Sunday, February 28, 2010

I love you nephews.

Ahad lepas,(ceh padahal baru semalam tau.-_-)sebelum pulang ke sekolah,saya sempat menghabiskan masa bersama anak buah-anak buah tersayang wehhhh.Airil dan Aiman!Rindu gila dah lama tak jumpa mereka.Iskkk rindu nak cium kepala botak Airil ni!!!Cium banyak banyak banyak banyak kali pun tak puas!Grrrrrrr.Eh ingat Awin.Blog ni public.

Thanks to their parents yang memberi green light untuk kami bawak dorang ni jalan-jalan.Ke dorang yang bawak kami jalan-jalan?Haha.Mana-mana pun boleeyy.Mula-mula ke Tesco Ampang.Kids,jom kita makan KFC!! Dorang ni happy bukan main lagi..Lari sana~Lari sini~ Suka tengok dorang happy.Suka tengok budak-budak happy..:) Saya ni jenis tak boleh tengok budak menangis.Nanti saya pun rasa nak nangis sekali.wakakaka.Serious.Sebab dorang nangis beriya macam sakit sangat.Kesiannnn.

Airil yang taknak bangun pun dari saya!!Bukan nak gebang saya ni hebat.wakaka
Tapi dia ni memang manja dengan saya dari kecik..Awww.Love you love youuuuu.

Cousin,Zaty.Beliau ni akan berkahwin pada bulan Oktober ni.Jadi,saje la bawak budak kecik jalan-jalan sebagai persediaan untuk menjadi ibu kepada Zaty nanti.Hihihi.

Zaty tiba-tiba cakap,
"Awin,kalau awak artis kan,tetibe wartawan datang terjah handbag awak,dia jumpa apa ek?"
Zaty pun terus ambik handbag saya dan mulaaa terjah.
Haha.Tak pasal-pasal je.
Dia jumpa toner muka.Terus gelak gila.Dia kata benda ni bukan kena ada kat meja solek ke?Siotlah awak dati..
Pastu dia jumpa kalkulator 570 pun dia gelak.
Siot lagi lah awak ni..
Handbag gi kelas.Malas nak keluar-keluarkan barang..
-_-

Alala..Kesayangan ni.

Lepas tu bawak budak-budak comel ni ke Danau Kota.Dorang main dengan gambira lagi..:')
Tapi kenapa gambar aunty-aunty yang kat patung?
Gambar budak-budak takde.Wakaka.






Semua nak pakai merah.Dah sudah.Macam emak anak 3 dah saya.Okay bai.

Saturday, February 27, 2010

Big Gathering 27/02/2010

Salam 1Malaysia..Semalam saya telah ke Big Gathering iaitu bloggers gathering anjuran MelRomeo.Thanks for inviting me,Mel.:)Mula-mula tak sure pun boleh datang ke tak.Sebab yela..Lesen takdekk.Tapi nasib baik kawan sekolah saya dulu dah 4 tahun kawan eceh,Adham merajinkan diri beliau untuk join the gathering.Abang saya pun nak ikut sebenarnya semalam tapi atas sebab-sebab tertentu,abang saya pun tak pergi.Sedih dah kat situ.

Sepanjang hampir 3 tahun saya tulis blog ni,ini kali pertama saya join gathering dengan blogger lain.Risau jugak apalah first impression dorang towards me.Tapi semuanya Alhamdulillah berjalan lancar and I had fun.Even saya tak main Paintball pun,gosip-gosip pun dah best.Hehe.Eh tapi saya merasa jugak tembak semalam!Wakakaa.
Tembakan pertama,saya melatah.Okay fine whatever.Saje nak bagi saya famous kan orang semua pandang.Wakakaa.Maluu.Terkejut kot.Gila kuat.Dengan kita-kita sekali nak ke belakang.Saya tangan memang tak kuat.Kaki insyaAllah boleh bak datang main futsal jomm.Eceh.Tapi tu untuk tembakan pertama je.Tembakan seterusnya saya macho je tembak macam orang lain.Wakaka.

Macam-macam gelagat ada semalam.Mereka semua kelakar and sempoi gitu..Ada yang bawa seekor Didi yang sumpah comel gila,ada yang mintak autograf ecehceh.Wakakaka.Saya bawak kamera usang saya ni jek.Tiada persediaan.

:)

Antara bunga yang hadir.

Sesi bermain mata..Awwwww.


Inilah Didi yang dikatakan tadi!Sangat comelllll.

Perghh bajet macho.Tak takot konon..

Korang tak tahu..Padahal geli sebenarnya!Wakakka Gelimat pun tak geli macam ni.


Panjang umur,kita ketemu lagi ya..Trillion thanks to everyone!
:D

Friday, February 26, 2010

Seminar Issue in Marketing

by Rosyam Nor.





Muka masing-masing bole excited lagi tak?

Tuesday, February 23, 2010

Happy Friendship Day!

Happy Friendship Day folks!Some people come into our lives and quickly go.Some stay for awhile and leave footprints on our heart.And we are never,ever got the same again.Truthfully,I don't have any idea bout when is an exact date of Friendship Day.People keep wishing it in a various date.Everyday is a Friendship Day perhaps?But Im just gonna go with today.+_+






Happy FD to Nuna,Lyana,Wawa and especially to my babies,Amoi,Wawa,Janna,Apis,Dillah,Wana,Ammar,Abu.Haha.Ambik korang semua dah jadi anak aku.Meh rasa my belly ada new baby untuk korang.Okay stop crapping now Awin.
err FD means Friendship Day ya.Bukan Fashion Disaster ya.Haha.Okay bai.


A friend is someone who knows the song in your heart,and can sing it back to you when you have forgotten the words.

Sunday, February 21, 2010

Hambuyat a.k.a Boyot

Dulok mek dah ngeso Kuih Cincin dan Kelupis dari Sarawak.Kali tok,ada sigit gik makanan tradisional dari sia iaitu Hambuyat or keluarga mek tunggah benda tok as a Boyot.Okay mesti kitak rasa singkol kenak Boyot kan?Haha.Mek pun sik tauk kenak.Sejak zaman dulok gik sidaknya tunggah kedak ya.Sampei la kinektok kamek urang tunggah makanan tok Boyot.Iboh tetak.Even nama Boyot nang lucu.-_-

Boyot nang makanan kegemaran kamek.Iboh kamek jak,sigit family kamek pun sama.Mun makan,mesti redak sik bulak punya sebab Boyot nang nyaman antap! OMGuess,dah ponek dah kinektok.-_-

*******tett tettt tetttt tettt***********
(bunyi translation ke bahasa kebangsaan)

Dulu saya dah tunjuk Kuih Cincin dan Kelupis dari Sarawak.Kali ini,ada satu lagi makanan tradisional dari sana iaitu Hambuyat atau keluarga saya panggil benda ni as a Boyot.Okay mesti awak rasa pelik kenapa Boyot kan?Haha.Saya pun tak tahu kenapa.Sejak zaman dulu lagi mereka panggil macam tu.Sampai la sekarang kami semua panggil makanan ni Boyot.Jangan gelak.Even nama Boyot memang lawak.-_-

Boyot memang makanan kegemaran saya.Bukan saya sahaja,satu keluarga saya pun sama.Kalau makan,mesti habis tak tipu punya sebab Boyot memang sangat sedap!OMGuess,dah terliur dah sekarang.-_-

Mama kamek polah Boyot ari ya.Khas untuk kamek.:')
So,saja snap gambar untuk kitak semua nangga.
Baru blogger kan.


Kalau peringkat atas ni,selalu dah selesai masak and boleh dimakan dengan lauk pauk. Hambuyat sama saja macam nasi.Makanan ruji bagi orang sia.
Tapi kalau untuk buat dessert,teruskan dengan langkah-langkah dibawah.



Tambahkan gula melaka dan susu sejat.


Sedapnyaaaaaaaaaa.Okay bai.

Tuesday, February 16, 2010

Percy Jackson & the Lightning Thief


Yeayy!Semalam saya dan keluarga tercinta telah pergi menonton Percy Jackson & the Lightning Thief.Boleh tahan best lah.Although the plots are quite irrelevant something like that,sebab yelah pasal seorang yang bernama Percy Jackson who is half boy and half god.Tentang 3 dewa zaman Greek and Athens dulu yang kadang-kadang turun ke dunia dan menjalinkan hubungan dengan manusia dan akhirnya melahirkan anak.Anak itulah half boy and half god tadi.Irrelevant kan?-_-

Tapi cerita ni still best and saya bagi 4 per 5.Lelaki berkulit hitam yang separa kambing itu sangat kelakar!and and andd Percy Jackson juga agak ganteng.-_- Guys,go watch it okay?Best!

