Wednesday, July 28, 2010

Cowboy Town

Malam Sabtu kelmarin, Papa, Mama, adik dan saya telah ke Cowboy Town. Harga tiket berpatutan la juga. RM 30 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak. Masa kitorang pergi hari tu tak ramai sangat orang. Baguslah. Sebab pernah pergi before this, orang ramai gila (pelancong biasanya) memenuhi satu Cowboy Town tu. Nak jalan pun susah. Peringatan pada orang yang tidak tinggi sangat, pakai heels lah sebab kalau tak tinggi nanti kita berhimpit duk bau ketiak orang yang tinggi je. Situasi tu boleh jadi salah satu kemungkinan berlakunya stress ketika melancong atau berehat.

Sebelum ke Cowboy Town. . .

Ini Roro. Roro kene duk bilik senyap-senyap ok. Tak boleh ikut ok.
Ini tuan Roro merangkap tuan kepada blog ini juga. Seorang perempuan dan kuat makan.
Foto berekspresi matang begini mungkin sesuai di upload sebagai profile picture di Facebook.
Foto berekspresi gedik ceria ini bukan mungkin lagi, tapi sangat sesuai di upload di Myspace atau lebih sesuai lemparkan saje di dalam recycle bin.

Ke atau dua-dua sebenarnya gambar stok Myspace? -_-'
Lepas tu,kami pun ke Cowboy Town! Macam biasalah, ada cowboy, red indian, kuda, ayam, anjing, unta, burung kakak tua, ular, itik, kerbau dan macam-macamlah lagi. Eh tapi cowboy dan red indian tu bukan spesis binatang ok. Mereka adalah manusia. Jangan salah faham. Wakakakak.
Ni kawan lama saya, Kiat. Dah kahwin dah pun dia sekarang. Tahniah tahniah! Cepat-cepat sikit dapat anak ok. :D
Red Indian yang tak berapa nak red.
World of Darkness. Baru punyaaaa.
Biasalah kan gambar muka teruja mesti masuk jugak satu dua.
Kalau nak lihat gambar lain di Cowboy Town, sila klik SINI. Itu entry saya ke A Famosa masa tahun lepas.Kliklah cepat, tunggu apa lagi?! :p Memang minta pelempang budak ni. Okay bai.

10 comments:

amira zakiah said...

enjoy....!

izuddinrahim said...

bak sini muka.. nak lempang ni.. haha

Ajwin Ajeera said...

amira,

yup!
datanglah ke sana!:)

Ajwin Ajeera said...

izuddin,

isk dayus ni! wakakakaa

ishiko said...

hahaa,,best nye..ta pna sampai ag..

SweetyMui2 said...

roro sangat kiut!! nak cubit2 bleh?hehehe

Ajwin Ajeera said...

ishiko,

pegila nnti..
best tau.. :)

Ajwin Ajeera said...

sweetymui2,

tak bole tak bole!
kalau roro sakit,sy pun sakit.hehe

riz'ain said...

duk hotel mana yg dkt...dgn cowboy town

Unknown said...

dIMANA2 PON ADA SAYA. :P