Friday, July 23, 2010

The best mirror is an old friends.

Beberapa hari lepas, saya terserempak dengan seorang gadis ni kat sebuah tempat yang agak ramai orang makan kat situ. Tempat tu juga dikenali sebagai tempat makan. Saya tengah beratur dengan baik masa tu. Pastu sebab dah tertulis kan, rupa-rupanya gadis yang beratur dihadapan saya ialah classmate saya masa darjah 6 dulu.OMG OMG OMG teruja tak?Korang mesti tak kan?Tapi yes. Saya teruja.

Pastu kami pun berbual panjanglah. Excited gila. Tapi kami masih beratur la nak beli makanan. Makanan masih no 1 dalam cerebellum, cerebrum dan medulla oblongata. Lepas tu baru kitorang borak sakan. Wuuuuu rindunya kat korang. Rindu cikgu-cikgu.:'( Gadis tersebut bernama Suhaida. Satu kampus dengan saya. Tapi baru sekarang jumpa. Lepas tu Suhaida pun ceritalah semua semua sebab Suhaida contact dengan yang lain-lain kat Facebook. Memang saya search habis-habisan lah nama classmates saya ni. 

Kemudian, saya jumpa Alang, Fazlyana, Nadia, Aisyah, Farhah, Syuhada, Luqman, Shahrizan, Anis, Syamimi, Azrul, Fikri, Hasmidah, Hasnurniza, dan Intan. Jumpa kat Facebook jela maksud saya. Ada dalam 7 tahun jugak tak jumpa. So memang banyaklah perubahan masing-masing. Haha. Yang Alang dulu comel je kecik tapi sekarang OMG OMG OMG (ceh takyahla kan) Alang sekarang nampak maturedlah. Rasa macam nak Alang yang dulu. Haha. Yang perempuan tak banyak sangat bezanya. Lelaki la perubahan semua nak drastik je. Korang tengah lumba siapa berubah paling dahsyat dan drastik ke apa??

Masa darjah 6, saya kelas 6 Setia. 6 Setia adalah kelas pertama. Cehceh perlu ke bagitau jugak?Haha. Habih ahhh lepas ni mesti dapat soalan panas macam 'Ko ingat ko pandai???' kat Formspring. Kahkahkah. Time sekolah rendah bolehlah kelas first. Time sekolah menengah? Haa ambik kau. Terasa sorang-sorang. Tapi perlu bagitahu jugak kot sebab masa saya darjah 4 dengan 5, saya kelas ke-3 iaitu kelas 4 dan 5 Bestari. Masa darjah 1, saya sekolah kat Melaka. Darjah 2 dan 3 pulak kat Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn (1).Saya kelas 2 Lily dan 3 Jasmin. Lepas tu pindah duk KL dan sekolah pun bertukar ke Sekolah Sri Cheras. Haa zaman sekolah rendah memang pindah randah. (Eh nak cerita lain sebenarnya tapi tercerita sejarah sekolah pulak -_-')

Masa darjah 4 and 5 tu, saya ada rapat dengan seseorang ni. Memang rapat gila. Dia selalu ajak saya datang rumah dia untuk study, saya selalu ajak dia datang rumah saya untuk main. Nama dia, Nurul Izwana. (Rindu Wana sangat-sangat :( ) Saya memang teringin gila, memang gila-gila teringin nak jumpa classmates saya kelas Bestari ni balik. Yang saya ingat, Atiqah Ishak. Atiqah selalu cerita best-best sebab dia anak Dato. Kitorang yang orang kebanyakan ni mampu dengar aje lah cerita dia. Dulu selalu rasa dia bertuah sangat. Lagi, Akma. Akma ni paling kepoh dikalangan kitorang. :') Pastu dulu selalu jeles-jeles dengan Akma sebab dia macam nak rapat-rapat dengan Wana. HAHAHAHA. Tinggal lagi 4 orang budak lelaki ni saya rasa macam nak jumpa sangat. Azrul, Rafi'e, Shahrul dan Ihsan. Azrul dengan Rafi'e ni dulu selalu ejek saya Penguin. Sebab nama saya Ajwin. HAHAHAHA. Saya pulak selalu ejek Azrul ni Sardine sebab kasut sekolah dia jenama Dr. Cardin. HAHAHAHA. 


YA ALLAH, Rindunyaaaaaaa zaman tu. Nak balik ke sekolah rendah balik boleh tak?


Cikgu-cikgu? Tak pernah lupa dalam ingatan saya.:') Paling ingat, Cikgu Zam Zam. Guru kelas masa darjah 4 dan 5. Cikgu ni baik sangat. (dan handsome) Mungkin sebab cikgu ni baik sangatlah,dia campak saya ke kelas first masa darjah 6. Ke atau dia campak saya sebab dia malas nak tengok muka saya dah dalam kelas dia dalam kelas 6 Bestari? Takpelah. Biarlah rahsia bak kata Datuk SN.


Rindu sangat dengan semua. Siapa kenal Nurul Izwana, tolong email saya di ajwin_ajeera@yahoo.com.my okay. Atau kalau Wana baca blog ini, sila email Awin cepat k. Sobs sobss.

Oh baidewei, saya sekarang berada di 
Mama ambik pagi tadi lepas class. So dengan berbaju kurung, saya pun ke A Famosa! :)

7 comments:

NAZ said...

nice memory. i kenal tapi bukan kawan u kot haha or u kena lah bagi upah kalau betul kawan u haha

Ajwin Ajeera said...

haha upahnya ialah awk dpt pahala dr Allah s.w.t.. :) hihi

Epul Azimi said...

ramainye kawan2,sy kwn dah lah tak ramai,sombong plak tu,elah sape nak kawan ngan sy,dah lah dulu mase kat sekolah bodoh....................ishhhhhhhh

[z@ck] said...

still contact dgn member skolah rendah.its funny to see ourselves back in old time and now.

muka hingusan betul.hahaha

Ajwin Ajeera said...

epul,

ramai ke?ramai yg lost contact..
elelelehh humble la tu. :)

Ajwin Ajeera said...

zack,

yup!
sy ada simpan gmbar dulu2 sebenarnya tp tgkla nk masuk ke tak.hehehe

amira zakiah said...

sweet