Saturday, May 29, 2010

Tag by Izuddin Rahim


Write 5 interesting facts about the person who gave you this award.
1. Sedang menimba ilmu di Mesir,ambik Takhassus Quran.
2. Mempunyai kembar.
3. Sangat kelakar dan selalu buat saya ketawa. Terima kasih~
4. Muka agak hengsem.Kalau baca blog dia,yang komen sume perempuan.
5. Kadang-kadang dia agak gedik.

Jot down 5 interesting facts about yourself or your hobbies.
1. Saya suka makan dan agak kuat makan tapi saya makan lambat.
2. Bila main congkak dengan Mama,saya selalu aje kalah.
3. Love babies and kids too much.
4. Suka kira masa tidur.Tak tahu kenapa.-_-
5. Sangat sangat sangat sangat sangat sangat sensitif.

Pick your 10 most deserving receipients and describe them.
1. Arina Hamzah > Perempuan ini selalu buli saya. Saya mengaku bahawa saya seorang yang gelabah.Dalam satu minggu, bila berjalan mesti saya ada tersadung kaki dalam 23 plus minus kali. Saya pula memang jalan dengan dia ni aje,and memang dia sukalah bila saya tersadung tersadung tuh.-_-

2. Deya Zanial >  Perempuan ini masih single. Terlalu kerap melakukan typos ya. Setiap kali dia typo,memang kitorang ingat lah pastu bahan dia sampai dia jerit.Haha. Dia baru potong rambut dan saya agak mengamuk ya. Bagi saya,perempuan nampak manis berambut panjang ya. Amaran untuk awak, JANGAN POTONG RAMBUT LAGI. Trim trim okayla.

3. Sarah Rahman > Perempuan ini classmate saya. Masa kat sekolah,kami jarang berbual,hanya senyum-senyum saja. Tapi bila dah cuti ni,kami selalu berhubung dan buat kelakar bersama ya.Ini hikmah cuti ini ya.Dan Sarah ni sangat sweet orangnya.But upps!She's taken!;p

4. Maisarah Mokhtar > Perempuan ini selain sebagai sebuah manusia,dia juga sejenis skunk ya. Sebabbbbbb dia suka kata saya monyet.-_- Jadi saya kata dia skunk!Eeeiii skunk busukkkk wekk wekk (nampak tak sekarang saya tak matang lagi.macam mana ni..)

5. Huda Bajrai > Perempuan ini sama kos dengan saya.Dan juga classmate saya sebenarnya. Saya ada simpan lagi video dia mengamuk masa saya record dia kat dalam kelas.HAHA. Dia merupakan seorang model ya under Stephanie Liah. Okay saya bangga jadi kawan dia.

6. Juelina Stanie > Perempuan ini salah seorang saingan saya dalam Dove 3R Freshy. Tapi hikmah saya masuk pertandingan ni,saya telah berjumpa dengan dia ni and dia memang banyak sangattttt sangatttt bagi saya kekuatan dan semangat ya. Dia sangatttttt baik..Oh nak nangis rasa. 

7. Adibah Hazimah > Perempuan ini wingmate saya.Dia sangat manja dan baik. Tapi saya tengah tidak puas hati dengan dia ni. Sebab hari tu finals dia balik awal sehari dari saya. Tidak puas hati gila seh.

8. Miss Marquis > Perempuan ini seorang penulis blog tegar.Cehceh.Seorang yang sangat cantik ya.Suka tengok muka dia.Lembut aje.Kalau korang tak pernah jatuh cinta,pastu nak rasa perasaan jatuh cinta macam mana,boleh klik blog dia.Nanti korang tengok gambar header dia confirm terus jatuh cinta.Jatuh dari kerusi pon kemungkinan besar sebab cantik sangat.

9. Effy Shazwani > Perempuan ini satu kampus dengan saya.Tapi jumpa dalam dunia blog dulu.-_- Pastu baru jumpa dalam dunia kampus.Sangat cantik juga.Lemah lembut orangnya. Boleh klik kalau rasa nak kenal.Hehe.

10. Farah Hanis > Perempuan ini kawan saya. Comel, dan taken.Kadang-kadang macam muka Hamis Jalikha Parah Hamis ni.Hari tu saya terdelete dia dari Facebook.:(( Sangat bersalah ya rasa. Farah,caye minta maap....:( Jawab tag caye ek.......