Monday, February 15, 2010

SUKOL 2010


SuKol atau Sukan Kolej baru je berlangsung baru-baru ni.Serius minggu sebelum cuti sangat busyyyyyyy.Bee pun tak busy macam ni.Tapi 'B' mungkin. . . opppsss. Dengan Sukol,Princess Week,assignment berlambak,test berlambak, dan banyak lah lagi..Persiapan menghadapi tutt tutt lagi.Banyaknya komitmen saya.(eh nanti takde orang nak pulak?) okay yang memerlukan komitmen saya memang banyak tapi tinggal satu space lagi untuk ada boyfriend.ehh apa niii wakakaka.

Teruskan ceritala yer.Saya ni kalau cerita suka tiba-tiba cerita benda lain.Maklumlah banyak komitmen lah katakan.Wakakaa.Kadang-kadang memang shot sikit.Kadang-kadang shot banyak.Baiklah dah menyimpang sekarang.Apa lagi,tolong lempang.Ok takdela.

Bagi yang tidak tahu,Sukol merupakan sukan antara kolej.Jadi, ada 8 kolej semuanya kat kampus saya iaitu Zamrud, Intan, Si Manja Kini, Sempana Alam Buana, Sempana Riau, Taming Sari, Baiduri, dan Nilam.Sempana Riau dan Taming Sari adalah kolej lelaki.Omaigod,dua je kolej lelaki?Heh heh.Kolej saya ialah isk takkan tak tahu kot.Kolej paling famous dengan budak comel lote dan ramai dapat dean's list.Hanis Zalikha pun kolej tu.Haishh malas ah cakap kan.Wakakakka.

Ni masa perarakan perasmian Sukol.Setiap kolej ada tema dan warna tersendiri. Tema Zamrud adalah Sikh dan Pink Panther.Warna kolej pula ialah my favouriteee colour,PINK! :D

Fuhh..comel lote semuanya.Wakakakakaakak

Costume Pink Panther ni buatan sendiri.Kreatif juga budak-budak Zamrud ni.Wakakakaa

Kalau takda baju kolej tu,budak Part 1 la tu.Wakakakakaka Wawa,jangan marah,gelak Wakakak sikit.Haha.

Ini candid.Candid candid pun takyahlah sampai macam nak menari zapin kan.*malu pada diri sendiri*


Saya mewakili Futsal masa ni tapi atas kerana injured dalaman (wakaka), saya telah backed out from the team.Its just to make it fair between the two awesome teams.:) Tatatititutu..

Saturday, February 13, 2010

Sambutan Hari Wanita Sedunia Bersama 3R!

LAUNGKAN HAK ANDA! Kebebasan bersuara! Kebebasan bekerja! Kebebasan membuat pilihan!


Marilah bersama-sama Tini,Celina dan Rafidah dalam Sambutan Hari Wanita Sedunia 2010 dengan badan bukan kerajaan seperti All Women's Action Society Malaysia (AWAM), Women's Aid Organisation (WAO), Sisters In Islam (SIS), The United Nations Children's Fund (UNICEF) dan banyak lagi.

Laungkan hak anda dan jom walkathon! Ada juga persembahan artis-artis hebat seperti

One Nation Emcees

Vince

Lah Ahmaad

Dayang Nurfaizah

Aizat

dan ramai lagi!

Juga ada kelas shuffle,demonstrasi senaman,flea market dan aktiviti-aktiviti yang lain!

Jika anda belum berpeluang untuk menonton persembahan dari KL Drumline,inilah masanyaaaa!Cehceh.KL Drumline ni satu kumpulan remaja yang bermain alat musik secara bebas.Serious gempak.Kalau nak cerita pasal Kuala Lumpur Drum Corps ni panjang.Kena satu entry.Mungkin nanti-nanti kite tulis ya.



TEMPAT : di Central Park, Bandar Utama
TARIKH : 13 Mac 2010
MASA : bermula 12 tengahari hingga 8 malam.

15 orang finalis of 3R Freshy pun akan berada disana.


Lihat.It is compulsory for us to attend.Tapi jika tak wajib pun,saya akan hadir.Hehe.

Jom walkathon bersama kami.Daftarkan diri anda
taip 3R NAMA,NO KP,NO TELEFON dan E-MAIL dan hantarkan ke
012-5191763.
atau e-mailkan ke alamat ini
events.3r@gmail.com

Penyertaan adalah PERCUMA!
Semua lapisan masyarakat,jantina dan umur boleh hadir.
Jumpa di sanaaaaaa!

Hak Saksama, Peluang Saksama, Bersama Kita Ke Hadapan!