Friday, November 23, 2018

Forever Living Aloe Vera Gelly

Assalammualaikum and hi everyone!

Saya mempunyai alergi/alah terhadap sabun pencuci pinggan. Kalau kerap basuh pinggan sikit akan mulalah naik merah macam terbakar di kawasan jari. Siapa yang ada alergi macam ni memang fahamlah, rasa itchy, pedih dan gatal gatal. Nak garu tak boleh, bila dia timbul tu, akan menggelembung pastu berair. Teruk jugalah kondisi ni. Ada juga kita sapu krim untuk kurangkan rasa itchy pada alergi ni.



Sehinggalah apabila saya mencuba produk dari Forever Living ni iaitu Aloe Vera Gelly. Hanya sapukan sedikit pada bahagian alergi. Saya hanya akan sapukan Aloe Vera Gelly ni bila bahagian alergi macam tengah meradang, pedih, sebab Aloe Vera Gelly ni sangat membantu untuk menenangkan semula kulit. Seperti di peknya, it is actually a soothing clear gel. So memang rasa soothing dan sejuk sedikit dibahagian alergi tu.


Seperti yang kita ketahui, dari zaman mak mak kita lagi, penggunaan aloe vera atau lidah buaya ni sememangnya bagus dari segi menenangkan kulit yang sedang mengalami irritation. Kebanyakan ibu ibu memang menanam pokok aloe vera ni dan senang, hanya kerat daunnya apabila diperlukan kalau ada kecemasan. Forever Living Aloe Vera Gelly yang dihasilkan dari daun aloe vera semulajadi ini, mengandungi 100% stabilized aloe vera yang dapat merawat tisu kulit yang sensitif dengan selamat.



Diciptakan khas untuk merawat dan menenangkan kulit, Forever Aloe Vera Gelly berwarna lutsinar, pekat dan melembabkan kulit. Bila sapu pada kulit, akan terasa melekit dalam masa seminit dan kemudian lembab dan selesa.

Jangan risau jika terkena Aloe Vera Gelly ini pada baju kerana ianya tidak akan meninggalkan kesan pada baju. Jadi jangan risau untuk gunakannya walau dimana pun anda berada. Boleh standby bawa kemana-mana. Forever Aloe Vera Gelly dapat menenangkan kulit yang sensitif dalam masa sekejap dan juga tidak akan meninggalkan kesan pada baju. 

Bagi ibu yang mengandung, boleh juga sapukan Forever Aloe Vera Gelly jika hendak melakukan ultrasonic treatment atau selepas electrolysis. Kalau nak buat ultrasound, tentulah guna gelly yang dah disediakan oleh doktor kan. Tapi kalau ibu ibu ada menggunakan mesin mendengar heartbeat bayi, bolehlah sapukan Aloe Vera Gelly ini diperut terlebih dahulu. Sesiapa yang nak perming atau mewarnakan rambut pun, boleh sapukan Forever Aloe Vera Gelly terlebih dahulu pada sekitar kulit agar kulit terlindung.

Dari bilik air, first aid kit, sampailah jika hendak pergi picnic pun, memang Forever Aloe Vera Gelly ini bagus untuk sentiasa kita bawa supaya kesihatan dan kelembapan kulit kita lebih terjaga. Korang semua boleh dapatkan Forever Living Aloe Vera Gelly di SINI ya!



Thank you for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera

No comments: