And of course banyak gila gambar yang ingin saya upload pada entry kali ini.Adoihh.Asal aku cakap macam formal gila ni.Tapi serius weh.Bila dah lama tak tulis belog terus rasa macam sangat ginjal eh janggal.
Saya dan Mak Anjang yang telah dijemput ke fungsi itu.Okay baiklah.Sebenarnya hanya Mak Anjang yang dijemput.heh. Bukan saya dan Fify tak tahu malu nak pergi jugak tapi Mak Anjang suruh saya dan Fify teman jadi kami pun apa lagi.Terus siap ar.Heh.(Tetap tak tahu malu)

Kami kalau tak camwhore,memang tak sah.Bak kata pepatah,Yang Rendah Terpendek Sangat Yang Tinggi Terlunjur Sangat.Okay tiada kaitan.Maafkan saya.

Sumpah geli muncung-muncung ni.Tapi macam mana boleh terbuat muncung pun tak tahu la. Mungkin teruja pertama kali masuk Kem Mahkota Kluang tuhh.=p


Tapi yang mekap-mekap ini semua bukan saya yang buat ar..Giler ar kalau saya yang buat.Tak reti kot nak mekap pengantin.Simple-simple je boleh la.Simple okay bukan dimple.Tau bezakan?Isk.Annoying betul kalau Johan cakap ayat tuh.
Kami kalau nak pergi pasang pelamin,dalam kereta mesti nak camwhore.Walaupun ada salah seorang tak mandi lagi.Wakaka.Bak kata pepatah,Adat Periuk Berkerak,Adat Lesung Berdedak.Eh,tiada kaitan lagi eh?Maafkan saya.Hehehe (Gelak nakal)


Ini pula gambar hantaran di bilik pengantin yang betul-betul menarik perhatian saya.Dengan ros merah omaigoddd...Masuk masuk je bilik terus terbau haruman bunga ros.Best best.
Ini pula bukti saya buat kerja.Dengan muka pucat penat gila dari pagi hingga bertemu pagi balik.Nak angkat hammer pun rasa macam nak angkat beras 10 kilo.Itu konon-konon menunjukkan dah penat sangat ah tuh.
Haa..Yang ini mungkin sesetengah orang tak bole terima.Haha.Bila kita dah terlampau penat nih,maka dengan automatiknya kita pun akan mereng.Jadi,sambil tunggu-tunggu Fify habis kerja dia,saya dan Zaty yang bertanggunjawab mengambil gambar pun mulalah membuat pose yang sumpah gedik gila.Harap pembaca yang mengandung tidak melihat gambar seterusnya.

Ini pula gambar waktu kenduri yang terakhir.Perghh.Waktu ni tak sabar gile nak balik KL..Tak suka duk Johor..Sebab tak faham bahasa Jawa.=\
Boleh pulak dia nak main cak cak kat sini..Jangan nyanyi CAK CAK CAK CAK CAK CAK macam dekat Astro Ria tu sudah ar.Huhu.

Then,balik butik mandi apa semua.Terus pergi teman Fify ke saloon yang berdekatan.Dia nak set rambut pulak.Nak balik KL la katakan.Heheh.

Fify memang lawa.Tapi asal pulak saya boleh 'tak bersedia' lagi lak tuh.Adoihh.Saya malu gila siot.Tapi takpe.At least tak seteruk gambar 'tak bersedia' saya bawah nih.

Then semalam pergi cuci gambar pengantin dengan Fify.Haa..Dah boleh agak kan?Haha.Dalam kedai gambar pun wajib camwhore tau.Orang kedai tu pun sabar je ar.Heheh.Maklum ar,pepatah kata, Umpama Minyak Setitik,Di Laut Sekalipun Timbul Jua.Hahaha.Mesti annoying kan?



Sebelum kami berangkat ke KL,kami makan malam dahulu di Bisik Bisik. Macam biasa camwhore arr.Hahaha.Asyik pepatah je.Bidalan la pulak.Bak kata bidalan,Biar Luka Di Dada,Jangan Luka Di Belakang.Cehh semua pembaca dah panas.Hahaha.


And lepas tuh barulah kami berangkat ke tanah airku.Untuk memastikan pembaca tidak rindu akan pepatah-pepatah tadi,ini ada pepatah terakhir kerana ada gambar camwhore terakhir untuk entry kali ini.Haha.Sumpah ini last.Bak kata pepatah, Gigi Dengan Lidah Ada Masa Tergigit Jua.Hehehehee (Gelak nakal tapi lagi nakal dari tadi.Haha)


Eh,lupa nak memperkenalkan yang lelaki tu adik saudara saya,Afdhal.Afdhal ni adik Fify.Dengan dia ni ar saya pinjam gitar hari tuh.Bajet je lebih.Heh.

Apabila saya sampai di KL.Banyak juga perubahan yang berlaku.Cehh. Diantaranya ialah gigi depan adik saya patah.Wakaka.Dah gongak sekarang.Memang kena bahanla dengan kakakmu yang baik lagi wangi nih.Haha.Saya memang disaster eh sister yang baik kan?Hehe.

Perubahan seterusnya ialah rambut Abang dan Wazien pun dah lain dah. Adoihh.Dah namanya Cucu Dak Embi kalau sorang buat rambut semua nak buat rambut.

Nak enterprem jugak tuh.Okay.Itulah saje cerita saya minggu lepas.Busy giler.Sekarang kes saya menghilang pun dah terjawab.Cehh takyah macam tuh la sengal.=*