Friday, May 28, 2010

Tag by Arina Hamzah

1. Nama pada inbox saya.
Papa,Mama,Abang,Adik.

2. Ringtone utama dekat phone.
Blow me a kiss.

3. Apa saya buat tengah malam tadi.
Online,on the phone,buat air.

4. Orang terakhir bersama saya.
Papa,Mama,Adik.

5. Warna t-shirt saya pakai sekarang.
Pink.

6. Benda terakhir saya buat.
Solat Isyak.

7. Tiga perkara yang anda suka buat setiap hari.
Cium Roro,kacau semua orang kat rumah, sediakan sarapan untuk mereka.

8. Duit yang ada dalam wallet/purse.
RM100.55.-_-

9. Camne hidup?
Macam ni aje lah.Setiap hari buat benda yang sama.Macam takde life.-_-

10. Bila kali terakhir jumpa mak anda.
Tadi.Dalam 15 minit yang lepas.

11. Mak anda kat mana.
Kat bilik tidur beliau.

12. Malam tadi,orang terakhir cakap dengan awak.
Encik Gitar.

13. Surprise terbaru yang awak dapat.
Ada seorang kakak mesej saya.Saya dan dia teringin sangat nak mengenali satu sama lain tapi masa mungkin belum sesuai.insyaAllah satu hari nanti~ =')

14. Benda yang baru dipinjam dari kawan.
Takde kot.Sebab duk rumah kan.Haha.Kalau kat hostel sekarang,mungkin banyak kot. Penyepit baju lah,dawai kokot lah.

15. My BF.
Best Friend = Arina and Deya
Boyfriend = Takdek lagi.

16. Apa yang rasa sekarang?
Rasa apa?Haha.Biasa aje kot.

17. Nak share dengan siapa?
Share apa ni???Haha. Nak share dengan tuhan.

18. Siapa yang tahu rahsia saya?
Allah knows all.

19. Dorang simpan ke rahsia tu?
InsyaAllah.

20. Nak tag ke?
Awak tag saya kan?Saya tag awak balik.Nah ambik.

Thursday, May 27, 2010

Prince of Persia - Sands of Time

Assalammualaikum. Saya baru lepas menonton movie ini ya. Adik saya yang nak tengokkk sangat jadi sebagai kakak yang orang kata memang memahami adik dia nih,saya pon bawa lah dia menonton. Tidak jauh. Dekat saje. Di Jusco Cheras Selatan. Sangat dekat dengan rumah. Tak menyesal tengok cerita ni sebab hero dia omaigod omaigod omaigod hengsem gile. -_-

Sinopsis cerita Prince of Persia : The Sands of Time ni yang saya bole kongsi sikit-sikit ialah Prince Dastan (hero yang hengsem gile tadi) merupakan seorang anak yatim yang merempat di jalanan.Pastu satu hari ni, Raja turun ke pekan dan terjumpa dengan budak Dastan ni. Dastan cuba menyelamatkan seorang budak lain dan belasah pengawal-pengawal Raja tadi. Raja tertarik dengan Dastan dan mengambil Dastan sebagai anak angkatnya.Sejak daripada itu, Dastan yang langsung tiada darah raja ni menjadi putera Persia.Ada 2 orang lagi putera tapi memang betul-betul anak rajalah.Dan semestinya tak sehengsem Dastan lah.-_-

Jadi,kalau nak tahu lebih lanjut,sila tonton sendirilah ya.!

Ini Jake Gyllenhaal yang membawa watak Prince Dastan.
Tapiiii dalam filem tu awak lagi hengsem lah daripada realiti.
Sila terima kenyataan.

Thanks for reading!=)

Wednesday, May 26, 2010

Clean & Clear Top Best Friends Model Asia 2010 Contest


Salam. Baiklah. Disini ada satu contest untuk saya share dengan pembaca blog saya. Eceh. Sebagai penghargaan kepada anda, maka saya promote lah contest ni supaya anda participate dan menang! Ini ialah peraduan dari Clean & Clear ya. Ini bukan promote sebab Nuffnang ya. Bukan bukan. Ini tiada kaitan dengan Nuffnang.

Saya tahu dari Facebook dan anda wajib mempunyai akaun Facebook dan wajib mempunyai seorang teman karib untuk menyertai peraduan ini. Sila ambil serius ya.

Peraduan ini diadakan serentak di Hong Kong, Taiwan, Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, dan Filipina.
(okay kalau menang,taknak bangga gile pule kan?)

HADIAH UTAMA

  • USD$5,000.00 tunai bagi pasangan pemenang.
  • Satu tiket kapal terbang pergi-balik kelas ekonomi dari KLIA ke Singapura.
  • Percuma penginapan hotel dan perbelanjaan makanan selama 3-4 malam di Singapura.
  • Peluang untuk membintangi satu siri realiti bawah penganjur.
  • Terlibat di dalam episod web (bengkel kecantikan, penggayaan ubah rupa,kursus fotografi) yang dibintangi oleh ketujuh-tujuh pasangan pemenang.

HADIAH SAGUHATI
  • Sebuah telefon bimbit setiap seorang bagi pasangan pemenang dari setiap negara.
  • Satu bakul berisi produk-produk Clean & Clear dengan nilai bekalan sehingga 1 tahun bagi setiap pemenang.
  • Berpeluang muncul di iklan cetak Clean & Clear di majalah.


Okay tu saje hadiah dia.And kalau dapat saguhati pon dah kira beruntung sangat sangat okay.Sila jangan lepaskan peluang.

Syarat-syaratnya mudah saja;
  • Seorang perempuan.
  • Tinggal sama ada di Malaysia,Hong Kong,Taiwan,Singapura,Vietnam,Filipina dan Indonesia.
  • Mempunyai akaun Facebook.
  • Mempunyai seorang kawan baik perempuan.
  • Berusia 14 tahun ke atas.
Jadi,kalau rasa berminat, boleh klik SINI untuk ke akaun Facebook Clean & Clear untuk tahu lebih lanjut dan seterus seterusnya lah.Cepat! Peraduan berakhir pada 31 May 2010 ini! Hehe.

Thanks for reading.Take care.Bai!=)

Loceng bersalah sebab bunyi tidak kuat.

Assalammualaikum. Sejak saya cuti,saya memang takde ke mana-mana langsung,takde keluar berfoya-foya langsung and memang menghabiskan masa dirumah.Agak loser ya disitu. Dan mungkin juga agak double loser ya disitu.Dan mungkin triple los okay takyah nak panjangkan cerita yang tiada faedah atau dalam definisi lain ialah merepek ya. Dipanjangkan cerita, beberapa hari lepas, kawan-kawan saya masa sekolah menengah ya telah membuat lawatan sambil belajar di rumah saya. Sangat gembira okay.. Ada orang datang melawat..-_-

Dorang kata nak datang pukul 3.So saya pun fine lah. Tak kesah korang nak datang pukul berapa. Asalkan datang jangan tak datang. Rindu gile kat korang. Dah setahun lebih tidak jumpa nih. Pastu hari yang ditunggu-tunggu pon tiba. Saya duk atas dalam bilik. Pastu kat rumah memang takde sape.Adik ada tengah tidur baru balik sekolah.Pastu dah pukul 3. Saya pelik ah asal dorang tak datang nih.Handphone pule rosak masa tu. Tak dapat nak contact. Contact kat internet aje. Pastu dah dalam pukul 5 gitu, Mira kawan saya yang kata nak datang rumah ni online. Dia tanya saya nape tak buka pintu.Wakaka.Pastu borak borak borak.Rupanya dorang dah datang masa kul 3 tuh. Tapi saya yang tidak dengar. He he he. Dorang kata dah tekan loceng lebih dari 10 kali dah.Pastu siap jerit-jerit sume sampai Syafiq dengar. Syafiq tu jiran saya. Kawan kitorang juge lah. Tapi serious saya memang tak dengar langsung bunyi-bunyi tersebut.Hehehehe.Sorry awak semua.....Siyes sorry..

Pastu lepas chatting dengan Mira tu,dorang pon datang juge rumah saya.Mira, Syaqirah and Ejah.Saya siap buat chocolate cake untuk mereka. Oh dan juga air sirap tanpa ais untuk mereka. Wakakaka. Ais habis. Harap maaf. Pastu sampai Maghrib juge mereka dirumah saya. Bila dah jumpa tu tak puas kan kalau kejap.Apa-apa pon,thank youuuuuu kerana menceriakan hari saya.=) and thank you sebab sudi datang rumah semula selepas 'tidak dilayan' pada mulanya.Hihihi.


