Saturday, July 31, 2010

Tahniah Khairulbariyah!

Dua minggu lepas, Khairul Bariyah Zulkornain or Kak Ayu, who is my cousin, or my very very very close cousin (my dad's side) telah menamatkan zaman bujang beliau bersama jejaka pilihan, Abang Aju. Ayu and Aju. Ok nama nak sama. Memang jodoh kuat ni. Congratulations to both of you! :')

Malangnya (untuk saya), saya tidak dapat menghadirkan diri semasa akad nikah mereka, kedua-dua belah reception and the honeymoon! Okay kalau nak ikut mereka pergi honeymoon jugak tu memang melampau tu. Sangat melampau. Orang yang jenis tak marah pun boleh dapat darah tinggi kalau honeymoon dia orang lain nak ikut. Ekeke. So disebabkan saya tidak dapat menghadiri hari-hari bersejarah Kak Ayu *sangat sedih okay :(* , maka dapat lihat gambar, wajah bahagia beliau saja. :(

Akad Nikah at home.
The bride's reception.
Abang Aju's side's reception.


Kak Ayu dan suami baru pulang dari Phuket untuk bulan madu by the way. Lihat gambar memang nampak best gilersszzz. Haa best sangat sampai ada zzz. Atau mungkin saya patut tulis best GiLeRsZZ. Serius. Tapi Alhamdulillah tiada apa yang berlaku sebab ada something yang menchuakkan telah berlaku (Eh apa ayat ni?!). Ribut melanda Phuket!! This is the view from their honeymoon suite's balcony @ Andaman Cannacia, Kata Beach, Phuket.

SEBELUM ribut,

SELEPAS ribut,
Omg takut gilerrrr. Masa kejadian tu pun, Kak Aju dan Abang Aju ada dekat dalam bilik mereka!! Syukur Alhamdulillah takde apa-apa yang berlakuu. Fuh.

Bilik mereka pun ditukarkan dari honeymoon suite to the regency suite. Moral of the story is, July is definitely not the time to come to Phuket! Bahaya! 

Selamat Pengantin Baru Kak Ayu & Abang Aju.
Semoga kekal bahagia sampai syurga.


Friday, July 30, 2010

Stilettos for babies


Saya terjumpa satu website dan website tu sangat comel. Website menjual kasut bayi berumur 0 - 6 bulan. Ini bukan kasut bayi biasa. Kasut ni semestinyalah tiada tapak keras apatah lagi ladam tapi memang sangat comel. Amboi kahwin pun belum, kekasih pun tiada tapi dah lihat-lihat website jual barangan bayi ni kenapa ni. Advance ya. Biasa lagi dia. 

Mari saya bawa awak terjah apa kasut yang comel sangat tadi tu. Maybe dah ramai yang tahu, tapi saya baru tahu semalam! Heh heh heh. So, saya nak kongsi sekali pada yang belum tahu. Jom jom terjah zasssssssssss.
Kenapa comel sangat ni?! Geramnya. Rasa nak gigit-gigit kasut ni. Korang jangan emo pulak fikir heels tu macam mana nanti kalau main-main dengan baby kene hempuk dengan tumit tu ke takdela. Tumit kasut itu lembut. The heel is soft. Ceh takyah la translate kan. Mari tengok pattern lain kasut baby ni.
Leopard and Zebra printed pattern pun ada. Ala kalau saya ada anak pun, tak boleh bagi anak pakai ni. Nanti anak lagi menyerlah dari emak. Eh? 
Pattern lain yang saya sukeeeee ialah
Suka warna diaaaaaaaaa. Rasa nak pakai pergi rumah orang kahwin je.
Sweet kan? Haishhhh geram betul dengan kasut-kasut ni. Sabar Awin sabar.(Sambil urut-urut dada) Jom terjah model-model Heelarious ni pula.
Kasut nak comel, model nak comel. Menyampahlahkan macam ini!!! Eh tiba-tiba saja.

