengan tukul lah,asah parang kat lidah lah.And ada seorang lagi tu bakar mercun cina yang merah tu sambil stay kat situ jugak.Perghh scary gila.
Siang esok tu tarian ini pula dihadapan mall.Ni macam untuk panggil orang pergi ke Fun Fair macam tulah kot.Dorang menari ni dengan lagu Nobody by Wonder Girls..I want nobody nobody but you..Yeahh.
Ya.Awin tahu Awin lah Wonder Girl Mama.Ceyyy haha.
Friday, October 23, 2009
Eei mana passport Awin nih.
(-_-'')
Sebenarnya sekarang kena pergi bersiap sebab pukul 10pm kejab lagi Awin akan bertolak ke Jeng Jeng Jeng.Oh ya Awin dah ada kat rumah tercinta sekarang.Hee. Baru balik tadi.And tadi jugakla Awin online Facebook,Myspace,baca email, Blog.. Barulah dapat approve approve apa yang patut.Serious kat Segamat Awin susah sikit nak online.Kalau dapat online pun,sumpah lembab gila WiFi.Mentang-mentang free. Kalau ada pertandingan berlari antara Kura Kura dan WiFi UiTM Segamat,Kura Kura pun boleh menang dengan perbezaan mata sebanyak ala janganlah lebih lebih sangat Awin.
Kembali kepada topik.Waktu Awin online tadi,sempatlah baca beberapa blog sahabat handai.Kalau kat kampus,bukan tanak baca.Tapi memang tak sempat and dengan kelhembhatan internetnya lagi.Dalam banyak banyak blog Awin baca tadi,Awin ada terbaca satu blog kawan Awin ni.Dia cakap tentang sesetengah orang yang sombong tak reply komen semualah.Awin kan Awin kan Awin macam terasa ohh.Haha.
Awin memang sedar yang sekarang Awin dah tak banyak berbual dengan kawan-kawan blog especially.To KakYana,KakDida,Iwal,Zahra, and ramai lagi.Kalau dulu before Awin sambung study,kita selalu borak borak kan.And Awin setiap hari update blog.Heh heh.Sekarang jarang gila update sebab banyak sebab.Laptop pun tak beli lagi sebenarnya.Dan sebenarnya.Kalau Awin online tu,mesti diantara kat kelas,lab,cc,atau guna laptop Kakak Roommate.Awin rasa guilty jugak sebab semua rajin tinggalkan mesej kat shoutbox Awin even Awin tak sempat reply.Thanks and sorrrrrrryyyyyyyyyyyyyy sangat.
Okay nak siap ni.Passport pun dah jumpa.Sebab sambil update blog ni,sambil cari passport Awin hilang.Baguskan.Nak final dah ni.Sempat lagi merayau.Tolong lempang Awin sikit.Okay bai.
Wednesday, October 21, 2009
Somebody call 911,shawty fire burning on the dance floor
Then,pagi tadi masa Awin tengah tidur,tiba-tiba terasa macam ada hingus meleleh dari hidung.Tapi macam blur gila.Awin takde nak tarik balik pun hingus tu.Awin macam ni mimpi ke apa,biar jelah dia mengalir.Haha.And serious shit laju gila mengalir.Lepas tu bila dah tak tahan sangat,Awin bukaklah mata ingat nak lap ceyy dah ada kesedaran baru nak tahu malu ada roommate nanti tengok and cakap dalam hati,Eei apa budak ni pengotor betul tengah tidur dengan hingus meleleh leleh.Hahaha.And bila Awin bukak mata and lap je tengok kat tangan Awin penuh darah ambik kau.Daripada mamai mamai terus terkejut,segar terus.Haha.Lepas tu terus tengok bantal,basah dengan darah dah.Ambik kauu.
Awin pun terus bangun and tengok kat cermin.Hidung Awin berdarah!!Haha. Sumpah panik gila. First time kot.Awin terus kejut Kakak Roommate.And she was like,Hidung Awin berdarah?Pergi ambik tisu..Dan kembali tidur.Haha.So Awin ambik tisu and laplah sorang sorang akan hidung yang berdarah ni.Masa tengah lap pun,dia mengalir lagi.Perghhh agak risau jugaklah.
Awin rasa badan tak panas pun.Malam semalam mandi basuh kepala semua. And air mineral sentiasa menjadi teman.Cehh.Tapi kenapa hidung boleh berdarah ni?Dahla masa tengah tidur.Apa salah saya?Haha.Ianya macam kita tengah tidur dengan muka innocent tiba-tiba darah keluar dari hidung.Tak buat apa-apa pun ohhh.Ahaa.
Ingat nak ambil gambar muka dengan hidung berdarah tapi taknaklah.Muka baru bangun tidur busuk sangat nampak.Ehem ehem.
Time tengah pelik fikir macam mana hidung boleh berdarah tu terus terfikir masa tidur tadi mana ada mimpi basah oh.Haha.Sebab kalau lelaki tengok perempuan seksi,hidung berdarah kan?So,Awin mimpi apa ek semalam..Haaaaaaaaaa hah hah.
Monday, October 19, 2009
Bila Study Week tak ada,
Wish me luck. Heh heh.
Dah plan macam macam dah untuk cuti nihhh
Haish semangat.
Mentang mentang kat Segamat.
Sapa suruh malam malam guna minyak gamat.
Eh dah la panjang cerita lah.Tensionnn!(emo tetibe tanpa sebab.(-_-''))
Saturday, October 17, 2009
LipIce, ya Lipice.
Jadi,ucapan saya sempena kemenangan saguhati ini ialah terima kasih kepada semua yang mengundi ceyyy ceyyy dan tak lupa juga buat Mama yang belikan saya Lip Balm LipIce dulu dulu dulu dulu kat 7 Eleven tu.Ya.Saya juga sudah berubah sekarang sekarang sekarang sekarang kerana telah mampu membeli sendiri Lip Balm LipIce.Terima kasih kepada Insentif Makanan.PTPTN bila entah nak masuk.Kalau PTPTN dah masuk,boleh upgrade beli sendiri LipIce Sheer Color pulak.(-_-'')
Thursday, October 15, 2009
Friday, September 18, 2009
Jangan tiru ni ya adik-adik!
Senarai makanan yang akan dimasak pun telah tersenarai.Semangat kan? Yela. Lagi-lagi 1 Syawal tahun ni memberi penuh makna pada diri aku.Ceyy tiba-tiba rasa macam nak tulis blog sambil nyanyi lagu Tiada bisikan lembut yang ku dengar.Hanya suara azan sayup bergema.Tapi ku rasakan hangat tanganmu,Dipagi raya bersalam okay dah dah.Jangan nak karaoke sangat.Ni bukan kat Segamat.
Aku jumpa banyak juga buku resepi.Semuanya sedap sedap belakaaaa.Okay confius dah.Buku yang sedap ke gambar makanan yang nampak sedap? Aku memang plan nak copy resepi.Tapi nampak macam banyak sangat je.Jadi,aku mengambil inisiatif untuk mengambil saja gambar resepi!Haha.Padan muka.
Okay letak satu resepi je kat sini.Korang ni bukan boleh percaya kalau letak semua resepi.Karang korang pula ambil gambar resepi kat blog ni.Dah semua rumah sediakan juadah yang sama je.Haha perasan macam tikus kan?And kepada adik-adik jangan tiru ni ya.Suka suka hati saje ambil gambar buku.Haha.Baru mafia kan.
Thursday, September 17, 2009
What a Purrrrfect Segamat!
Masa ni tergelak sebab orang lelaki kat belakang tu terkentut.Okay takdelah tipu je.
Tak sabar nak buka dah time nehh.
Akhirnya!Sampai pun juadah!Auww.Suka tambah cheese banyak-banyak!Yumm yumm yummy!
Ala tomei tomei.
Ala tomei tomei lagi.
Ala tomei eh ni bukan tomei tapi terus rasa macam nak lempang je.Haha.
Okay.Sambung ala tomei balik.Eh eh lebih lebih pulak dia.Haha.
Lepas berbuka di Pizza Hut,kami pun jalan-jalan lah sebentar di Bandar Segamat.Lepas tu terus terfikir nak pergi karaoke sebab masing-masing dah lama gila tak karaoke.Lagi pun,Segamat banyak tempat karaoke oh.Haha.Maju okay.
Yang pegang mikrofon tu betul-betul semangat.Mentang-mentang kat Segamat.Eh rupanya dah tamat.