Luahan hati mereka apabila saya tidak membuka pintu walaupun loceng dan berpuluh-puluh kali ditekan.

Thanks for reading.Take care.Bai! =)

Monday, May 24, 2010

Day 2 - Your Favorite Movie

Assalammualaikum. Kenapa saya tak update projek ini mengikut hari ya?  -_-.Okay proceed terus.

Saya sangattttt suka tengok movie.Kalau ada kat rumah,memang channel kegemaran adalah 411,412,413 ya.106 pon kegemaran juga ya.He he he.Saya ni jenis tak kesah movie apa-apa pon saya layankan aje.Tapi paling minat cerita hantu and cerita lomantik-lomantik. Hehhh.*malu* Cite psycho-psycho bunuh-bunuh kejam-kejam pon saya suka juga.Saya ni bole tahanlah penakutnye tuh tapi tak tahu kenapa memang suka.Lagi rasa takut,lagi nak tengok.Teringat masa kat kampus hari tu,saya dengan Deya nak tengok cerita Jangan Tegur. Malam lah masa tuh.Pastu tak sampai 5 minit kot tengok,kitorang dah jerit-jerit macam apa.Haha. Memang standard la kan filem melayu starting mesti nak terkejut terkejut semua kan.So kitorang memang terkejut lah.Tahniah kepada Pierre Andre pengarah filem tersebut dan krew-krew produksi kerana berjaya buat kitorang menjerit sampai nak roboh Kolej Intan.

Pastu bila dah jerit-jerit macam tu,memang takde lah kan kitorang nak teruskan menonton.Terus tekan STOP dan bukak cite lain okay.Haha.Cite-cite antu ni kena tengok pada waktu siang je.Heh.Pastu saya memangggggg suka tengok cerita cinta.And saya memanggggggggg selalu nangis-nangis bila tengok movie ni.Serious suka. Dibawah ni adalah senarai movie yang saya suka ya. Ohh best best.

 50 First Dates
Bagi saya,cerita ni memang sangat sungguh amat sweet sekali.Wanita tu sakit hilang ingatan.Dalam masa sehari je,ingatan dia boleh lupa semua.So,lelaki ni memang sayanglah kan kat dia and sanggup setiap hari ngorat semula,berkenalan semula,dating (seolah-olah everyday is a first date) semula dengan perempuan ni.Gilaaaaaaa sweettttttt tahu tak.Sanggup dia buat gitu..Kalau anda sanggup tak?Hehe.

 500 Days of Summer
Cerita ni saya memang sure habis lah mesti semua orang dah tengok kan?And mesti ramai gilos jatuh chenta dengan cite ni kan?And mesti ramai dah tengok cite ni berkali-kali kan?Pergh cerita ni memang terbaik.

The Notebook
Cerita ni pon sweeeeeettttttt gilerrrsss.Paling rasa macam sweet habis masa ending tulah masa tahu lelaki tua tu bacakan kisah cinta dorang kat isteri dia yang dah tua and sakit lupa segala memori indah mereka dulu.Sweet kan?Nanti kalau saya dah bercinta,nak tulis nota dalam notebook juga lah.Pastu kawen.Pastu tua.Pastu suami tolong lah bacakan diari cinta kita tu kay.Saya tanak cakap.Nak dia tahu sendiri.So kalau saya dah ada kekasih,saya memang paksa ah dia baca blog ni supaya dia tahu sendiri.Wakakakakakaakaka.

 Titanic
Cerita ni sume orang pon tahu kot.Adik saya yang umur 12 tahun tu pon tahu.Belum akil baligh lagi tuh.Tapi tahu cerita ni.Biasa dia eh.

 P.S. I Love You
Cerita ni memang ahhhhh.Baru start 10 minit,dah buat saya nangis. Memang ahh.Tak puas hati ah kan.Okay jangan nak hiperbola sangat.Saya nangis sebab starting dorang gadoh-gadoh dalam rumah (ala standard la laki bini gadoh kan) pastu baru gadoh 5 minit,dah berbaik semula.Memang pasangan yang takleh gadoh lama-lama lah.Dah rasa rindu semua. Kira memang loving couple habis ni.Pastu esoknya tu suami dia tu meninggal.Gile sedih kan?????? Bayangkan perasaan si isteri tu..Dahla takde anak lagi.Balik rumah,sengsorang je.Tekanan gilers.And dia memang rindukan suami dia sampai sanggup call handphone suami dia banyak kali sebab nak dengar suara pesanan mesej tu jeh.Cedih cangattt..;((

 A Walk to Remember
Saya tak suka sangat cerita ni.Sebab ending wanita tu mati juga akhirnya.Sedihhhhhhhh gileeee k.Tapi apa yang boleh dipelajari disini ialah kadang-kadang cinta tu boleh memajukan diri kita sendiri.Boleh memberi kita satu anjakan paradigma ya dimana kita akan lebih berusaha dalam apa saja yang kita lakukan tak kesahla dari segi akademik mahupun kerjaya ya.Sebabnya ialah kita nak buktikan yang kita boleh berjaya pada pasangan kita dan kita memang akan nak buat yang terbaik demi masa depan masing-masing kelak.(eceh) And kita juga berjaya kerana kita mungkin dapat banyak kata-kata semangat,dorongan,sokongan, pegangan (okay pegangan tak eh haram eh) dari buah hati kita tu.Cakap macam ada pengalaman kan?Pergh.Dah boleh kawen ni.;p

Notting Hill
Cerita ni bagus.Suka sangat.Siapa pengarah dia?Rasa macam nak ngorat lah.Okay Awin ni cerita tahun 1999 okay.Jadi kemungkinan besar pengarah dia adalah warga tua ya sekarang.Sila lupakan niat anda ya.Petang tadi niat apa? Nak puasa ganti esok -Jawab Awin. Okay bagus.Teruskan niat tu saje.-_-.Saya suka cerita ni sebab ni cerita diantara seorang selebriti dan seorang lelaki biasa.Bayangkan seorang selebriti yang cantik ramai peminat semua tapi cinta hati perasaan dia semua hanya milik seorang lelaki biasa ni.Dan selebriti ni sangat baik dan setia ya.Percintaan dalam filem ni sangat-sangat ohh menyentuh hati..~

Soal Hati
Ini cerita melayu first yang saya beli CD pastu asyik nak tengok berkali-kali.Hahaha.Serious.Saya tak ingat masa tu umur saya berapa.Rasa macam dalam darjah 6 kot.Entah lupa.Tengok ah Afdlin Shauki pon kurus lagi masa ni.LOL.Yang pasti saya memang minat gile dengan cerita ni sampai lagu-lagu Erra Fazira dalam cite nih pon sume saya layan.Haha.Pastu suka sangat dengan watak Erra dalam cerita ni.Watak Nurul Ain.Seorang gadis yang baik,lemah lembut,berbudi bahasa,comel wah geram. 

 I'm Not Single
Hehehehe.Saya suka cerita ni!! Sebab heroin dia comel sangat-sangat.Heh. Faktor lain kerana hero dia hengsem.Okay faktor seriusnya ialah sebab cerita ni sweet sangat.Kahwin atas dasar keluarga.Tapi masing-masing tak kenal pon diri masing-masing.Pegi honeymoon macam dengan stranger walaupun hakikatnya adalah suami isteri.Haha.Comel comel.Kalau Adamaya tu bukan drama bersiri dan adalah sebuah filem,memang saya dah update dah sekali.

Anak
Cerita ni sedih..;( Saya memang venci sangat dengan watak Ida Nerina dalam cerita ni.Sebab dia sangat-sangat kejam.Kejam-est!Sanggup upah orang perkosa darah daging sendiri satu hal. Sanggup suruh darah daging gugurkan kandungan anak dia satu hal. Sanggup ambik janin tadi semata-mata untuk mengekalkan kejelitaan dia. Sanggup bagi darah daging dia setiap malam dihantui dengan bayangan bayi dia.Dah ah.Tak sanggup lagi nak tulis cenggini.;p

Gol & Gincu
Suka sangat cerita ni!Sebab saya memang suka Nur Fazura. Dia sangat cantik dan walaupun dia seksi ke,banyak kontroversi ke, saya tetap suka juga.And cerita ni memang best. Red Communication Sdn Bhd ya yang menerbitkan movie ini.Ceh sempat promote penerbit 3R tuh.;p Ini bukan sebab nak kipas ya.Harap maklum.

