Sunday, November 28, 2010

Tokai University.

Assalammualaikum. Hari kedua saya duk rumah je. Petang tu je saja jalan kat Tokai ambik-ambik gambar. Sekarang musim luruh, daun semua gugur bertaburan. Pastu bila ada angin lalu serius rasa macam nak buat videoclip je. Sebenarnya bukan rasa lagi tapi memang dah buat dah. Tapi nak saya upload video tu kat sini? Jangan mimpi ok. Wakaka.


Dalam perjalanan tiba-tiba je nampak pokok buah lemon ni. Macam menarik je untuk diambil gambar.

Posing je kat halaman rumah siapa entah.

Haa ni dah masuk Tokai. Cantik kan????

Okay cantik.

Haa kalau dah tengok macam ni siapalah yang tanak buat videoclip kan.

Daun maple. Daun Mohabbattein tu. Cantik kan?

Pastu singgah kedai Lawson beli sedikit makanan nak bawak kat taman. Hee.

Bersama Fatin, housemate Ernay yang merangkap tour guide saya. Heh heh.

Dah sampai taman~

Anak anjing yang sangat comel.. Geram jerrr.

Saya makan Ebi Temaki. Pulut sushi dengan udang mayonis kat dalam dia.
Sedap jugak! Makan sikit je dah rasa kenyang.

Kena gulung dengan seaweed sendiri.

Nilah hasilnya. Itadakimasu~

Woh susu coklat yang lazat.

Kedai ubi bakar. Malam kitorang makan ubi ni. Ada yang ¥100 ada yang  ¥150.  ¥100 dalam lebih kurang RM3 lebih la.

Ubi ni pun sedap. Sebijik rasa kuih keria.

Okay mahu tidur dulu. Gambar selebihnya kat Facebook sudah ek. xD Take care. Oyasumi.


Saturday, November 27, 2010

Kura Sushi.

Assalammualaikum. Wah 2 hari sudah tinggalkan blog. 2 hari juga saya tak mandi. Yes! Semua sebab transit kat Bangkok hari tu, terima kasih.

Mama. 

Ke Bangkok.

Saat paling bahagia.

Oh dah sampai sudah.

Welcome to Suvarnabhumi Airport!

Transit 18 jam. Nasib baik airport besar dan cantik.


Waa selepas 18 jam. -.-

Pergh nasib baik omelette rupanya. Ingat durian. Wakaka. Tak suka gila durian. Wekkk.

On the way sudah.

Alhamdulillah dah sampai sudah yay! Semalam saya sampai pukul 5 tapi kat sini dah malam dah. Kat Malaysia pukul 4 petang. Saya terus ambik bas ke rumah cousin at Kanagawa. 3 jam lebih perjalanan dari Tokyo tak nampak apa pon sebab gelap. Malam kat sini sangat panjang. 

Sampai sampai terus beli ayam halal kat sini. Siapa nak order juga, boleh call 0462-27-4799. Teehee.

Pastu terus makan sushi kat restoran Kura Sushi ni. Ya Allah pertama kali makan sushi kat Jepun memang sedap gila. Sangat sangat sangat berbeza dengan kat Malaysia. Piring cepat je tinggi kalau makan tanpa kesedaran.

Antara sushi yang saya rasa betul-betul sedap. Seaweed dia sangat sedap. Macam garing sikit. 

Ada udang, bawang besar, mayonis dengan sos avocado. Serius bagi 5 bintang!

Yang ni grilled salmon pastu ada cheese sikit atas dia. Waaaa teringat sampai sekarang. Kenapa kat Malaysia takde yang macam ni???!

Wuuuu oyishi!

Cheese cake sebagai dessert.

Eei pelahap apa ni.

Eei buruknya muka 2 hari tak mandi. Hahaha.

Fatin, Ernay (my cousin) and Jaja.

Kat restoran ni boleh masukkan piring-piring sushi kita kat dalam tu pastu kalau bernasib baik, dapatlah hadiah. Macam tikam macam tulah. Ha boleh masukkan piring dalam tu k.

Jeng jeng jeng! Nilah hadiahnya.

Dan sebab bernasib baik, kitorang pon dapatlah satu hadiah. Haha.

Hari ni hari kedua, saya gi jalan-jalan kat universiti Ernay, Tokai University. Serius lawa gila uni dia. Tapi esoklah ek saya update. Wakaka okay bai. Esok pagi nak pergi Harajuku! xD 
Take care.