Akhirnya.Saya tinggal satu paper saje lagi. :D Memandangkan gap agak lama untuk ke paper yang terakhir tu, saya dah ambik keputusan untuk pulang ke Malaysia Cheras ESOK! Yay! Saya balik esok! Gila dah 2 minggu tak balik. Rindu semua benda. Rindu Mama. Rindu bau Mama. Rindu semua isirumah. Ambik kau ayat ekonomi sume dah kuar ni memang tak dinafikan,memang tengah rindu betol ni.
Lepas tu lately ni memang agak kusut sikit. Kadang-kadang tak makan satu hari. Tak tidur satu hari. Asyik belajar je kerja. Eh geli tak tulis macam ni? Geli gile siot. Asyik online taknak bagitahu pulak? Maka, mata pun dah sembab sume siap featuring dengan eye bag bagai. Okay lepas ni korang boleh buat album kay? Jerawat pun mula gedik-gedik tumbuh di bahagian dagu. Terima kasih jerawat kerana tumbuh pada waktu yang sangat sesuai ni. Jadi sebagai remaja perempuan yang berwibawa, saya dan Deya telah meluangkan masa untuk bermanja bersama kulit sebentar tadi.
Kalau muka saya tak putih lepas bukak mask ni, siap ahhh.
*tetibe gile.padahal tu moisturizer jer*
Alang-alang ni,nak kongsi sikit lah. Ada seseorang tulis pasal saya kat blog dia. Title nya berbunyi Gedik-gedik Kau Gedik-gedik Manja Orang Kata. Awak kata saya gedik ke? Ala chill-lah saya gedik sikit je.Haa tapi yang manja tu mungkin lebih. Wakakaka. Ayat ni untuk awak,
Aku punya manja kau saja boleh rasa. Rahsia kita berdua.
Tapi saya nak tambah sikit.
Aku punya manja kau saja boleh rasa. Rahsia kita berdua. Tapi bila aku dah kahwin, manja aku suami aku saja boleh rasa. Kau pergi manja dengan suami kau.
Hahahahaha.
Masing-masing nak promote blog sendiri. Harap dengan ekspresi muka begitu, ada orang nak tertariklah?
Muka buat-buat tidur kami memang berjaya membuatkan ramai yang rasa macam ingin memberi pelempang.
Nak tak nak, kena berkenalan jugak. Kami paksa. Lebih-lebih lagi jika anda seorang lelaki ensem.
Penutup. Sekian. Kalau korang baca entry kawan saya ni, baca sekali komen dia. Kak Anna ada komen. Haha. Aku yang bangga. -_-
p/s : Masa last paper 6 Mei nanti,kalau korang nak keluar dewan awal, sila angkat kerusi anda. Jangan seret kerusi. Dahla paper akaun,4 jam pula tu.Pungkuq akan panas duk lama-lama,jangan bagi hati saya pula panas. Psycho gila tahu tak bunyi-bunyi kerusi ni??! Takpelah. Pilihan ditangan anda. Mahu angkat kerusi atau seret jugak dan lepas tu saya akan saman anda sebab mengganggu ketenteraman pelajar lain.Hoh baru nak chuak.
Thanks for reading this entry.Bai.:)