 Mohabbatein
OMGucci..Cerita ni saya tengok dah bape kali ntah.Memang tak terkira..Serious.Memang suka sangat-sangat dengan semuanya.Lagu semua best.Saya paling suka pasangan Karan & Kiran.Sebab Karan macam seorang lelaki poyo-poyo skema pemalu and Kiran macam seorang wanita yang lembut,baik,ayu semua gitu.Alahai.Memang sesuai lah.Cite ni best serious.Pastu dulu kecik-kecik masa tengah gile kat cerita ni,salu berangan kalau Gurukul tu universiti khas untuk perempuan atau unisex university,rasa macam nak pergi belajar kat sana aje.Gile cantik tempat dia.Baru pointer boleh dapat 4.00 setiap semester macam ni.;p (alasan semata-mata disitu ya) Pastu boleh sambut perayaan Holi baling-baling serbuk kaler-kaler kat orang sambil nyanyi-nyanyi macam dalam filem hindustan tu an an an.

Baiklah.Sampai disini saje bebelan saya.Scroll up.Asal entry kali ni sangat panjang? Ceh mentang-mentang dah lama tak update,sekali update terus all out kan.Sebenarnya banyakkkkkkk lagi movie saya suka tapi agak-agak ah takkan saya nak tulis semua.Ni dah panjang sangat dah ni.Ni pon entah ada orang baca ke tidak panjang-panjang ni?Haha.

Lagenda Budak Setan
Saya tengah tunggu cerita ni.=)
Sangat tidak sabar ya rasa dihati.
3 Jun 2010 tolong cepat sikit.

Thanks alot for reading.Appreciate it so much.=)


Thursday, May 20, 2010

Saya cuba.

Maafkanlah orang yang menzalimi anda, dan sambungkanlah tali silaturrahim orang yang memutuskannya dengan anda. Berilah orang yang tidak pernah memberi kepada anda, dan berlembutlah terhadap orang yang berbuat jahat kepada anda. Jika anda mampu melakukan semua ini, nescaya anda akan memperolehi kebahagiaan dan ketenangan.
InsyaAllah.

Wednesday, May 19, 2010

Day 01 - Your Favorite Song

Saya suka dengar lagu. Jadi lagu kegemaran saya agak banyak. Tapi saya tak up to date sangat bab lagu ni. Sebab saya jarang dengar radio and tengok tivi. Kalau cuti barulah ada kesempatan nak tengok tivi nih.Macam sekarang tengah cuti. Memang tak melepaskan peluang menonton tivi langsung sampai lagu iklan perencah kari Babas dengan lagu Mari Membanci pon saya dah hafal dah ni.-_- Baru semalam perasan.Tetiba saya terikut nyanyi. Pastu cam termalu sendiri. Iklan Babas layan beb.

So,saya banyak dengar lagu lama.Saya kalau minat sesuatu lagu tu,ulang-ulang sebanyak 326 kali sehari pon takpe. 

Okay straight to the point, sekarang ni saya suka lagu Diantara Kalian by D'Masiv. Serious lagu ni sangat best.Dengarlah ya.=)





Lirik dia juga best..=)


Lagu lain yang saya minat, Rocket by Yuna, Bila April by Dr Fazley, I Go by Aizat, Keabadian Cinta by Anuar Zain and banyak lah lagi.Yang ni semua ni paling suka ni.Hehe.

30 Days Project

Saya ingat taknak terlibat dengan projek ni.Tapi nampaknya terpaksa melibatkan diri juga kerana keboringan yang amat dahsyat telah berlaku kepada saya.Cuti 2 bulan memang indah.Tapi takdela indah sgt.Setiap hari makan ngantuk makan ngantuk.Pastu bila dah agak-agak makan ngantuk makan ngantuk macam seorang aktiviti yang membosankan,bukak tivi pulak tengok Shahir Akademi Fantasia.


Apa itu 30 Days Project?
Mari sini saya explain.Project ini saya tahu dari makcik Dino,Hana dan Mili ya.^_- Sape sape pon boleh je join project ni.Syaratnya ada dua je.Anda mestilah mempunyai blog dan rasa bosan duk di rumah.Tapi jika anda rasa bosan,tapi tak mahu join project ni.Takpe.Kita ada kaedah lain ya.Anda ambik handphone sekarang dan boleh taip ON CINTA dan hantarkan ke 32888.


