Wednesday, June 30, 2010

47 kg's

Saya sedang tak berapa sihat.Selsema,batuk,sakit tekak,ulser,demam panas.Wahh banyak betolll list. Dasar nak menagih simpati!Wakakaka.Tapi tu semua adalah kenyataan.Menyatakan kesemuanya disini adalah sengaja.4hb perlu daftarkan diri di UiTM.Diri ni memang mengada tau.Dia macam tahu-tahu aje saya nak kene daftar pastu terus nak demam-demam.Masa 2 bulan cuti hari tu kesihatan baik saja Alhamdulillah.Tapi bila nak masuk balik ajee ni,terus demam.Hikhikhik.

Jadi, saya tak boleh nak bermanja-manja lagi. Wake up Awin!!!!Wake up!!!!!!!! Jangan nak melayann sangat demam itu!! Lempang diri sendiri sekaranggggg!Ceh suka hiperbola kan.Esok insyaAllah ada photoshoot dan paginya saya dan Mama akan ke hospital.Semoga sihat semuanya.Semoga selamat semuanya.

Tata Titi Tutu~ =)

Monday, June 28, 2010

Shahir Fever

Amaigad.Sambutan pada previous entry sangat mantopp youu. Terima kasih banyakkkkkkkk!;') Saya dah linked kamu semua. TQ TQ! Much appreciated. Anyway, RedGlow's Makeover was cancelled.Jadi tak ada la makeup makeup nya. Makeup simple-simple aje ni.Tapi tak apa.Sebab saya teman Papa dan Mama saya ke Malaysian International Halal Showcase (MIHAS) 2010 at MATRADE Exhibition & Convention Centre tadi. Oww sangat ramai ya manusia. Sebab hari last kot. And saya pulak jadi anak tunggal hari ni!! Wee sebab abang dan adik tak ikut serta. Okay lepas sarapan kami bertiga pon naik kereta terus sahaja menuju ke Sri Permaisuri.Nak amik kameraaaaa saya.Hari tu rosak hantar repair kat situ.Kene dalam RM380++ jugak youu.Tapi free aje sebab masih dalam warranty.Oh Alhamdulillah~


Then teruslah menghala ke Jalan Duta.So sepanjang perjalanan tu kalau tak camera whoring macam separa sah la pulak kan.Rindu beb kamera ni.Ada dalam 2 bulan jugak dia rosak.So tadi pon main-main lah dengan dia.Lepaskan rindu.Hihi.
Sekali flash daaa.Ciann baby.Lama eh Mama tak main-main dengan babyy..Alakucikucikuuu.
Hah.Betta!;p Betta celah mane.
Buku Papa yang bersepah didalam kereta.-_- So sementara menunggu sampai ke MATRADE,saya sempatlah sikit menelaah. Menelaah kehapebendeeeee buku tebal tu god memang cerita tidur malam ni!
Okay kite dah campai ye anak-anak.Saje nak bagi gambar ni ala-ala Myspace sikit.;p Ow this is my parents.<3
Masak lemang bersama.Macam sweet aje kan.;p
Tiba-tiba jumpa ikan besau ni.Besau betul la!
Nak jugakkkkkkkk.....
Barang-barang yang sempat dibeli oleh Mama.=)
Chocolatesssss chocolatesssssss :D
MATRADE.Sapa tak gi tadi haish memang rugilah.Siyessss.
sebab
seseorang yang bernama Shahir ni ada kat sini.So memang ramai la berduyun-duyun orang nak hambik gambaq dengan dia ni.Berbonzer-bonzer dia ni.Tapi bila saya berpeluang. . . . .
Muka excited tidak dapat nak dibendung lagi..
Aicecececehhh. (Muka excited masih tidak dapat dibendung)
Mama saya dengan bakal menantunya , Shahir.;p
Ni just hadiah untuk blog ini.Teehee.Ni kali kedua la ambik sign-sign artis ni lepas Dr Sheikh dulu.Sebab saya bukan minat sangat ambik autograph2 ni so Shahir kamu beruntung.Eh poyonyew.
Macam sesuai aje kan?Hahahaha ok bai.


p/s: Tengah demam ni tapi nak update jugak.Terserlah kegedixan disituw yew.-_-

Saturday, June 26, 2010

Awesome Bloggers =)

Saya telah memuatkan satu lagi blog list untuk kamu,kamu dan yaaaa kamu yang sudi linked my blog on yours.Thank you so much.;') Pastuh saya tak link kamu balik macam tak achi aje kan so saya rasa saya mahu link blog-blog yang saya sendiri jadi silent reader mereka.

Jadi kalau mahu saya link blog kamu, comment aja di post ini ya! :D Siapa-siapa pun boleh.Yang nak bertukar-tukar link ke yang taknak link saya ke mana-mana pon boleh.Eh tak kisah la semua boleh.

Just a quick update.Saya mahu ke makeover RedGlow.Thanks for inviting me RedGlow!;') Tidak sabar sih mahu ke sana.Hee.

Have a wonderful Sunday! Jangan lupak tinggalkan komen kamu jika mahu link di blog ini.

Tata titi tutu friends~ 

Thursday, June 24, 2010

15Malaysia

15Malaysia
Beberapa hari yang lepas, saya macam biasalah kerja masa cuti ni.Men-stalking orang.Hihihi.Stalking punya stalking punya stalking,sekali saya ter-stalked satu blog awek ni daa..Awek ni nama dia Deya Zanial.Ceh bunyi stalk macam banyak padahal nama dia ni lagi ek.Asyik asyik nama Deya Zanial je muncul kat sini.Deya Zanial Deya Zanial Deya Zanial.Boringnya....;p So masa saya stalk insan ni la,saya baca latest entry beliau. Tentang 15Malaysia.=)
Rasanya ramai yang dah tahu kot mengenai 15Malaysia ni.Tapi takpa.Kepada yang belum tahu lagi,meh sini saya terangkan.Heh heh. 15Malaysia adalah satu projek filem pendek.Ia terdiri daripada 15 filem pendek dihasilkan oleh 15 pembikin filem Malaysia. Kesemua filem-filem ini memaparkan satu tema yang sama iaitu mengenai Malaysia tapi mempunyai 15 mesej berbeza yang menarik.Setiap filemnya ada mesej tersendiri.Dan saya telah pon menonton kesemua filem pendek ini.Yes kesemuanya. Kerana apa?Kerana saya sangat tertarik dengan semua filem ini,kerana saya mahu menyokong suara hati rakyat Malaysia ini,kerana saya bangga pada semua penyuara hati rakyat Malaysia ini,kerana saya bangga saya anak Melayu,kerana saya bangga saya anak Malaysia, kerana saya okay okay sabar sabar.Saya ni kalau tetibe datang semangat memang macam ni.Hihi.


So memandangkan saya dah menonton kesemua filem ini,marilah saya berkongsi sedikit sebanyak ya mengenai 15 buah filem pendek ini.Mari mari! Kira kalau anda mahu tengok filem-filem ini, klik kat bawah ni saje pon boleh. =)

1. Meter by Benji Lim
Kahkahkah!Serious video ni lawak giler.Kau tak sayang Malaysia eh?Don't you support Malaysia?Tapi kalau nak jadi astronaut takkan nak cakap bahasa Melayu kepala otak kau pergi NASA tu.Wakakakaa.Serious lawak. How is you Sir?Haha.Ketua Pemuda UMNO,Khairi Jamaluddin melakonkan watak sebagai pemandu teksi.Pelakon lain ialah Amber Chia,Jason Lo dan ramai lagi.


2. Halal by Liew Seng Tat

Yang ni pon lawak giler.Haha.Watak utama pon ialah Adibah Noor.So bayangkanlah.Kalau tak kelakar,tipulah.Hihi.I sukew Puan Ong.Muka tak bersalah jew.Saya masak ayam.Bukan b*bi.B*bi,b*bi,b*bi,b*bi,b*bi..Wakakaka.Saya suka filem ini sebab mesejnya untuk memberitahu mengenai penyembelihan ayam mengikut syariah Islam kepada semua bangsa.Bangsa Melayu,Cina,India dan lain-lain.Dan yang paling menarik ialah pengarah filem ini sendiri ialah berbangsa Cina.Satu daging satu Malaysia.;)


3. Chocolate by Allahyarham Yasmin Ahmad

Jalan cerita ini sangat benar.Realiti.Dan konspirasi.(tetibe). Syarifah Amani sebagai teraju utama.Tentang racism.It's too complicated to talk about.Ketepikan perbezaan.Ketepikan 1Kaum.Just hold on 1Malaysia.Anyway,this is really another great story from Yasmin Ahmad.;')


4. One Future by Tan Chui Mui

Sebuah kisah sains fiksyen yang menceritakan tentang sebuah masyarakat yang sempurna,yang disayangi kerajaan kerana kerajaan memberikan segalanya tetapi tiada sesiapa dibenarkan untuk bercakap.Siapa cakap,kena tangkap.Agent yang dilakonkan Ida Nerina tangkap.LOL.


5. Rojak! by Suleiman Brothers

Mengisahkan seorang penjual rojak berbangsa India yang menceritakan segala gejala politik sosial Malaysia yang berlaku setiap hari. Seperti gejala meragut, buli, seks bebas dan lain-lain. Kira gejala-gejala ni pon dah macam rojak dah. Bercampur sana sini.Yang menarik,filem ini menggunakan teknologi CGI sepenuhnya!


6. Lollipop by Nam Ron

Bront Palarae sebagai seorang pedofilia yang sedang mencari mangsanya.Mesejnya agak tipikal tapi bagi saya ini ialah realiti kan.Dan bagi saya,Aman tak salah..Ayah dia yang salah!!!GS!!Bukan Goal Shooter, tapi Gila Seks!!Apa-apa pun,I likeeee Bronttt.Macho gitew.-_-.Tapi tapi tapiii seriously saya tak boleh nak tonton filem ini buat kali ke-2 kerana sebenarnya sangat geli,menakutkan dan sedih ok.;'(


7. House by Linus Chung

LOVE THIS.Seriously..Rasa sangat sedih dan tersentuh.Mata berkaca menonton filem ini.Wajib untuk anda tonton sekali ya.Start tersentuh masa Rama present rumah idaman dia yang memang rumah sekarang dia jugak tuh,walaupun rumah tu kecik dan buruk,tapi tu tetap rumah idaman dia sebab apa?Sebab ayah dia yang bina rumah tu.Sob sob sedih woo. Tak cukup dengan tu,anda tonton lah sendiri.Sedih gila.Plus,Allahyarham Yasmin Ahmad pon turut berlakon dalam filem ini..;')


8. The Son by Desmond Ng

Racism again.Tapi saya rasa kisah ini boleh tahan menarik!Sebab kita semua pon tahu kan,kat Malaysia ni masalah mengenai racists ni memang agak teruk.Lagi lagi bila kat sekolah menengah tu.Budak Melayu,budak Cina. Belasah belasah ni?Bukan benda baru.


9. Lumpur by Kamal Sabran

Sebuah kisah moden dan penuh puitis yang menggambarkan masyarakat, tempat dan keindahan semangat Malaysia.Kebaikan air untuk minum,mandi dan untuk mandi kali terakhir..


10. The Tree by Amir Muhammad

Penampilan istimewa dari Y.A.B Nik Abdul Aziz Nik Mat.Suka filem ini.Bukan filem.Tapi tazkirah yang semestinya mempunyai banyak ilmu bersama. Satu masalah yang timbul dalam dunia Islam,yang ditimbulkan oleh musuh Islam, ialah mengasingkan hidup daripada peraturan Allah...


11. Potong Saga by Ho Yuhang

Kehkehkeh.Yang ni pon lawak gilerrrr.Serious lawak!Haha.Mengenai seorang pemuda Cina yang diberi panduan yang salah untuk membuka akaun bank Islam.You potong rambut cukupla..Yang lain tak payah potong punyaaaa... Wakakaka.


12. Gerhana by James Lee

Mengenai sepasang kekasih yang berjumpa di hotel secara rahsia dan berlatar belakangkan berita TV.Banyak mesej tersirat yang disampaikan rasanya.Bukan sekadar dari pasangan kekasih,tapi dari segi berita TV juga.Tapi persoalannya kenapa awek cun boleh dapat laki tak ensem ni??! *Tetibe.


13. Slovak Sling by Woo Ming Jin

Yang ni pon lawak juga!Teehee.Sedikit kotor tapi ala siapa yang tak suka kan kalau kotor-kotor ni?;p Bukan.Takde kotor pon.Budak bawah 18 masih boleh tonton maa.Hihi.Cuma kelakar gila dgn Chinese guy tu.Sanggup buka dia punya Hush Puppies....Wakakaakakaka.


14. Duit Kecil by Johan John

Kisah mengenai seorang lelaki yang takde duit kecil di rumah pelacuran.Pergh ni lagi kotor!;p Cuma tak paham satu benda ni.Napa nak bandingkan Malaysia dengan Singapura?Masing-masing ada pro dan kontra kan. Dan kenapa suara perempuan tu macam lelaki ek.Tetibe.


15. Healthy Paranoia by Khairil M Bahar

Hihi.Yang ni pon boleh tahan lawak la.Tak habis habis the rakyat need to know sir the rakyat need to know sir.Haha.Tapi merokok memang tiada faedahnya.Jika tanak dapat set combo Happy Meal tadi,berhenti merokok ya!


Okay.Jika anda dah menonton semuanya,mana satu yang anda suka?Saya palingggg suka ialah Meter, Halal, Chocolate, House, The Tree, Potong Saga dan Slovak Sling.Teehee. Akhir kata, marilah sama-sama kita support pembikin-pembikin filem ini.Mereka mengharapkan sokongan kita!Sokongan rakyat Malaysia!;)
15Malaysia

Selamat Hari Papa.

Assalammualaikum.Sebelum apa-apa, saya nak mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapa saya dan semuaaaaa bapa di dunia ni..Bakal bapa pon boleh juga.Selamat Hari Bapa.. :') So masa 20 Jun lepas,Alhamdulillah ianya jatuh pada hari Ahad n semua orang pon cuti. Teehee.Takdela celebrate mana.Just menonton Toy Story 3 and saya sebenarnya takdela excited nak tengok cerita ni tapi bila dah tengok,okay nape nak nangis macam tengok Lagenda Budak Setan ni? -_-. Saya tahu tu cerita kartun je tapi entah sedih gila. Sedih masa part nak berpisah dengan Andy tu. Mainan pun ada perasaan.;p Tahu sedih masa berpisah. ;p 


Dapnyerr! Dapnyerr!

Papa,cepat tunjuk peace! Hihi.

Update lambat ni sebenarnya bukan apa.Just nak menunjukkan yang Hari Bapa bukan pada 20 Jun je.Heh heh.Hari-hari pon ialah Hari Bapa.Sama juga dengan Hari Ibu. Untuk peringatan bersama, Sayangilah dan hargailah ibubapa anda selagi mereka masih hidup.:') Thanks for reading! Bai!

Tuesday, June 22, 2010

Tahniah Abg Boy & Kak Nadia!

Assalammualaikum..Sekalung tahniah dari saya kepada cousin, Abg Boy dan Kak Nadia! Selamat pengantin baru~ Semoga kekal bahagia sehingga ke anak cucu cicit infiniti.! :D

Ambik berkat sketttttttt.Hihi.

SELAMAT PENGANTIN BARU!

Monday, June 14, 2010

Free Makeup Workshop by RedGlow

Assalammualaikum. Entry kali ni sangat istimewa ya buat saya.cewah kerana buat pertama kalinya saya telah dijemput oleh seorang jurumekap profesional dari RedGlow untuk mengikuti bengkel makeup free dan makeover ya.Baiklah kenapa cakap seperti tiada perasaan?SAYA AKAN KE BENGKEL MAKEUP FREE DAN MAKEOVER YAWWWW! Excited habessss ni. Okay taulah nak makeover,janganlah over.

Saya tak pernah di makeover ya dan saya memang tidak sabar mahu melihat bagaimana wajah saya berubah ke tidak berubah ke selepas di makap.Hiiiii.Pastu saya pon memang tak berapa reti bab mekap mekap ni.Seriouslyyyy.Secara jujurnya,saya tak reti guna blusher.Ni paling tak reti. Basically, sebelum keluar rumah, saya akan pakai toner (yang ni memang dah terbiasa pakai sejak darjah 6.amboi.baru darjah 6 dah pandai dahhhh.;p) Lepas tu pakai sunblock. Saya memang tak suka gila guna compact powder.Sebab tak reti guna juga. Takut nampak fake.-_- Foundation tu kadang-kadang aje pakai.Bila rasa macam nak nampak cantik siket,pakaila.;p ;p Bila nak buat presentation tu,ha baru saya pakai.;p ;p ptui.

Lihat hasil makeover solekan mata dari RedGlow ini ya.
SEBELUM
SELEPAS
Hebat bukan?=D

Jadi saya rasa saya memang patutlah mengikuti bengkel ini ya. Tambah-tambah lagi dahla free ya!;D Apa yang membuatkan saya bertambah terharu ialah terdapat beberapa bloggers lain yang turut dijemput hadir ke bengkel ini iaitu Rina Salleh, YnaaOhYnaa, MelRomeo, Kancil Biru, Eyriqazz, Anak Perak dan Wan Azwani.Hebat bukan?=)

Kepada kamu semua juga, kamu semua boleh juga mengikuti bengkel ini! Kalau mahu datang saje-saje tangkap gambar ke borak borak ke apa ke pon takpe.=) The more the merrier! Dan jika anda semua mahu mengikutinya,here's the detail~

DATE : 27th June 2010
TIME : 10am to 3.30pm
VENUE : Akademi RedGlow
No 17-B, 2nd Floor,
Jalan Tengku Ampuan Zabedah E9 / 9,
Seksyen 9,
40000, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

LUNCH DAN MAKEUP DISEDIAKAN.
 Apa-apa pertanyaan, boleh ajukan kepada Kak Najwa,
annurnajwa@yahoo.com

Mari join Facebook RedGlow!Thanks for reading!Jom la join sesame ye! ;)

Thursday, June 10, 2010

Muhammad Izzul Irfan

Assalammualaikum. Nama diberi Muhammad Izzul Irfan.Lahir pada 10 Mei 2010. Baby Irfan ialah anak kepada cikgu lama saya masa sekolah menengah dulu. Hee. Hari tu masa mula-mula jumpa dengan cikgu sangat teruja ya rasa.Adalah dalam setahun lebih tak berjumpa.Pastu jumpa pula dengan baby Irfan. Rasa nak gomol-gomol aje. Tapi sedar. Itu baby orang...Jadi,jangan rasa nak gomol sangatlah.Simpan perasaan gomol tu untuk anak sendiri eh. Eh apa banyak sangat perkataan gomol ni.
Alolololo~ Nak main bola pula dia..Geram kita tauuuuu!
Ececeh muka makcik sangat gembira ya dapat dukung baby Irfan. Irfan nanti dah besar,baca blog makcik ni ya.;p
Ni Hannah.Kakak Irfan.Mulut Hannah ni sangat bijak ya.Memang menggeramkan habes. Dengan pelat-pelat comel dia tu.Haishhhhh geram! Dia panggil kakak as a tatak!haha sangat comelllll.
Ni Hannah main bedak.Siap boleh buat peace.Geram kan?Rasa nak gigit aje jari peace dia tu!

Wednesday, June 9, 2010

Saya dah kecik hati dah nak kawad kawad ni.

Assalammualaikum. Hari ni saya telah habiskan masa chatting bersama Makcik Deya ya dimana bukanlah chatting sangat tapi lebih kepada ber-formspring atau ber-twitter gitu. Maklumlah saya ni baru aje buat Twitter and masih rasa teruja lagi ya.-_- Jadi,kalau anda mempunyai twitter jom lah kita borak di Twitter.Ceh semangat tau.Baru remaja gitu.

Bila dah borak,dah sakitkan hati,dah bahan bahan, dah ejek ejek sume dengan makcik ni tiba-tiba satu peristiwa lama terbangkit dengan sendirinya dari mulut Deya.Disebabkan kita tengah type,bukan mulut la,tapi terbangkit dengan sendirinya dari jari Deya ya.Eh saya pon tak pasti siapa yang start dulu.Korang bacalah ni,
Lepas tu sihat wal afiat pulak dia jawab soalan orang lain macam bawah ni,
Lepas tu macam biasalah saya pasrah dan hantar macam ni kat dia,
Sedih weh. Sedih tak terpilih tu satu hal. Pastu malu pulak satu hal. Malu malu tahu tak malu?Wakakaka. Kalau sebagai orang yang ke-5 ke,ke-18 ke yang di-reject takpela jugak. Takdela malu sangat orang kata. Tapi ni orang yang pertama di reject tahu tak? Daripada pemilihan kawad ni,dalam ramai-ramai ni, saya orang pertama direject. Okay paham tak perasaan saya sekarang?Paham tak paham tak???????


Saya memang dah takde hati dah nak kawad-kawad ni.Jangan ajak saya kawad.Tolong.

Okay bai. (gile apa emo,padahal benda ni dah hampir setahun berlalu -_-)

Tuesday, June 8, 2010

What is Science?

Assalammualaikum. Ni cite Ahad lepas.Heh heh. Akhirnya berkat doa dan usaha,saya keluar juga bersiar-siar bersama keluarga.Wakaakka.Cuti sebulan dah berakhir.Kini tinggal lagi sebulan lebih aje dapat cuti.Pastu baru la hari tu keluar gi jenjalan. Saya tak macam budak tu asyik keluar jenjalan,shopping shopping sume.Sob sob.Saya cuti ni duk umah aje. Memang cuti ni adalah cuti paling sedih pernah saya alami.Cehh padahal setiap kali cuti pon memang cam ni.Saya takde gi mana sebab adik sekolah kan. Jadi takdelah nak gi berjalan mana-mana. Best gile an jadi saya?-_-. Jadi bila dah dapat jenjalan ni memang orang kata memang meriah la memang teruja gembira terharu sume ada.
Terlalu terharu nak jenjalan sampai nak pakai kasut pon kene tangkap gambar.
Muka teruja tunggu kereta Ayahanda panas.
Tak tahu apa motif posing ni tapi rupanya keluar jenjalan kat Jusco Cheras Selatan aje.Dari rumah pon boleh jalan kaki.Tapi teruja tadi macam nak pegi Padang Besar Perlis.
Tak payahlah ada hati nak pegang jugak kan.Adik tu tangan kat mana tu.
Sebenarnya tengah Sale.Tu yang cam terkejut.Biasalah.Dah lama tak keluar rumah kan,mana tahu ada sale sale sume ni...
Tolong jangan show off hidung awak tu abang.;p
Oh saya sebenarnya takdela pendek.Cuma abang saya ni aje yang terlebih tinggi.
;p

Saya dah start menjadi cikgu Science dan Maths yang tak berapa nak cikgu Science dan Maths la.Wakakaka. Best juga. At least saya takdela duk rumah aje sekarang. Alhamdulillah ada juga perkara bermanfaat yang saya mampu buat.-_-. Hari tu saya ajar Introduction to Science. Sub topicnya ialah What is Science?, The Steps in Scientific Investigation, Physical Quantities and Their Units, Weight and Mass, The Use of Measuring Tools, and The Importance of Using Standard Units. Kepada anda yang pernah melalui zaman Tingkatan 1, ingat lagi tak Chapter 1 Science ni?Haha.Rindu kan.

And tadi ajar Maths Chapter 2. Number Patterns and Sequences. Ni pon rindu jugak. Rindu yang Lowest Common Multiple and Highest Common Factor tu. Ala yang jalan kira dia ada guna algorithm tu.Yang ni ha,sebagai contoh,
Cakap rindu cepat.

Thanks for reading! Bai!

Monday, June 7, 2010

Lagenda Budak Setan

Assalammualaikum. Saya udah pon menonton filem ini dan memang sebelum keluar lagi cite ni saya dah semangat gila nak pi tonton sume apa sume. Trailer kat tv pon sampai dah boleh hafal sume.Memang semangat habisla orang kata.Sebabnya ialah saya memang suka Lisa Surihani,and suka juga Farid Kamil omg hengsem kot.Pastu cerita ni macam sebuah kisah cinta yang menyayat hati.Saya memang sukala kalau bab-bab cerita cinta ni.Cerita ni memang cerita nangis siyes.And semua orang pon tau kot bahawasanya cerita ni diadaptasi dari sebuah novel yang lebih sedekad lalu.Saya tak penah pon baca novel tersebut and ada google juge.Cover novel tu pon memang konsep tahun 90 an gile ceh hiperbola kan.

Saya dengar-dengar cerita ramai orang kata filem ni tak best sangat,suam-suam kuku dan sebagainya.Tapi saya rasa best je cite ni.Heh heh.Sebab macam sedih gile. Saya tak baca novel tu kan so belum tahu lagi jalan ceritanya.Jadi,memang penuh kezutan la bila saya tengok tu.Kalau orang yang dah baca maybe akan rasa macam ahhhhh dah agak dahhh dah tahu dah sume.So konklusinya, nasib baiklah saya tak baca novel tu lagi.Heh heh. 


Cerita ni sedih dan best. Serious. Tapi saya sebenarnya agak tak suka dengan ending dia. Dorang macam dapat bahagia kejap aje. Padahal cinta punya suci bertahun-tahun and masing-masing punya setiala to each other.Sedihhhh. Okay lah bai jangan lupa tonton filem ini. Sokonglah industri filem tempatan kita.Heh heh.Take care!

Saturday, June 5, 2010

06 / 06 / 2010

 Hari ni hari Ahad dan saya nak gi jenjalan dengan keluarga saya!
Yeyeayyyyyyy~ Suke suke~ 
Take care and have a nice Sunday~
=)