Friday, January 1, 2010

Saya dah bersegamat sekarang eh maksud saya bersemangat.

Sesekali ku rasa teringin,
melewati hatimu yang dingin.
okay cukup Awin.


Sejak lama tak update ni,asyik nak menyanyi je di pendahuluan.Mungkin sebab penangan ke Pertandingan Karaoke di ambang tahun baru hari tu.Family semua suruh saya nyanyi,tapi saya tak nyanyi akibat perasaan malu yang tebal ceyy bwek.Kalau tempat yang privasi tiada orang hanya ahli keluarga sahaja yang ada takpe.Saya bukan sahaja menyanyi,malah melalak sekali.


Sebenarnya saya baru pulang dari rumah MakTeh saya di Cheras.Cehh padahal rumah sendiri pun kat Cheras.Okay proceed.MakTeh dan Pakteh baru pulang dari menunaikan umrah.Saya sangat teruja mendengar cerita-cerita mereka.(Tengok semua,karangan UPSR dah start.Kosakata kena betul okay.) Jadi,selepas mendengar cerita dan melihat gambar-gambar mereka di hadapan Kaabah semua,automatically terus kita rasa macam Oh Tuhan,sebaknya.Rasa nak pergi je sana.Sangat teringin.Kepada bakal suami saya,take note okay.Nanti bila dah kahwin,bawa saya pergi sana ya.Kita menunaikan ibadat bersama-sama.Ceyyy aku cakap dengan siapa entah.Haha.Takpe.Saya rasa gembira sekarang.Mesti dia pun sedang gembira...Lihat kawan-kawan.Saya sudah lari tajuk.Mari lempang saya.



Part yang paling saya suka,kami dijamu dengan Air Zam Zam,Strawberry,Buah Delima,Kurma dan Biskut Pizza.


Oh tak lupa juga kekacang,badam,walnut dan abenda entah lagi nama kacang.Kacang menglembu mungkin.Mooo Mooo.


Wiwit.Bau kedai sehh rumah MakTeh.Apa lagi,hulur-hulur ler kat sini.Teehee.

Ini buah tangan yang saya dapat dari pasangan MakTeh dan PakTeh.Sebentuk cincin dan gelang tangan.Sangat gembira rasa dihati.Terima kasih ya.Love you both.Saya dah kembali bersegamat okay salah lagi mentang-mentang esok nak pijak tanah Segamat.Wah tak sabar!:p

9 comments:

PINATBATE said...

Salam Awin yg bersemangat..
Mudah-mudahan suatu hari nanti Awin dpt ke Tanah suci..dengan suami juga...teheheheh.

Dah nak balik Segamat ker..rajin-rajin tulis blog yer..Blog Awin ni ada harapan famous amous macam blog Hamis Jalikah yg dah masuk Berita Harian tu lah..;)

Unknown said...

nak strawberry :)

Unknown said...

selamat bersegamat awin

a.d.i.b.a.h said...

selamat pulang ke segamat awin~
blaja rajin2 & grad on time~
akak tgh praktikal, so sebulan skali br trn segamat jmpe advisor.. hehehehehe~ ^_^

hatibangkai said...

"Kepada bakal suami saya,take note okay.Nanti bila dah kahwin,bawa saya pergi sana ya.Kita menunaikan ibadat bersama-sama.Ceyyy aku cakap dengan siapa entah.Haha."

hehe..satu imaginasi yang menarik..semoga dimakbulkan...aminn~

Mr Aan said...

ok...lps kawen nnt kte g sne ye...hehe

Roydy Rokidy said...

cantik gelang..
nak jual x?

Naz said...

semangat lah cik Awen...! caiyoks ;)

D' Perfume said...

mama u rock!

eheh :D