Sunday, November 25, 2018

Reneuf by La Estephe Mask

Assalammualaikum and hi everyone!

I am soooooo happy masa dapat parcel from Reneuf dan The Butterfly Project Malaysia ni. Mana tak happynya, I got 30 pieces yes 30 keping face mask dari Reneuf ya! 30 keping ini adalah stok selama sebulan ya. Yes, I wear face mask everyday. Dulu pernah fly dengan orang Korea, bila kerja dalam negara, kita tidur sebilik je. So nampaklah skin care routine dia memang hari hari pakai mask. Tak kiralah balik kerja pukul berapa, tidur pukul berapa, mask tetap kena pakai.



Antara faktor lain yang buat saya happy sangat dapat cuba mask Reneuf ini ialah, Reneuf mask ni bukan sebarangan face sheet mask macam biasa tu ya. Reneuf mask menggunakan formula Baby Soft Skin iaitu gabungan yang kaya dengan Squalene, Colloidal Gold dan Yam Bean yang bertindak memulihkan kulit yang tidak bermaya dan kusam kepada kulit yang lembab, bertenaga dan lembut seperti kulit bayi! 



Reneuf mask ini diformulasikan di Switzerland by La Estephe iaitu skincare industry expert di Hong Kong. Apa yang lebih meyakinkan saya dalam Reneuf mask ini ialah, Reneuf mask merupakan face sheet mask pertama yang mendapat Halal certification dari JAKIM. So korang tak perlu risau atau ragu ragu nak menggunakan mask ini. Bila dah disahkan Halal JAKIM ini, gerenti produk ini halal, selamat dan bersih untuk kita gunakan diwajah kita.

Reneuf by La Estephe mask ini mempunyai 7 jenis mask berdasarkan ramuan yang dicipta khusus untuk merawat jenis jenis kulit. Jom kita lihat 7 jenis mask ini dengan lebih detail!


Reneuf by La Estephe Mask

1. Reneuf by La Estephe with Hyaluronic Acid
    Extreme Hydrating & Moisturizing Mask


Ini merupakan best seller mask dari Reneuf. Formula hyaluronic acid dapat melembabkan wajah tetapi tidak rasa melekit ya. Sesuai untuk mereka yang berkulit normal, kombinasi dan kulit kering. Bila kita meningkat usia ni, kadar hyaluronic acid dalam badan semakin mengurang, sebab itu kita akan rasa kulit lebih cepat kering, dah nampak tanda tanda garis halus pada wajah dan kedutan. Jadi mask ini dapat membantu mengekalkan kolagen, meningkatkan kelembapan dan memulihkan kelembutan kulit kita.

2. Reneuf by La Estephe with AHA
    Refreshing & Purifying Moisturizing Mask


AHA atau Alpha Hydroxy Acid, memang terkenal dalam dunia kecantikan untuk manfaat melembap dan untuk menghapuskan sel sel kulit mati pada wajah. Mask ini mempunyai lima ekstrak botani iaitu bilberry, tebu, sugar maple, orange dan limau yang akan memperbarui sel kulit mati dengan lebih cepat. Mask ini lebih sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah whiteheads, blackheads dan mild acne.

3. Reneuf by La Estephe with Vitamin E
    Brightening & Moisturizing Mask


Kulit kita biasanya akan terdedah kepada faktor luar yang berbahaya seperti radikal bebas, cuaca yang buruk dan panas dan juga dari penyaman udara setiap hari. Turut diselitkan dalam mask ini dengan antioksidan untuk mempercepatkan pemulihan sel dan dapat meremajakan kulit kita. Lebih lebih lagi bagi mereka yang mempunyai kulit tidak sekata, kulit kusam dan gelap bawah mata. Mask ini sesuai bagi anda!

4. Reneuf by La Estephe with Papaya Extract 
    Lifting & Firming Moisturizing Mask


Buah betik ini selain sedap dimakan, ia juga memang penuh dengan nutrien, antioksidan dan enzim yang bertenaga untuk menghidupkan semula kulit yang kusam dan letih. Dengan ekstrak betik ini mampu mengerat dan mengetatkan lagi kulit anda supaya tampak lebih muda dan berseri. Sangat sesuai bagi anda yang selalu mengenakan solekan yang tebal atau selalu menggunakan smartphone dengan masa yang lama. Bila terlalu lama menggunakan smartphone, kawasan bawah mata mulalah mencipta lingkaran hitam nanti!

5. Reneuf by La Estephe with Almond Oil
    Nourishing & Moisturizing Mask


Bagi yang tidak tahu, minyak badam manis ini digunakan secara meluas ya dalam bidang kecantikan di kawasan komuniti Asia Tenggara. Minyak badam manis juga kaya dengan Vitamin E dan pelbagai kebaikan lain yang dapat membantu memulihkan parut jerawat. Selain parut jerawat, mask ini juga dapat menenangkan kulit selepas seharian terkena sunburnt. Bila kulit kita terlalu lama terdedah dengan matahari, kulit akan mula kemerahan kan? Jadi dengan mask with Almond Oil ini dapat memulihkan dan menenangkan kulit yang terdedah tadi.

6. Reneuf by La Estephe with Vitamin C
    Whitening & Moisturizing Mask


Mengandungi antioksidan yang bertenaga, Vitamin C dapat membantu membaiki dan menjana sel sel semula, dan mengehadkan kerosakan yang disebabkan oleh pendedahan kepada sinaran UV. Jika anda sedang penat, stress atau mahu kelihatan lebih bertenaga dengan cepat, pakai saja mask ini sebelum mula merias wajah! Ekstrak Orange dalam mask ini akan membuatkan wajah terus kelihatan fresh gitu. This is my most favourite mask! 

7. Reneuf by La Estephe with Witch Hazel
    Antioxidant & Protection Moisturizing Mask


Bahan utama dalam penjagaan muka dari jerawat, Witch Hazel adalam tumbuhan ubat yang berfungsi untuk mengurangkan bengkak, luka dan mencegah jangkitan. Mask ini mampu memberikan penjagaan jerawat semulajadi melalui bahan antioksidan yang tinggi untuk mengetatkan liang liang roma, mencegah kerosakan sel, melambatkan penuaan dan mempercepatkan pemulihan sel kulit mati. Sangat sesuai bagi anda yang selalu berada diluar, terkena udara kotor. 


Korang boleh dapatkan Reneuf by La Estephe mask ini di SASA, Robinson Gardens & FSKL dan LAZADA! 

Thank you for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera

No comments: