Sunday, January 24, 2010

Mungkin susah nak jumpa babi hutan,tapi saya dah jumpa.

Apa title punya panjang ni? Wakakaka.Mula-mula ingat nak tulis title macam ni, 'Mungkin susah nak jumpa babi hutan,tapi saya dah jumpa.Ada jodoh mungkin?Dan sejak akhir-akhir ini,saya kerap bertemu dengannya.Kuat jodoh tu mungkin?Dan kali kedua bertemu dengannya,dia tidak berseorangan.Dia bersama dengan dua orang lagi rakannya.Nak datang minang saya mungkin?Saya musykil.Harap anda dapat baca cerita saya selanjutnya memandangkan ini hanya sebuah title..'

Fuhhh.Nasib baik tidak tulis title macam itu.Kalau tidak,kerana mulut badan binasa.Okay tiada kaitan.Mungkin entry kali ini ditunggu-tunggu oleh beberapa orang.Lebih-lebih lagi kepada keluarga yang jauh dimata anakonda i mean anakanda mu ini.


Perghh rasanya korang dah tahu kan apa yang Awin nak cerita.Haha. Kalau dah tahu pun,nak cerita juga lah.Bilik Awin bilik paling hujung dan ada balkoni yang menghadap hutan.So beberapa hari lepas,roommate Awin buka pintu nak keluar.Dari pintu memang jelas gila la hutan tu.Kira kalau keluar masuk bilik,kalau tak pandang hutan tak sah.Waktu dia buka pintu tu,tibatiba dia jerit.

'Weeeiiiiiiiii.Babilah!!!!!'

Kebetulan ada ramai orang dalam bilik.Kami pun memandang ke arahnya dan berkata,

'Isk.Apa mencarut malam-malam ni?Tak manis betul..'

'Eeei.Kan aku dah kata.Babi!!! Arghhhhh.'

'Eh asal jerit-jerit ni?'

'Ada babilahhhhhhhhhh kat luar ni!!'

*okay dialog seakan-akan je.yang selebihnya dialog sendiri.lalalala.

So,kitorang pun terus keluar gi balkoni nak tengok babi hutan.Wakakaka. Lepas tu semua pakat jerit.Haha.Dasar gedik.Saya sempat snap satu gambar.Tapi tidak jelas sangat.Alaa janji nampaklah jugak.


Adakah anda nampak apa yang saya nampak?


Yaa.Zasssssss.


Sebenarnya saya tengah gembira menconteng.Okay maafkan saya.

Baru-baru ni,saya terjumpa B lagi.Oh tolong tolong tolong jangan fikir B itu untuk Baby,Hubby,Bayi dan sebagainya ya.Wakaka.Kami masih menjerit walaupun itu untuk yang kedua kali.Biasala.Kalau dah gedik tu,gedik jugak.Tapi B bukan datang berseorangan.Datang bertiga.Bapak,ibu dan anak mungkin?Perghh best ah jumpa dorang.Dapat pengalaman baru.Boleh tulis kat blog.T>T.(okay emoticon tiada motif) Bai.

18 comments:

johari said...

VAVIS!!!

EH FOLLOW MY BLOG K!

cik yaya said...

ni kenapa rajin update pasal binatang je ni awin oi? T_T

farwalis said...

kakya.. awin excited jumpa cik b. hehe.. awin bg die makan ubi kentang. die suke ubi..

joegrimjow said...

haha
babi bersepah2
carefull
nanti die bawak h1n1

Eldy Voon said...

keluar utk tgk babi hutan ? lawak betul la..

Akmar Anuar said...

""Sebenarnya saya tengah gembira menconteng.Okay maafkan saya.""

hahaha! akmar gelak giler2 tadi ajwin oi!

senget gler ah entry ni..
entry sebelum2 ni mmg da senget tp part B ni mcm...............SENGET SANGAT! :P

a.d.i.b.a.h said...

kt situ mmg ade cik B tu awin.. kami pernah terserempak dgn kaum keluarga cik B lg.. konon mcm bersiar2 ptg bersama keluarga.. akak tgh drive pn rse mcm nk benti tgk.. ahahahahahaha~

lalatulips said...

babi...
nsb baik gelap kalu siang xtaule

Haziq Zainal said...

nanti kata kat B tu ada budak SR kirim salam okay :p

Aishah Nur Hakim said...

haha. comel
ingatkan kat uitm jengka je banya babihutan
segamat pun banyak rupanya.
kitorang dulu siap kejar dengan parang tau

Afiqah Azmee said...

agak agak babi tu bawak penyakit macam h1n1 tu tak?

Unknown said...

awin taknak bela dorang ke?

[z@ck] said...

geli kot kalau jumpa depan2..
huhuhu

Fuza Marquis said...

kira binatang tu macam na jumpe korang je :P

Bro Framestone said...
This comment has been removed by the author.
Bro Framestone said...

bro sellau je jumpe.. siap sergah dorg je tiap kali ke kebun huhu

BroFramestone Blog

zac zirwan said...

khinzir!!

Amirez said...

erk..encik B pun jadi cite gak ek haha. tapi best baca :) semoga ada jodoh haha :P