Wednesday, July 28, 2010

Cowboy Town

Malam Sabtu kelmarin, Papa, Mama, adik dan saya telah ke Cowboy Town. Harga tiket berpatutan la juga. RM 30 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Masa kitorang pergi hari tu tak ramai sangat orang. Baguslah. Sebab pernah pergi before this, orang ramai gila (pelancong biasanya) memenuhi satu Cowboy Town tu. Nak jalan pun susah. Peringatan pada orang yang tidak tinggi sangat, pakai heels lah sebab kalau tak tinggi nanti kita berhimpit duk bau ketiak orang yang tinggi je. Situasi tu boleh jadi salah satu kemungkinan berlakunya stress ketika melancong atau berehat.

Sebelum ke Cowboy Town. . .

Ini Roro. Roro kene duk bilik senyap-senyap ok. Tak boleh ikut ok.
Ini tuan Roro merangkap tuan kepada blog ini juga. Seorang perempuan dan kuat makan.
Foto berekspresi matang begini mungkin sesuai di upload sebagai profile picture di Facebook.
Foto berekspresi gedik ceria ini bukan mungkin lagi, tapi sangat sesuai di upload di Myspace atau lebih sesuai lemparkan saje di dalam recycle bin.

Ke atau dua-dua sebenarnya gambar stok Myspace? -_-'
Lepas tu,kami pun ke Cowboy Town! Macam biasalah, ada cowboy, red indian, kuda, ayam, anjing, unta, burung kakak tua, ular, itik, kerbau dan macam-macamlah lagi. Eh tapi cowboy dan red indian tu bukan spesis binatang ok. Mereka adalah manusia. Jangan salah faham. Wakakakak.
Ni kawan lama saya, Kiat. Dah kahwin dah pun dia sekarang. Tahniah tahniah! Cepat-cepat sikit dapat anak ok. :D
Red Indian yang tak berapa nak red.
World of Darkness. Baru punyaaaa.
Biasalah kan gambar muka teruja mesti masuk jugak satu dua.
Kalau nak lihat gambar lain di Cowboy Town, sila klik SINI. Itu entry saya ke A Famosa masa tahun lepas.Kliklah cepat, tunggu apa lagi?! :p Memang minta pelempang budak ni. Okay bai.

Monday, July 26, 2010

Kadang-kadang orang ada beguk ni comel.

Saya ke A Famosa selama 1 hari je. Kejap gile. Memang bernafas pun tak sempat. Mama ambil saya hari Jumaat pastu terus ke sana. Sabtu tengahari tu dah balik Cheras balik. Kira takde la jalan-jalan sangat. Sempat main dengan kuda dan pergi Cowboy Town saje. Pagi Sabtu pulak jalan-jalan kat taman sekitar hotel. We had our breakfast dan lepas itu apa lagi tawaf hotel ler!
Kalau tadi dah kata breakfast pastu tak masukkan gambar makanan, tak blogger la kan. 
Ekekek.
Adik takyah lah nak buat muka comel kan?! Eh tiba-tiba jeles.
Okay fine whatever. Eh jeles?!
Ikan-ikan posing cepat! Nak masuk ajwinajeera.blogspot.com ni!
Wakakakakaka.
Asal muka adik senget sebelah macam ada beguk? Adik please jangan malukan kakak.
Selain Edward Cullen, Mama suka bunga orkid ni juga. Cantik gilew katanyew.
Selain Jacob, saya suka bunga putih ini juga. Tak tahu nama dia. Tapi wangi sangat. Kite suka! Kite suka!

Saturday, July 24, 2010

My Little Pony

Semua orang mesti pernah main tahu patung My Little Pony kan? Dulu kecik-kecik saya tak main benda tu. Sebab tak sempat lagi kot melalui zaman kuda kecik tu. Jadi sekaranglah masanya untuk saya main. Okay taklah tipu je. Ini dia saya kenalkan pony kepada anda.(Tolong jangan expect saya nak tunjuk pony warna pink macam My Little Pony k. Saje remind awal takut korang berharap nak tengok pony pink pulak. :p)
Comel kan? Pemalu pula tuh. Tunduk je kerja dia. 
Amboii..Tukar baju pun dah tak sempat dah. Walaupun kuda kecik, tetap takut okay nak dekat. 
Yela.Walaupun saya nampak gagah dan kuat, tapi hati lembut bai. Ekeke. 
Baiklah. Adik ada, baru berani nak pegang sikit. Sikit.
Ini bukan My Little Pony lagi dah. Ini My Bapak Besau Pony.
Memang rugi jadi penakut ni. Bila dah balik rumah, bila dah tengok balik gambar, baru rasa menyesal kenapa tak peluk-peluk kuda tu ke. Eh.

Friday, July 23, 2010

The best mirror is an old friends.

Beberapa hari lepas, saya terserempak dengan seorang gadis ni kat sebuah tempat yang agak ramai orang makan kat situ. Tempat tu juga dikenali sebagai tempat makan. Saya tengah beratur dengan baik masa tu. Pastu sebab dah tertulis kan, rupa-rupanya gadis yang beratur dihadapan saya ialah classmate saya masa darjah 6 dulu.OMG OMG OMG teruja tak?Korang mesti tak kan?Tapi yes. Saya teruja.

Pastu kami pun berbual panjanglah. Excited gila. Tapi kami masih beratur la nak beli makanan. Makanan masih no 1 dalam cerebellum, cerebrum dan medulla oblongata. Lepas tu baru kitorang borak sakan. Wuuuuu rindunya kat korang. Rindu cikgu-cikgu.:'( Gadis tersebut bernama Suhaida. Satu kampus dengan saya. Tapi baru sekarang jumpa. Lepas tu Suhaida pun ceritalah semua semua sebab Suhaida contact dengan yang lain-lain kat Facebook. Memang saya search habis-habisan lah nama classmates saya ni. 

Kemudian, saya jumpa Alang, Fazlyana, Nadia, Aisyah, Farhah, Syuhada, Luqman, Shahrizan, Anis, Syamimi, Azrul, Fikri, Hasmidah, Hasnurniza, dan Intan. Jumpa kat Facebook jela maksud saya. Ada dalam 7 tahun jugak tak jumpa. So memang banyaklah perubahan masing-masing. Haha. Yang Alang dulu comel je kecik tapi sekarang OMG OMG OMG (ceh takyahla kan) Alang sekarang nampak maturedlah. Rasa macam nak Alang yang dulu. Haha. Yang perempuan tak banyak sangat bezanya. Lelaki la perubahan semua nak drastik je. Korang tengah lumba siapa berubah paling dahsyat dan drastik ke apa??

Masa darjah 6, saya kelas 6 Setia. 6 Setia adalah kelas pertama. Cehceh perlu ke bagitau jugak?Haha. Habih ahhh lepas ni mesti dapat soalan panas macam 'Ko ingat ko pandai???' kat Formspring. Kahkahkah. Time sekolah rendah bolehlah kelas first. Time sekolah menengah? Haa ambik kau. Terasa sorang-sorang. Tapi perlu bagitahu jugak kot sebab masa saya darjah 4 dengan 5, saya kelas ke-3 iaitu kelas 4 dan 5 Bestari. Masa darjah 1, saya sekolah kat Melaka. Darjah 2 dan 3 pulak kat Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (1).Saya kelas 2 Lily dan 3 Jasmin. Lepas tu pindah duk KL dan sekolah pun bertukar ke Sekolah Sri Cheras. Haa zaman sekolah rendah memang pindah randah. (Eh nak cerita lain sebenarnya tapi tercerita sejarah sekolah pulak -_-')

Masa darjah 4 and 5 tu, saya ada rapat dengan seseorang ni. Memang rapat gila. Dia selalu ajak saya datang rumah dia untuk study, saya selalu ajak dia datang rumah saya untuk main. Nama dia, Nurul Izwana. (Rindu Wana sangat-sangat :( ) Saya memang teringin gila, memang gila-gila teringin nak jumpa classmates saya kelas Bestari ni balik. Yang saya ingat, Atiqah Ishak. Atiqah selalu cerita best-best sebab dia anak Dato. Kitorang yang orang kebanyakan ni mampu dengar aje lah cerita dia. Dulu selalu rasa dia bertuah sangat. Lagi, Akma. Akma ni paling kepoh dikalangan kitorang. :') Pastu dulu selalu jeles-jeles dengan Akma sebab dia macam nak rapat-rapat dengan Wana. HAHAHAHA. Tinggal lagi 4 orang budak lelaki ni saya rasa macam nak jumpa sangat. Azrul, Rafi'e, Shahrul dan Ihsan. Azrul dengan Rafi'e ni dulu selalu ejek saya Penguin. Sebab nama saya Ajwin. HAHAHAHA. Saya pulak selalu ejek Azrul ni Sardine sebab kasut sekolah dia jenama Dr. Cardin. HAHAHAHA. 


