Saturday, July 17, 2010

Permata Kasih Baby Hatch

Sabtu. 17 Julai 2010. Saya ada Modul hari ni. So memang tidak boleh nak balik lah. Pastu boleh pulakkk hari ni cousin kesayangan saya, Kak Ayu menukarkan gelarannya dari Cik ke Puan. Sedih gila okay tak dapat hadiri majlis perkahwinan beliau tadi. Apa-apapun, Selamat Pengantin Baru Puan Ayu! Nama suami bukan Kasyah kan? Eh terLagenda Budak Setan pulak. Ekeke.


Saya ada Modul hari ni. Okay dia ulang balik. Gila apa pagi-pagi pukul 7.45 dah kena pergi dewan yang agak jauh dengan kolej. Kelas paling awal pon pukul 8.00 je selalu. Dahla semalam tidur lewat pukul berapa entah pastu pagi tadi semua kelam kabut. Tapi sempat jugak ah buat milo panas. Pastu tengah-tengah kelam kabut tu la perut nak sakitlah apala. Sabar ajelaaa... Mungkin ada hikmah disebaliknya..


Pastu sesampainya di dewan, boleh tak semua orang tak sampai lagi?? Orang yang dah sampai boleh dikira dengan mata. Takyah kira kot. Tengok je dah tahu ohh 5 orang.. Kurang asam gila. Kite punya rush macam nak rak tadi. Sampai perut merengek sakit pon, diabaikan. Baik berak dulu tadi. Kurang ajar gilee..


Lepas dewan, kitorang sume masuk lah ke kelas yang dah ditetapkan. So sem ni kita kena cipta satu organisasi. Kumpulan saya telah memilih untuk mencipta Permata Kasih Baby Hatch. Pusat dimana kita menerima bayi-bayi yang kurang bernasib baik, yang dibuang atau bayi yang tidak mampu dijaga oleh mak ayahnye. :)


Saya sebagai Exco Kebajikan.
Siap buat 'button' okay lekat kat baju. 
Tolong tahan gelak. Ini adalah contoh bayi yang terbuang yang kami terima. Dah takde bayi betul-betul nak buat macam mane kan. Terpaksalah gunakan teddy bear ni. Kalau nak guna bayi betul-betul memang dah tak sempat dah. Nak buat bila? Presentation sekarang, nak buat bayi perlukan 2 tahun untuk cari calon suami mithali, 5 bulan hidup sebumbung sekatil, 9 bulan mengandung, dan 40 hari pantang. Gila apa kene tunggu 3 tahun 2 bulan 40 hari baru boleh present. 
Gemuk betul bayi ini. Obesiti mungkin.
Bergambar kenangan bersama ahli kumpulan yang pencinta bayi dan Fasilitator kami, Pn.Nazihah.
Permata Kasih Baby Hatch! Eh ni projek tipu-tipu je k. Jangan ada yang nak email saya tanya baby pulak nak ambik anak angkat ke apa ke.Hihihihi.

10 comments:

Lionel Messi said...

biar betul 2 tahun je bleh cari suami, sekejap nye, haha org mcm awak bleh kot

OhShahiela said...

hi rakan semodul :)
visiting here! ;)

tiah aje :) said...

best post nih !

PINATBATE said...

laa...
projek tipu-tipu rupanyaa..baru bercadang nak hantar baby bulat gemuk yang kuat merengek kat rumah ni..letih lah nak layan dia ..asyik ajak berkepit jer..;P

Ain Ransom said...

Comel betul baby tu, sape la bapak yang bertuah tukan. HAHA :D

Unknown said...

ajwin ajeera, kenal saya lagi tak?? ngeh

Farihah Ahmad said...

salah sape la baby tu obesiti. mama dia la ni :)

Sharinginfoz said...

mesti seronok kan dapat pengetahuan mengenai benda alah ni

Jom Makan @Deen’s Restaurant

Hami Asraff said...

Saya sudah habis modul! :)

Sejarah Header Blog Aku Dan Pengeditan Gambar

bensofian said...

lamanye kna tggu smpi 5 bln baru boley ada hasil. ada problem tu klu suami cmtu.