Thursday, June 24, 2010

15Malaysia

15Malaysia
Beberapa hari yang lepas, saya macam biasalah kerja masa cuti ni.Men-stalking orang.Hihihi.Stalking punya stalking punya stalking,sekali saya ter-stalked satu blog awek ni daa..Awek ni nama dia Deya Zanial.Ceh bunyi stalk macam banyak padahal nama dia ni lagi ek.Asyik asyik nama Deya Zanial je muncul kat sini.Deya Zanial Deya Zanial Deya Zanial.Boringnya....;p So masa saya stalk insan ni la,saya baca latest entry beliau. Tentang 15Malaysia.=)
Rasanya ramai yang dah tahu kot mengenai 15Malaysia ni.Tapi takpa.Kepada yang belum tahu lagi,meh sini saya terangkan.Heh heh. 15Malaysia adalah satu projek filem pendek.Ia terdiri daripada 15 filem pendek dihasilkan oleh 15 pembikin filem Malaysia. Kesemua filem-filem ini memaparkan satu tema yang sama iaitu mengenai Malaysia tapi mempunyai 15 mesej berbeza yang menarik.Setiap filemnya ada mesej tersendiri.Dan saya telah pon menonton kesemua filem pendek ini.Yes kesemuanya. Kerana apa?Kerana saya sangat tertarik dengan semua filem ini,kerana saya mahu menyokong suara hati rakyat Malaysia ini,kerana saya bangga pada semua penyuara hati rakyat Malaysia ini,kerana saya bangga saya anak Melayu,kerana saya bangga saya anak Malaysia, kerana saya okay okay sabar sabar.Saya ni kalau tetibe datang semangat memang macam ni.Hihi.


So memandangkan saya dah menonton kesemua filem ini,marilah saya berkongsi sedikit sebanyak ya mengenai 15 buah filem pendek ini.Mari mari! Kira kalau anda mahu tengok filem-filem ini, klik kat bawah ni saje pon boleh. =)

1. Meter by Benji Lim
Kahkahkah!Serious video ni lawak giler.Kau tak sayang Malaysia eh?Don't you support Malaysia?Tapi kalau nak jadi astronaut takkan nak cakap bahasa Melayu kepala otak kau pergi NASA tu.Wakakakaa.Serious lawak. How is you Sir?Haha.Ketua Pemuda UMNO,Khairi Jamaluddin melakonkan watak sebagai pemandu teksi.Pelakon lain ialah Amber Chia,Jason Lo dan ramai lagi.


2. Halal by Liew Seng Tat

Yang ni pon lawak giler.Haha.Watak utama pon ialah Adibah Noor.So bayangkanlah.Kalau tak kelakar,tipulah.Hihi.I sukew Puan Ong.Muka tak bersalah jew.Saya masak ayam.Bukan b*bi.B*bi,b*bi,b*bi,b*bi,b*bi..Wakakaka.Saya suka filem ini sebab mesejnya untuk memberitahu mengenai penyembelihan ayam mengikut syariah Islam kepada semua bangsa.Bangsa Melayu,Cina,India dan lain-lain.Dan yang paling menarik ialah pengarah filem ini sendiri ialah berbangsa Cina.Satu daging satu Malaysia.;)


3. Chocolate by Allahyarham Yasmin Ahmad

Jalan cerita ini sangat benar.Realiti.Dan konspirasi.(tetibe). Syarifah Amani sebagai teraju utama.Tentang racism.It's too complicated to talk about.Ketepikan perbezaan.Ketepikan 1Kaum.Just hold on 1Malaysia.Anyway,this is really another great story from Yasmin Ahmad.;')


4. One Future by Tan Chui Mui

Sebuah kisah sains fiksyen yang menceritakan tentang sebuah masyarakat yang sempurna,yang disayangi kerajaan kerana kerajaan memberikan segalanya tetapi tiada sesiapa dibenarkan untuk bercakap.Siapa cakap,kena tangkap.Agent yang dilakonkan Ida Nerina tangkap.LOL.


5. Rojak! by Suleiman Brothers

Mengisahkan seorang penjual rojak berbangsa India yang menceritakan segala gejala politik sosial Malaysia yang berlaku setiap hari. Seperti gejala meragut, buli, seks bebas dan lain-lain. Kira gejala-gejala ni pon dah macam rojak dah. Bercampur sana sini.Yang menarik,filem ini menggunakan teknologi CGI sepenuhnya!


6. Lollipop by Nam Ron

Bront Palarae sebagai seorang pedofilia yang sedang mencari mangsanya.Mesejnya agak tipikal tapi bagi saya ini ialah realiti kan.Dan bagi saya,Aman tak salah..Ayah dia yang salah!!!GS!!Bukan Goal Shooter, tapi Gila Seks!!Apa-apa pun,I likeeee Bronttt.Macho gitew.-_-.Tapi tapi tapiii seriously saya tak boleh nak tonton filem ini buat kali ke-2 kerana sebenarnya sangat geli,menakutkan dan sedih ok.;'(


7. House by Linus Chung

LOVE THIS.Seriously..Rasa sangat sedih dan tersentuh.Mata berkaca menonton filem ini.Wajib untuk anda tonton sekali ya.Start tersentuh masa Rama present rumah idaman dia yang memang rumah sekarang dia jugak tuh,walaupun rumah tu kecik dan buruk,tapi tu tetap rumah idaman dia sebab apa?Sebab ayah dia yang bina rumah tu.Sob sob sedih woo. Tak cukup dengan tu,anda tonton lah sendiri.Sedih gila.Plus,Allahyarham Yasmin Ahmad pon turut berlakon dalam filem ini..;')


8. The Son by Desmond Ng

Racism again.Tapi saya rasa kisah ini boleh tahan menarik!Sebab kita semua pon tahu kan,kat Malaysia ni masalah mengenai racists ni memang agak teruk.Lagi lagi bila kat sekolah menengah tu.Budak Melayu,budak Cina. Belasah belasah ni?Bukan benda baru.


9. Lumpur by Kamal Sabran

Sebuah kisah moden dan penuh puitis yang menggambarkan masyarakat, tempat dan keindahan semangat Malaysia.Kebaikan air untuk minum,mandi dan untuk mandi kali terakhir..


10. The Tree by Amir Muhammad

Penampilan istimewa dari Y.A.B Nik Abdul Aziz Nik Mat.Suka filem ini.Bukan filem.Tapi tazkirah yang semestinya mempunyai banyak ilmu bersama. Satu masalah yang timbul dalam dunia Islam,yang ditimbulkan oleh musuh Islam, ialah mengasingkan hidup daripada peraturan Allah...


11. Potong Saga by Ho Yuhang

Kehkehkeh.Yang ni pon lawak gilerrrr.Serious lawak!Haha.Mengenai seorang pemuda Cina yang diberi panduan yang salah untuk membuka akaun bank Islam.You potong rambut cukupla..Yang lain tak payah potong punyaaaa... Wakakaka.


12. Gerhana by James Lee

Mengenai sepasang kekasih yang berjumpa di hotel secara rahsia dan berlatar belakangkan berita TV.Banyak mesej tersirat yang disampaikan rasanya.Bukan sekadar dari pasangan kekasih,tapi dari segi berita TV juga.Tapi persoalannya kenapa awek cun boleh dapat laki tak ensem ni??! *Tetibe.


13. Slovak Sling by Woo Ming Jin

Yang ni pon lawak juga!Teehee.Sedikit kotor tapi ala siapa yang tak suka kan kalau kotor-kotor ni?;p Bukan.Takde kotor pon.Budak bawah 18 masih boleh tonton maa.Hihi.Cuma kelakar gila dgn Chinese guy tu.Sanggup buka dia punya Hush Puppies....Wakakaakakaka.


14. Duit Kecil by Johan John

Kisah mengenai seorang lelaki yang takde duit kecil di rumah pelacuran.Pergh ni lagi kotor!;p Cuma tak paham satu benda ni.Napa nak bandingkan Malaysia dengan Singapura?Masing-masing ada pro dan kontra kan. Dan kenapa suara perempuan tu macam lelaki ek.Tetibe.


15. Healthy Paranoia by Khairil M Bahar

Hihi.Yang ni pon boleh tahan lawak la.Tak habis habis the rakyat need to know sir the rakyat need to know sir.Haha.Tapi merokok memang tiada faedahnya.Jika tanak dapat set combo Happy Meal tadi,berhenti merokok ya!


Okay.Jika anda dah menonton semuanya,mana satu yang anda suka?Saya palingggg suka ialah Meter, Halal, Chocolate, House, The Tree, Potong Saga dan Slovak Sling.Teehee. Akhir kata, marilah sama-sama kita support pembikin-pembikin filem ini.Mereka mengharapkan sokongan kita!Sokongan rakyat Malaysia!;)
15Malaysia

13 comments:

hannamaruku said...

15 malaysia mmg bagos gila. and short movie yg syg plg suka - lolipop by namron. paling terbaik dan byk maksud tersirat :)

wawan said...

sangat setuju.. KJ adalah paling lawok!!!!

adamLUBA said...

hahaha..nice! all ada cara sendiri untuk isu sendiri..some creative giler sampai tak pernah nak terpikir! best! huhu

Ajwin Ajeera said...

hanna,

ohh..syg suka lollipop by nam ron ya?yup.mmg best.thumbs up to him!ekeke

Ajwin Ajeera said...

wawan,

hehe..
lawak gile..tak sangka beliau ada bakat berlakon dan melawok.
tahniah tahniah~

Ajwin Ajeera said...

adam,

gosh.lama gile tak nmpk?ekeke
betul2.ada yg sgt creative..
patutnya kena buat award utk mereka ni.:)

.rafiq. said...

sume best!hehehe

Ajwin Ajeera said...

yup2!:)

[z@ck] said...

nice..paling suka yang potong saga n halal

Ajwin Ajeera said...

yeahhh
dua2 tu besttttt!:D

adamLUBA said...

hahaha..ajwin! sblm senyap jap sbb kena virus facebook! but...i'm back! hehehe...akan selalu stalk disini..alalalalala!
^_^

alangkah bagosnya klu mereka2 ini mmbuat filem..maybe industri kita akan maju lagi setapak! ^_^

Ajwin Ajeera said...

virus facebook?teruknya.
ala thank you~
i take that as an honour!;)

a'ah.
terfikir jugak dulu nape mereka2 ni tanak buat filem.sebab karya mereka mmg berkualiti dan bagusla.isk

Nona Nadzirah Anak PakDin said...

nak tengok smua. ;)