YA ALLAH, Rindunyaaaaaaa zaman tu. Nak balik ke sekolah rendah balik boleh tak?


Cikgu-cikgu? Tak pernah lupa dalam ingatan saya.:') Paling ingat, Cikgu Zam Zam. Guru kelas masa darjah 4 dan 5. Cikgu ni baik sangat. (dan handsome) Mungkin sebab cikgu ni baik sangatlah,dia campak saya ke kelas first masa darjah 6. Ke atau dia campak saya sebab dia malas nak tengok muka saya dah dalam kelas dia dalam kelas 6 Bestari? Takpelah. Biarlah rahsia bak kata Datuk SN.


Rindu sangat dengan semua. Siapa kenal Nurul Izwana, tolong email saya di ajwin_ajeera@yahoo.com.my okay. Atau kalau Wana baca blog ini, sila email Awin cepat k. Sobs sobss.

Oh baidewei, saya sekarang berada di 
Mama ambik pagi tadi lepas class. So dengan berbaju kurung, saya pun ke A Famosa! :)

Saturday, July 17, 2010

Permata Kasih Baby Hatch

Sabtu. 17 Julai 2010. Saya ada Modul hari ni. So memang tidak boleh nak balik lah. Pastu boleh pulakkk hari ni cousin kesayangan saya, Kak Ayu menukarkan gelarannya dari Cik ke Puan. Sedih gila okay tak dapat hadiri majlis perkahwinan beliau tadi. Apa-apapun, Selamat Pengantin Baru Puan Ayu! Nama suami bukan Kasyah kan? Eh terLagenda Budak Setan pulak. Ekeke.


Saya ada Modul hari ni. Okay dia ulang balik. Gila apa pagi-pagi pukul 7.45 dah kena pergi dewan yang agak jauh dengan kolej. Kelas paling awal pon pukul 8.00 je selalu. Dahla semalam tidur lewat pukul berapa entah pastu pagi tadi semua kelam kabut. Tapi sempat jugak ah buat milo panas. Pastu tengah-tengah kelam kabut tu la perut nak sakitlah apala. Sabar ajelaaa... Mungkin ada hikmah disebaliknya..


Pastu sesampainya di dewan, boleh tak semua orang tak sampai lagi?? Orang yang dah sampai boleh dikira dengan mata. Takyah kira kot. Tengok je dah tahu ohh 5 orang.. Kurang asam gila. Kite punya rush macam nak rak tadi. Sampai perut merengek sakit pon, diabaikan. Baik berak dulu tadi. Kurang ajar gilee..


Lepas dewan, kitorang sume masuk lah ke kelas yang dah ditetapkan. So sem ni kita kena cipta satu organisasi. Kumpulan saya telah memilih untuk mencipta Permata Kasih Baby Hatch. Pusat dimana kita menerima bayi-bayi yang kurang bernasib baik, yang dibuang atau bayi yang tidak mampu dijaga oleh mak ayahnye. :)


Saya sebagai Exco Kebajikan.
Siap buat 'button' okay lekat kat baju. 
Tolong tahan gelak. Ini adalah contoh bayi yang terbuang yang kami terima. Dah takde bayi betul-betul nak buat macam mane kan. Terpaksalah gunakan teddy bear ni. Kalau nak guna bayi betul-betul memang dah tak sempat dah. Nak buat bila? Presentation sekarang, nak buat bayi perlukan 2 tahun untuk cari calon suami mithali, 5 bulan hidup sebumbung sekatil, 9 bulan mengandung, dan 40 hari pantang. Gila apa kene tunggu 3 tahun 2 bulan 40 hari baru boleh present. 
Gemuk betul bayi ini. Obesiti mungkin.
Bergambar kenangan bersama ahli kumpulan yang pencinta bayi dan Fasilitator kami, Pn.Nazihah.
Permata Kasih Baby Hatch! Eh ni projek tipu-tipu je k. Jangan ada yang nak email saya tanya baby pulak nak ambik anak angkat ke apa ke.Hihihihi.