Thursday, November 15, 2018

Wild Ferns Rotorua Mud Skincare

Assalammualaikum and hi everyone!

Saya dah mencuba pelbagai jenis skincare products, tapi ada satu bahan ni yang memang tak pernah cuba lagi. So, this is my very first time lah untuk cuba product penjagaan muka yang mengandungi Rotorua mud, iaitu daripada Wild Ferns. Bagi sesiapa yang tidak familiar dengan jenama Wild Ferns ini, Wild Ferns ialah jenama yang berasal dari New Zealand dan memang mereka mempunyai pelbagai lagi rangkaian produk kecantikan, antaranya ialah Rotorua Mud, Manuka Honey, Bee Venom dan macam macam lagi. Bagi sesiapa yang pernah ke New Zealand, korang akan nampak penjualan barangan jenama Wild Ferns ni ada dimana-mana sahaja termasuklah souvenir shop tau!


Produk Wild Ferns Rotorua Mud ini haruslah dihasilkan dari lumpur yang terletak di Rotorua, New Zealand. Rotorua ialah sebuah bandar yang terletak di utara pulau New Zealand yang terkenal dengan aktiviti geothermal dan kebudayaan Maori. Di Te Puia's Whakarewarewa Valley, ada terdapat sebuah kolam lumpur yang menggelegak dan Pohotu Geyser yang setinggi 30 meter yang meletus beberapa kali setiap hari. Rotorua mempunyai haba dalaman bumi yang menghasilkan Rotorua's earth magic, geothermal mud. Lumpur geothermal ini kaya dengan mineral yang boleh membersihkan secara semulajadi, antuseptik, mengubati dan mengimbangkan semula dengan betul. 

Jadi, Wild Ferns telah mencipta sebuah produk pembersihan wajah menggunakan segala kebaikan istimewa yang ada pada lumpur semujadi ini untuk merawat dan menambah baikkan lagi kulit kita! 

Wild Ferns Rotorua Mud Facial Wash Creme
with Lime Blossom


Pencuci wajah ini mengandungi mineral yang kaya dengan Rotorua Thermal Mud, terkenal dengan rawatan therapeutic dan dapat membersih dengan mendalam. Ekstrak aktif bunga limau dapat menambahkan lagi proses pembaikan sel kulit selepas kita mencuci muka. Selepas cuci, kita akan rasa refreshed and perfectly revived!

Lembabkan kulit wajah, sapu dan urutkan sedikit Wild Ferns Rotorua Mud Facial Wash Creme pada kulit wajah, elakkan dari terkena mata. Kemudian, cuci dengan air bersih. Boleh digunakan setiap hari.

Wild Ferns Rotorua Mud Facial Scrub
with Grapefruit and Calendula


Skrub wajah ini pula dicipta untuk merawat penipisan kulit dan dapat membuang segala sel kulit mati dan merawat kulit yang lesu dan kusam. Rotorua thermal mud akan membersihkan pori dan membersihkan minyak yang berlebihan di wajah, manakala Calendula dan Grapefruit yang kaya dengan antioxidant akan membantu merawat kulit dan renewal processes. Selepas pakai scrub ni, memang kita akan rasa kulit lembut dan gebu.


Lembabkan kulit wajah, sapu dan urut Wild Ferns Rotorua Mud Facial Scrub pada wajah dengan lembut, elakkan dari terkena mata. Bilas dengan air bersih dan boleh digunakan 1 atau 2 kali seminggu.

Wild Ferns Rotorua Mud Face Mask
with Aloe Vera & Cucumber




Untuk mengimbangi dan merawat lagi kulit dengan sempurna, korang boleh gunakan Face Mask yang sangat efektif ini. Face Mask ini mempunyai Rotorua mud yang dicampur dengan aloe vera dan mentimun yang tulen dan penuh mineral. Aloe vera has soothing, healing properties dimana boleh membantu penumbuhan proses sel kulit baru. Mentimun pula mengandungi mild astringent effect, to refine skin texture. I love this mask so much! Sapu je pada wajah, tunggu sehingga betul betul kering dan boleh peel off mask sendiri. Sakit sikit tapi lepas dah peel off, cuci muka memang terasa kulit lembut dan segar sangat! Boleh digunakan seminggu sekali.

Wild Ferns Rotorua Mud Face Pack
with Manuka Honey

      


Manuka honey mengandungi vitamin dan mineral dapat membantu kesihatan kulit dan mengembalikan keremajaan gitu. Kombinasi dari Manuka Honey dan Rotorua thermal mud dapat memulihkan dan mencergaskan kulit kita supaya kulit wajah kita kekal kelihatan refreshed dan bertenaga! Hanya sapukan di bahagian wajah dan leher, tunggu sehingga separuh kering dan boleh bilas dengan air bersih. Boleh digunakan 1 hingga 2 kali seminggu.

Kepada anda yang berkulit sensitif, jangan risau kerana produk Wild Ferns ini ialah produk yang mengandungi bahan semulajadi, tidak mengandungi paraben, tidak mengandungi minyak mineral, allergen free perfume, dan tidak diuji ke atas haiwan. Korang boleh dapatkan Wild Ferns Rotorua Mud ini di Watsons yang berhampiran ya!

Thanks for reading!

Much love,
Ajwin Ajeera


No comments: