Friday, November 16, 2018

SEKA Whitening+ Serum

Assalammualaikum and hi everyone!

I always love skincare from Japan. I have been there twice and suka sangat tengok kulit orang Japanese ni cantik, mulus je. Macam kulit baby! Plus, mereka sangat menjaga rutin harian dan menggunakan produk yang menggunakan bahan bahan semulajadi. Thanks to their premium skincare products yang dihasilkan melalui kaedah penapaian Jepun yang diturunkan dari zaman ke zaman! Dengan menggunakan kaedah inilah, SEKA Skin Care, sebuah jenama produk kecantikan yang dihasilkan di Jepun, diperkenalkan untuk memberikan kulit yang bersih, lembut dan kekal muda dengan produk terbaru mereka, SEKA Whitening+ skincare line!


Sebelum ini, saya juga menggunakan produk penjagaan wajah dari Japan. JAdi apabila diperkenalkan dengan produk SEKA, saya memang sangat teruja dan saya juga dapat mencuba SEKA Whitening+ Serum yang memang saya pakai seharian. SEKA ialah produk penjagaan wajah yang terbaru dari Japan dan segala produknya juga dikilang atau manufactured from Japan. Menggunakan konsep penapaian untuk mengekalkan keremajaan kulit kita.

Produk SEKA juga telah dicipta untuk memperkasakan lagi kuasa penapaian dalam bidang kecantikan dan juga kesihatan. Ia telah dicipta menggunakan kombinasi mata air Gunung Fuji dan cecair Lactobacillus yang telah ditapai atau fermented dan menghasilkan satu kuasa asal dari minuman dan juga mikroorganisma untuk kulit kita. Cecair Lactobacillus yang telah ditapai ini ialah enzim yang telah dihasilkan dari 70 jenis tanaman organik yang terpilih termasuklah beras hitam yang kaya dengan nutrient.

SEKA Whitening+ Serum dapat memperbaiki :


  • Spots (skin blemish)
  • Kedutan (wrinkles)
  • Kelembutan
  • Kulit kusam dan tidak bermaya
  • Kulit kering
Saya dah menggunakan produk SEKA selama dua minggu, saya guna dua kali sehari iaitu siang dan malam. Saya secara peribadi rasa SEKA Whitening+ Serum ini mempunyai kesan yang agak baik, kulit terasa lebih lembut dan anjal. Setiap hari bila nak mula cuci muka, kulit rasa seperti dah menggunakan SEKA Whitening+ Serum, walaupun sebenarnya baru nak cuci muka. Saya campurkan sahaja dengan pencuci muka, toner dan krim dari pelbagai jenis. Korang boleh guna serum ni selepas cuci muka dengan pembersih muka dan toner ya. Kalau korang nak cuba produk penjagaan wajah dari Jepun, SEKA Skin Care ini boleh search mereka di Instagram ya?


Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera

No comments: