Saturday, January 30, 2010

February is coming!Yabedabedu!

Hello people.Hello world.Hello bloggers.Hello reader(s) (ececeh). Hellooooooo! :D
Hope you guys have a very nice Sunday.Since all Indians are doing the perarakan Thaipusam today takkan korang tak happy kan~~ :D :D Ya if you can see (or read I meant :p),Im veryyyyy happy today because I just got back from Dove 3R Freshy's meeting or briefing something like that.*smile broadly*

I thought I was late just now.Meeting at 10.30 am.Tapi datang 10.40 gitu kot.But when I was just arrived,the meeting aren't started yet so I was like fuhhhhh nasib baik weh!Ada 15 finalists tapi hanya 12 orang yang berjaya datang iaitu Doria,Azreen,Salwa,Sameera,Kavita,Joanna,Lisasqia,Syikin,Juelina,Pasha,Sofea and I.Mereka sangat adorable,friendly and open minded.Pada mulanya,suasana agak sunyi sebab tak kenal lagi kan.And tadi first time we met each other.Malu-malu lah semuaa.Haha.Its alright.Maybe masa tu malaikat lalu..So,sebab tu lah senyap..But then bila dah lama-lama,mereka sangat okay and I can't wait to meet em again on this 19th February 2010!!

Ada apa pada 19 Februari?Yesss that is what Im going to tell you.
Okay tadi the famous Project Manager,Tini has told us all the important dates of the up coming events,photoshoot,extreme sports,event with UNICEF,60 secs presentation and sort of activities la.Semuanya pada bulan Februari nanti.Perghh belum bulan 2 lagi tapi Awin dah rasa tak sabar kot.Haha.

As for now,I don't really care about the voting's rate or who will be choosen to become the next host anymore because I think I just wanna have a new experience,meeting other people,meeting famous people like Tini,Celina, hehe T_T,all I wanna do is I just wanna have fun doing all these exciting things,be myself and be a good sport.Belajar benda baru. Kalau ada rezeki,Alhamdulillah.Kalau tiada rezeki,it's okay..Awin dah cukup bersyukur terpilih as a Top15 finalists ni.:)

And yeah for your information,the voting will not determine your selection.Highest vote will walk away with Miss Most Popular Award, and to be selected Top 3,15 finalists would have to battle it out.So yeah that's what we're gonna do.Ececeh..

p/s : urmm vote for me! (ceh tadi kata tak kisah konon.Mak ayam punya budak)

Okay that's all for now.Jumpaaaaaaaaa Lagiiiiiiiiiiiiiii. :')

Wednesday, January 27, 2010

Pilihanraya buat saya rasa matang

Saya yang berkabung bertudung putih (pergh macam sahabat handai tak pakai tudung putih je),sahabat handai dan banner.

Sahabat handai dan banner.

Hari ini saya ada satu kelas saja.Pada pukul 10 pagi tadi.Hari ini juga 28 Januari 2010,ada Pilihanraya JPP.So lepas habis kelas pukul 12 tadi,saya dan sahabat handai terus ke Dewan Sri Temenggong untuk mengundi.

Ini bukan Dewan Sri Temenggong.Ini Bangunan Sri Laksamana.Bukan Laksa Penang.

Saya telah mengundi Tettttttttttt dan Tottttttttttttt.Undian adalah rahsia okay.Wakakaka.Malam semalam orang semua duk bagi mesej promote kawan,saudara,boyfriend,girlfriend,jiran,roommate,kakak angkat,abang angkat,tunang,ex-boyfriend,ex-girlfriend,ex-roommate,ex-kakak angkat,ex-abang angkat,ex-tunang,suami,isteri,ex-suami,ex-isteri,ex-jiran,musuh,ex-musuh,kawan baik dan semua semua lah.Tapi jangan risau..Saya undi secara bijak..Wakaka.

Ini kali pertama saya mengundi.Jadi apa perasaan saya? Yaa saya rasa hebat.Saya rasa macam cool gila pergi mengundi tadi.Tambahan lagi, yang paling saya rasa ialah saya rasa matang.Perghh dah matang dah saya.Anda jangan cemburu.Anda semua juga boleh rasa hebat,cool dan matang.Bagaimana caranya?

Anda juga boleh mengundi..Jangan risau.

Jika anda mahu mengundi,sila ikuti langkah-langkah dibawah.

  1. Pergi ke www.3r.com.my (okay aku tahu korang dah start gelakkan aku.wakaka)
  2. Klik Dove 3R Freshy.
  3. Kemudian Sign Up.
  4. Check email anda.
  5. Log In
  6. Anda boleh mula vote.One email valid to 5 votes.
  7. Sila vote Noor Ajwin Ajeera binti Abdul Hamid
Wakakakakkaka.Terima kasih!!Undian masih lagi berjalan.Happy voting!!Hahahahahaha bai.

Sunday, January 24, 2010

Mungkin susah nak jumpa babi hutan,tapi saya dah jumpa.

Apa title punya panjang ni? Wakakaka.Mula-mula ingat nak tulis title macam ni, 'Mungkin susah nak jumpa babi hutan,tapi saya dah jumpa.Ada jodoh mungkin?Dan sejak akhir-akhir ini,saya kerap bertemu dengannya.Kuat jodoh tu mungkin?Dan kali kedua bertemu dengannya,dia tidak berseorangan.Dia bersama dengan dua orang lagi rakannya.Nak datang minang saya mungkin?Saya musykil.Harap anda dapat baca cerita saya selanjutnya memandangkan ini hanya sebuah title..'

Fuhhh.Nasib baik tidak tulis title macam itu.Kalau tidak,kerana mulut badan binasa.Okay tiada kaitan.Mungkin entry kali ini ditunggu-tunggu oleh beberapa orang.Lebih-lebih lagi kepada keluarga yang jauh dimata anakonda i mean anakanda mu ini.


Perghh rasanya korang dah tahu kan apa yang Awin nak cerita.Haha. Kalau dah tahu pun,nak cerita juga lah.Bilik Awin bilik paling hujung dan ada balkoni yang menghadap hutan.So beberapa hari lepas,roommate Awin buka pintu nak keluar.Dari pintu memang jelas gila la hutan tu.Kira kalau keluar masuk bilik,kalau tak pandang hutan tak sah.Waktu dia buka pintu tu,tibatiba dia jerit.

'Weeeiiiiiiiii.Babilah!!!!!'

Kebetulan ada ramai orang dalam bilik.Kami pun memandang ke arahnya dan berkata,

'Isk.Apa mencarut malam-malam ni?Tak manis betul..'

'Eeei.Kan aku dah kata.Babi!!! Arghhhhh.'

'Eh asal jerit-jerit ni?'

'Ada babilahhhhhhhhhh kat luar ni!!'

*okay dialog seakan-akan je.yang selebihnya dialog sendiri.lalalala.

So,kitorang pun terus keluar gi balkoni nak tengok babi hutan.Wakakaka. Lepas tu semua pakat jerit.Haha.Dasar gedik.Saya sempat snap satu gambar.Tapi tidak jelas sangat.Alaa janji nampaklah jugak.


Adakah anda nampak apa yang saya nampak?


Yaa.Zasssssss.


Sebenarnya saya tengah gembira menconteng.Okay maafkan saya.

Baru-baru ni,saya terjumpa B lagi.Oh tolong tolong tolong jangan fikir B itu untuk Baby,Hubby,Bayi dan sebagainya ya.Wakaka.Kami masih menjerit walaupun itu untuk yang kedua kali.Biasala.Kalau dah gedik tu,gedik jugak.Tapi B bukan datang berseorangan.Datang bertiga.Bapak,ibu dan anak mungkin?Perghh best ah jumpa dorang.Dapat pengalaman baru.Boleh tulis kat blog.T>T.(okay emoticon tiada motif) Bai.

Saturday, January 23, 2010

Ladies Nite 2010

Mulai semester ini,setiap Rabu akan ada Ladies Nite dimana semua pelajar perempuan boleh berpartayyy eh maksud saya boleh bersukan di Kompleks Sukan UiTM Johor.Kompleks Sukan UiTM Johor?Err yela kompleks sukan la.

Di malam pelancaran,saya main futsal,of course.Malam tu bukan pertama kali saya main futsal pada waktu malam di kampus.Selalu main bawah kolej yang tiada spotlight saja.Tapi bila dah main bawah spotlight di Kompleks Sukan ya kawan-kawan,perghhhhhh peluh taknak bergantang-gantang pula kan.Dimana bila duduk di court futsal,dan bila bangun kembali,kita akan nampak basah di tempat yang kita duduk tadi.Bukan sebab period,tapi peluh ya.Perghh.Apa semangat cerita kotor ni.Tetttt.

Selain futsal,di malam Ladies Nite juga ada bola baling,bola tampar,bola jaring, bola keranjang,ping pong,badminton,tennis dan rugby sentuh.Senaman aerobik, tarian poco-poco dan chicken dance juga ada.Menarik tak?Siswa mesti jeles sekarang.Wakakakaaka.

Sebenarnya hari Sabtu semalam kami ada friendly match di UTM Skudai.Semua sukan terlibat.Futsal,bola keranjang,bola tampar bla bla bla.Semua la.And dah training daripada minggu bila entah.But the game was cancelled.Maybe extend sampai minggu depan.Kalau minggu depan,Awin ada important things to do in KL.So memang kena balik.Quite frust here.:( But it's ok.Kita tak tahu kan apa yang akan berlaku semua.Rasanya semua dah tahu yang Almarhum Sultan Johor mangkat pada hari Jumaat lepas.Al-Fatihah..Semoga roh baginda ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin.

Friday, January 22, 2010

P.S.U

Alhamdulillah.Semalam hari terakhir Awin P.S.U semua senior yang ada kat wing ni.P.S.U akronim bagi Program Salam Ukhwah ( i guess.haha).Tujuannya untuk merapatkan dan bagi mengenalilah senior-senior kat wing.

Agak mencabar juga P.S.U semester ni berbanding semester lepas.Semester lepas,most of the seniors was like bagi terus dorang punya details and sign.Okay done.Tapiiiiiiiiiii semester ni.Jauh bezanya.Wakakak.Sepanjang P.S.U ni, kitorang kena menyanyi,menari poco-poco (mereka rakamkannya ya.T.T) ,melukis monyet yang memakai baju dalam dan seluar dalam sambil makan tembikai (T.T) dan lain-lain yang agak censored untuk ditulis di blog.Hakhak.

Bila dah buat semua tu,baru mereka nak bagi tandatangan.Okay sekarang saya rasa tak sabar nak jadi senior dan buat P.S.U baik punya dengan junior.Wakakak.
Tapi okay lagi kot kitorang.Sem lepas-lepas,ada yang kena berkemban dengan kain batik,ikat sanggul dan pakai bedak sejuk.Then baru senior tu nak cerita personal details and bagi tandatangan.Hahaha.Nasib baik tak kena macam tu do...


Inilah hasil lukisan saya.Monyet yang memakai baju dalam dan seluar dalam sambil makan tembikai.

Ingat nak lukis gambar Robert Pattinson di seluar dalam tersebut.Tapi takpela.Lain kali saja.Mungkin Fatul Akrul Ramli boleh lukiskan?Wakaka

p/s : Paling gembira bila saya tahu ada wingmate mengikuti blog saya.Muahahahahaa.Nanti saya belanja awak ais krim Malaysia Dining kay.Atau kita bawa Fatin jalan-jalan kay?Haha.Bai.

Tuesday, January 19, 2010

Nak tulis blog sambil menari Asmaradana boleh?

Semalam ada Majlis Pengenalan Kelab dan Persatuan.Yaa menghiburkan tapi tidak sehappening semester lepas.Pelajar baru nampak pasif.Come on guyssssssss. Asertif la sedikit!!! Okay Awin enough.Mereka tidak baca pun blog kau.Jangan nak semangat sangat.Tahulah kat Segamat.Okay dah dah. Nuna,Lyana,Wawa dan Awin sampai agak lewat semalam.Majlis at 8.00 pm.Tapi datang almost nak dekat pukul 9.00 pm.Wooh nak tunjuk gangster la konon.Bila dah sampai dewan,lihat-lihat pelajar Part One sahaja dibenarkan duduk bawah.Pelajar lain kena duduk atas.Atas tidak best langsung.Konon-kononnya nak bagi pelajar Part One selesa la tengok persembahan kelab semua.Mereka siap dapat air kotak dan roti coklat di pintu masuk.Ini tidak adil.Kami sebagai senior mula terasa hati dan merendah diri.Perghh ayat dia.'Sebagai senior' bai.

Cerita diteruskan.Masuk je dewan,kami lihat seat dibawah banyak kosong.Bahagian siswa la.Bahagian siswi,tak perlu cakap.Penuh macam penuh gila yang dimana kalau gila pun tak penuh macam tu.Okay boo Awin sekarang,nak buat lawak tak jadi.(-_-'') Persoalannya,di mana lelaki sekarang????Ececeyy mesti lelaki menyirap je kalau baca ni.Takpe takpe.Lelaki semua pergi toilet masa tu.So,kami yang malas gila nak naik atas tu pun dengan selamba mak ayam pergi duduk kat seat siswa Part One.Wakaka.nak tunjuk gangster lagi.Tapi lepas tu terus ramai siswi duduk tempat siswa jugak..Nasib baiklah yaa.

Untuk semester ini,Awin tidak masuk Performing Arts Club,Kelab Rekreasi dan Kelab Inspirasi lagi.Biarlah kita cuba yang lain pula kan.So,kami memilih untuk join English Language Society dan Persatuan Mahasiswa Masjid As-Syakirin.Yaa Alhamdulillah dah jadi budak masjid dah saya ni.Okay sila masuk minang sekarang.Wakaka.*tetibe*

Persembahan terbaik malam tadi rasanya tetap dimenangi oleh Performing Arts Club seperti semester lepas.Kalau last sem,dorang persembahkan tarian Kuda Kepang, sem ni dorang persembahkan tarian,teater dan nyanyian dari teater Puteri Gunung Ledang.Wah mantap gila lah.Dewan digelapkan dan tiba-tiba terasa diri di Istana Budaya.Sangat gembira.Sebab Istana Budaya di Kuala Lumpur so dah dekat dengan rumah jadi terus rasa nak balik rumah.Okay takdela.Lepas tu masing-masing balik bilik terus semua dapat virus nak menari Asmaradana jugak tapi versi urm faham fahamla.


Wajah-wajah yang hanya mampu membuat tarian Asmaradana hanya didalam bilik tadi.


Jejak kasih dengan ex-roommate,Kak Lai.Masing-masing histeria lepas lama tak jumpa.Lepas tu terus masing-masing rebut watak Scha Yahya dalam filem Histeria.Okay merepek dah.Bai.

Sunday, January 17, 2010

Si Bongkok Tanjung Puteri 1961

(Daing Alek buka surat dan dibaca dengan kuat)

DAING ALEK:"Surat perintah ini datang dari Datuk Timur menyampaikan titah Yang Maha Mulia Temenggung Johor di Teluk Belanga, Singapura; kepada Si Bongkok Tanjung Puteri yang sekarang ada di Belungkor.
Baginda perintahkan Si Bongkok berhentikan kerja-kerja merompak, menyamun, dan membunuh manusia yang tidak berdosa.
Ingat, Bongkok, kalau kau lalui perintah ini, buruk padahnya akan menimpa diri kau.Beberapa bulan ini kau telah berdosa, kau telah benar-benar kejam melampaui batas.
Selain harta dagangan kau rompak rampas,kanak-kanak tidak berdosa kau bunuh.Perempuan-perempuan kau aniaya maruah kehormatannya.
Untuk memberi amaran penyudahan ini, Daing Alek diperintahkan ke mari.
Dan Daing Alek juga wakil menentang angkara."


Ingat Bongkok,
Nasihat dan amaran kali yang penghabisan,
berhentikanlah pekerjaan zalim aniaya tak
berperikemanusiaan, kembalilah hidup aman.
Bersatupadu rakyat pembesar dan raja,
raja dan rakyat adalah seperti rumah,
yang menjadi tiang adalah raja,
sedang menjadi pasak adalah rakyat jelata,
yang menjadi rumah ialah agama.
Rumah takkan berdiri kalau tak bertiang,
tiang takkan berdiri kalau tak ada pasak,
sedang pasak tak berharga kalau tak bertiang dan rumah,
sedang tiang tak berharga kalau tak berumah dan berpasak.
Sebenarnya hormat-menghormati,
untuk kebaikan bangsa dan negeri.

Skrip pertama untuk dihafal.Sangat meriah.Roarrrr.
(Tiba-tiba 'roar'.Tiada motif dan kaitan.In English,we call that as an irrelevant.T_T)

Thursday, January 14, 2010

CLINIQUE Beauty Secrets Workshop

Selasa lepas,kami bertuah kerana CLINIQUE telah membuat Roadshow di kampus kami.Ceyy berkami kami pula kan.Pada mulanya,Awin tak tahu pun akan ada Beauty Workshop ni.A day before they came baru Awin tahu.Workshop dari pukul 11 pagi hingga 12.30 tengahari itu kami participate dengan penuh cabaran!Wahaha.Mana taknya,Awin ada mass lecture Cost Accounting pukul 8 pagi sampai 10 pagi.Lepas tu,mass lecture Marketing pukul 10 pagi sampai 12 tengahari.Tapi pukul 11 pagi dah minta dismiss kejap dengan lecturer.Haha.Tak gangster pulak kan.

Kitorang berani buat macam tu sebab lecturer tu pun dah nak habis lecture and basically tutorial hari Isnin nanti,beliau akan ulang semula.So bolehla.Heh heh.

Kantoi jari berinai.Harap masih ada jejaka baik,handsome,berilmu agama, bijak dalam akademik,ada kereta,aktif bersukan,pandai masak yang mahu mengorat saya.Saya masih bujang.Jari berinai hanya zahir semata.


The Clinique's Products are :
  • 3-Step Intro System - RM105
  • 3-Step Trial Kit - RM70
  • 3-Step to Great Skin Set - RM190
  • Anti-Blemish Solutions 3-Step System Starter Kit - RM185
  • Defining Power Mascara - RM75
  • Dullness Solutions -RM135
  • Blemish Solutions - RM105
  • De-Aging Solutions - RM180
  • Vitamin C Lip Smoothie - RM66
Kepada kaum Adam jangan merajuk bucuk bucuk ya.Ini produk yang sesuai untuk anda.
  • Skin Supplies for Men Kit - RM110
Sebarang pertanyaan atau kekeliruan ceycey boleh klik SINI ya.

Clinique Makeup Expert,Mr. David

Thanks to Mr.David sebab ajar kami cara mekap yang betul.
Whoah kini saya sudah pandai mekap.
B-A-N-G-G-A.
Yes.Spell it right okay.


Wee.Bestnya dimekap!Oleh professional pula tu.

Muka-muka kesian pergi Beauty Workshop dengan harapan tamat bengkel boleh jadi cantik dan berjaya memikat jejaka yang baik,handsome,berilmu agama, bijak dalam akademik,ada kereta okay okay saya tak ulang.Maafkan saya.Bai.

Tuesday, January 12, 2010

Spread The Love Contest

Saya ada menyertai satu contest.Spread The Love Contest!Pertandingan Menyebarkan Cinta!Takdelah.Gurau je.Oh no I was joking.(tak yah translate lah sengal).

Contest dari Cik Iqafi ini saya sahut ceh ceh ayat nak power sahaja.Syarat contest ni,saya perlu masukkan satu gambar yang menunjukkan kasih sayang.Pening juga pilih gambar mana yang nak dimasukkan tadi.Banyak sangat gambar kasih sayang!Maklumlah saya ni pun penuh dengan kasih sayang kan.Kahkahkah.

Pemenang akan menerima 1 set couple tee dan 1 hadiah misteri dari blogshop beliau.Walaupun tidak bercouple,saya nak masuk jugak contest ni.Mungkin mana tahu lepas masuk ini contest,saya terus bercouple?Perghh.

Jadi gambar dibawah inilah yang saya pilih akhirnya.


FiFFY.:)

Kalau anda nak join pun,peluang masih dibuka.Boleh klik SINI.Cepat cepat!Tarikh tutup penyertaan ialah pada 12.00 pm - 1 Februari 2010!

New Sem,New Me. ececehhh

Ya.Akhirnya boleh juga Awin update blog ni!!Banyak dah topik dalam kepala ni nak dikongsi (ceh bajet gila guna perkataan 'dikongsi',macam ayat kumpulan New Boyz dalam Trek Selebriti okay tipu je.Gotcha) bersama semua la sesiapa yang membaca.

Sebenarnya Awin nak cerita Awin dah pun memulakan pembelajaran semester baru di UiTM.Perghhh bapak bosan siot intro.Haha.Padahal orang semua pun dah tahu yang budak dah start sekolah,belajar hape semua.Okay ini semua salah kamera sebab menghiddenkan gambar.Ke salah saya yang tak reti-reti macam mana nak show hidden file? Omaigod,sangat malu disitu ya puan-puan.Okayla saya nak pergi bercucuk tanam belakang kolej kejap untuk menebus malu.Tak lawak la Awin,please lah.Kalau tak reti buat lawak,jangan buat lawak.Ini amaran terakhir.


Selamat Datang.Inilah kolej Awin merangkap kolej Hanis Zalikha juga.Haha.Market sikit letak nama Cikgu Financial Accounting Awin sem lepas.Sem ni Hanis kena ajar Cost Accounting pulak.Hehe jangan cemburu semua.Nak cemburu,gi makan budu.Okay tak kena pun Awin.

Sangat teruja bila hari pertama daftar dah dapat hadiah cookies comel sedap lazat nyaman delicious dari Wawa.Berbentuk A lagi.Thank you Wawa..Terharu rasa.sob sob sob..

Ini hari kedua tak salah.Muka teruja kelas sudah bermula masih terpancar.Masih jelas ya.Opps tak main ah Hafiz sekarang.Orang suka Aizat sekarang.Hahaha. Lawak gila bila teringat mentang-mentang Aizat menang AJL hari tu,dan-dan je budak-budak mandi pun nak nyanyi lagu Pergi.Haha.Paling tak tahan bila time tengah muzik yang teng teng teng teng tu pun nak nyanyi teng teng teng teng jugak.Haha.Muka buruk diatas sebab tengah tak bersedia okay.

Oh dah bersedia pun buruk juga rupanya.T_T

Come on Shiraz.Nak masuk ajwinajeera.blogspot.com je.Tak perlu semangat sangat kay.Haha.

Ini hutan.Hutan ini sangattttttttttttttttttttttttt tebal.Cey cerita mesti nak sedap an.

Ini balkoni dan hutan yang sangattttttttttttttttttt tebal tadi.

Okay.Sekarang ini balkoni yang menghadap hutan yang sangattttttttttttttttt tebal tadi dan itu pintu bilik saya.Okay sila takut bersama.Babai.

Saturday, January 9, 2010

Blogger - We Care


Salam semua.Harap kamu kamu semua ceria selalu.:) Saya berasa terpanggil untuk menulis entri ini ialah kerana untuk menyatakan rasa simpati dan prihatin saya kepada seorang saudara kita.Anda boleh baca kisahnya di SINI. Blogger-blogger lain pun boleh turut melakukan perkara yang sama.:)

Setiap blog yang mempamerkan ribbon diatas akan menyumbangkan RM1 kepada En.Megat.

Ikuti langkah ini :

  1. Copy dan paste ribbon diatas.
  2. Letakkan di blog masing-masing sama ada di sidebar or mana-mana yang visible.Anda boleh resize size ribbon itu mengikut kesesuaian blog anda.
  3. Biarkan ribbon di blog itu selama seminggu sehingga 17 Januari 2010.
  4. Maklumkan kepada website ini yang anda dah pun pamerkan ribbon tadi.

Moga usaha kita yang kecil ini mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya.

Come on bloggers!Show your support as you care!:D

Thursday, January 7, 2010

Thank you girls for isolate me.

'Kadangkala menangis itu lebih baik daripada ketawa walaupun ketawa itu menceriakan luaran,tapi ketahuilah tangisan itu yang membuatkan hati kita tenang.

Setiap titisan yang mengalir akan mengubat segala keresahan jiwa,mana mungkin kita mampu untuk mengingati Allah dalam ketawa..'



Remember this my precious readers..

TRUE FRIENDS are gifts not easily gained.It roots from one's heart and involve memories that stay forever..

Tuesday, January 5, 2010

Nak buat macam mana kalau dalam hati ada cinta



Maaf.Saya tak ambil Multimedia,saya ambil Marketing semester ini.Jadi,jangan salahkan saya yang saya tidak tahu edit..(-_-'')


Terima kasih.
Orang kata anak kalau hasil kacukan ni pandai-pandai nanti..
Haha.

Saturday, January 2, 2010

Mama,this is for you...

Inilah Mama saya.Nama diberi Nooryati binti Ahmad.(cey macam nak perkenalkan diri dalam UiTM pulak)

Kami sangat rapat dan saling berkongsi masalah.Kami tak besar dan kami tak kuat.(okay ayat last itu tipu.Itu Wonderpets.Harap dapat bezakan)


Kami membeli-belah bersama.Kami shopping raya bersama. Pendek kata,segala-galanya bersama.Kali pertama saya tinggal jauh dengan Mama ialah sewaktu mula-mula jadi Fasilitator dulu.Itupun sebenarnya selama 3 hari 2 malam.Tapi malam pertama sahaja saya dah call Mama menangis gila2 punyaa.Lokasi program pada ketika itu juga sebenarnya sangat sangat dekat dengan rumah.Dalam 30 minit sahaja.Tapi boleh homesick gilerrrzzz.T_T

Kali kedua pula ialah sewaktu nak masuk belajar dulu.Minggu pertama sangat seksa buat saya!Saya dan Mama saling bermesej sahaja sebab saya dalam orientasi.Kena cover-cover.Heh.

Kami suka bergambar didalam kereta..Walaupun kadang kala gambar akan gagal ditangkap kerana masalah cahaya,parkinson dan sebagainya seperti dibawah


Tetapi kami tidak berputus asa.Kami mencuba lagi.

Oh semakin berjaya walaupun hadirnya orang ketiga yang agak annoying ekspresinya.T_T

Akhirnya,kami berjaya..(Lagu background : Gemuruh jiwa semangat membara dari puncak ingin ke angkasa...bla bla sambung sendiri)

AMARAN:ABAIKAN ABDOMINAL BAYI DIATAS.
Mama dan Awin juga mempunyai minat yang sama.Kami suka baby!
Kami pernah berniat untuk mengambil anak angkat.Sebab suka sangat. Mama paling marah bila ada kes-kes orang buang bayi.Mama banyak kali cakap,kalau taknak bagilah kita!Ramai lagi orang yang dah kahwin nak.Hmm.

Kami makan bersama.



Naik LRT bersama.

Minum bersama.

Bergembira bersama.Menangis juga bersama. :')

Mama tak marah walaupun saya buat muka yang annoying seperti ni.Saya tulis surat ini pun Mama tidak marah.













Selamat Hari Jadi yang ke-44 Mama.
Semoga Allah panjangkan umur Mama dan dimurahkan rezeki.
Sayang Mama.
:')





p/s : Nak balikkkkkkkkkk!Nak balik nak balik!

p/s 2 : Sedih tak boleh nak upload gambar kek dan hadiah.:(

Friday, January 1, 2010

Saya dah bersegamat sekarang eh maksud saya bersemangat.

Sesekali ku rasa teringin,
melewati hatimu yang dingin.
okay cukup Awin.


Sejak lama tak update ni,asyik nak menyanyi je di pendahuluan.Mungkin sebab penangan ke Pertandingan Karaoke di ambang tahun baru hari tu.Family semua suruh saya nyanyi,tapi saya tak nyanyi akibat perasaan malu yang tebal ceyy bwek.Kalau tempat yang privasi tiada orang hanya ahli keluarga sahaja yang ada takpe.Saya bukan sahaja menyanyi,malah melalak sekali.


Sebenarnya saya baru pulang dari rumah MakTeh saya di Cheras.Cehh padahal rumah sendiri pun kat Cheras.Okay proceed.MakTeh dan Pakteh baru pulang dari menunaikan umrah.Saya sangat teruja mendengar cerita-cerita mereka.(Tengok semua,karangan UPSR dah start.Kosakata kena betul okay.) Jadi,selepas mendengar cerita dan melihat gambar-gambar mereka di hadapan Kaabah semua,automatically terus kita rasa macam Oh Tuhan,sebaknya.Rasa nak pergi je sana.Sangat teringin.Kepada bakal suami saya,take note okay.Nanti bila dah kahwin,bawa saya pergi sana ya.Kita menunaikan ibadat bersama-sama.Ceyyy aku cakap dengan siapa entah.Haha.Takpe.Saya rasa gembira sekarang.Mesti dia pun sedang gembira...Lihat kawan-kawan.Saya sudah lari tajuk.Mari lempang saya.



Part yang paling saya suka,kami dijamu dengan Air Zam Zam,Strawberry,Buah Delima,Kurma dan Biskut Pizza.


Oh tak lupa juga kekacang,badam,walnut dan abenda entah lagi nama kacang.Kacang menglembu mungkin.Mooo Mooo.


Wiwit.Bau kedai sehh rumah MakTeh.Apa lagi,hulur-hulur ler kat sini.Teehee.

Ini buah tangan yang saya dapat dari pasangan MakTeh dan PakTeh.Sebentuk cincin dan gelang tangan.Sangat gembira rasa dihati.Terima kasih ya.Love you both.Saya dah kembali bersegamat okay salah lagi mentang-mentang esok nak pijak tanah Segamat.Wah tak sabar!:p