Friday, January 22, 2010

P.S.U

Alhamdulillah.Semalam hari terakhir Awin P.S.U semua senior yang ada kat wing ni.P.S.U akronim bagi Program Salam Ukhwah ( i guess.haha).Tujuannya untuk merapatkan dan bagi mengenalilah senior-senior kat wing.

Agak mencabar juga P.S.U semester ni berbanding semester lepas.Semester lepas,most of the seniors was like bagi terus dorang punya details and sign.Okay done.Tapiiiiiiiiiii semester ni.Jauh bezanya.Wakakak.Sepanjang P.S.U ni, kitorang kena menyanyi,menari poco-poco (mereka rakamkannya ya.T.T) ,melukis monyet yang memakai baju dalam dan seluar dalam sambil makan tembikai (T.T) dan lain-lain yang agak censored untuk ditulis di blog.Hakhak.

Bila dah buat semua tu,baru mereka nak bagi tandatangan.Okay sekarang saya rasa tak sabar nak jadi senior dan buat P.S.U baik punya dengan junior.Wakakak.
Tapi okay lagi kot kitorang.Sem lepas-lepas,ada yang kena berkemban dengan kain batik,ikat sanggul dan pakai bedak sejuk.Then baru senior tu nak cerita personal details and bagi tandatangan.Hahaha.Nasib baik tak kena macam tu do...


Inilah hasil lukisan saya.Monyet yang memakai baju dalam dan seluar dalam sambil makan tembikai.

Ingat nak lukis gambar Robert Pattinson di seluar dalam tersebut.Tapi takpela.Lain kali saja.Mungkin Fatul Akrul Ramli boleh lukiskan?Wakaka

p/s : Paling gembira bila saya tahu ada wingmate mengikuti blog saya.Muahahahahaa.Nanti saya belanja awak ais krim Malaysia Dining kay.Atau kita bawa Fatin jalan-jalan kay?Haha.Bai.

7 comments:

Miss Lula said...

awww comel lah that monkey. :D

joegrimjow said...

awww
comey2

Miss Marquis said...

every sem kena ada PSU ke?
hee UNITEN tade.

Mr K said...

Robert PETERSON?

Cik Peanut said...

junior lagi ni.jum buli~~
:P

farwalis said...

nak lempang monyet tu..... nanti bawak k. lempang laju-laju

dobot said...

jom jadi senior laju2 kat segamat, HAHA