Day 01 — Your favorite song
Day 02 — Your favorite movie
Day 03 — Your favorite television program
Day 04 — Your favorite book
Day 05 — Your favorite quote
Day 06 — Whatever tickles your fancy
Day 07 — A photo that makes you happy
Day 08 — A photo that makes you angry/sad
Day 09 — A photo you took
Day 10 — A photo of you taken over ten years ago
Day 11 — A photo of you taken recently
Day 12 — Whatever tickles your fancy
Day 13 — A fictional book
Day 14 — A non-fictional book
Day 15 — A fanfic
Day 16 — A song that makes you cry (or nearly)
Day 17 — An art piece (painting, drawing, sculpture, etc.)
Day 18 — Whatever tickles your fancy
Day 19 — A talent of yours
Day 20 — A hobby of yours
Day 21 — A recipe
Day 22 — A website
Day 23 — A YouTube video
Day 24 — Whatever tickles your fancy
Day 25 — Your day, in great detail
Day 26 — Your week, in great detail
Day 27 — This month, in great detail
Day 28 — This year, in great detail
Day 29 — Hopes, dreams and plans for the next 365 days
Day 30 — Whatever tickles your fancy



Best kan?Haha..


Okay.Hope Shahir juara!*tetibe*


Okay last.Rancangan baru, Imam Muda best weh.Diari dorang belum start lagi.Cuma sekarang ni dorang akan duduk,makan,belajar dan tidur di Masjid Wilayah selama 3 bulan.Best woh asrama Masjid Wilayah.Pernah pergi asrama tu dua kali.Ada aircond sume sume.Memang calon-calon ni kalau tidur syiok habislah tapi jangan risau tidur syiok habis mana pon,subuh mesti akan jaga punya takyah set set alarm dah sebab asrama dalam masjid kan.Hihi.So korang boleh buang handphone sekarang atau bagi kat saya.Tapi memang calon-calon ni tak dibenarkan bawak handphone pon.Macam ala-ala AF la.Apa-apa pon,semoga mereka tabah dan gigih menuntut ilmu! *Bangga ada calon umur semuda 19 tahun* =)


p/s: Asrama UiTM taknak teringin nak ada aircond ker..He he he.

Tuesday, May 18, 2010

Menemui sahabatku,saudari pemilik Dino,

Sila jangan potong rambut.


Terima kasih.


Yang e-class,
Sahabatmu, saudari pemilik Roro.

Friday, May 14, 2010

Selendang Mali.

Ya Allah!!! Lamanya saya tak membebel kat sini.Apa nak jadi dengan diri saya ni???? Tahu tak tempat ni menjana pendapatan sampingan diri sendiri?? Baiklah.Harap Papa baca ni dan seterusnya hantar saya ke program-program motivasi supaya saya sedar diri yang saya perlu kerap update pastu dapat duit banyak pastu bila duit dah banyak boleh kahwin cepat pastu dapat anak comel macam Amani pastu baru sambung belajar sampai phD pastu buat gaya tiap hari sayang~~~ ala-ala Mika kat suami pastu pergi honeymoon keliling dunia pastu sila stop berangan sekarang.Amboi gatal eh berangan macam ni. (sambil cubit diri sendiri)

Okay.Entry kali ni ialah mengenai shawl-shawl yang akan dijual.Babai shawl.Jaga diri baik-baik.Saya tetap sayang awak.So,kepada sesiapa yang berminat, boleh la ushar-ushar shawl dibawah ni.Maaf ambik gambar pakai webcam je sebab kamera kesayangan saya sakit.Rosak. :(((( 

Code : (01)
Status : Booked for Amira

Code : (02)
Status : Booked for Nur Mazlilah

Code : (03)
Status : Available

Code : (04)
Status : Booked for Farah Eliana

Code : (05)
Status : Booked for Fateen

Code : (06)
Status : Available

Code : (07)
Status: Available

Code : (08)
Status : Booked for Nur Mazlilah

Code : (09)
Status : Available

Code : (10)
Status : Booked for Saidah

RM15 each including postage.
If you are interested,please email to ajwin_ajeera@yahoo.com.my immediately along with your :

# name
# booking items
# hp number

Reservation is made based on the first come and first serve basis.
Eceh macam ramai pulak orang nak beli.Hihi
Okay bai.Thanks!

Code : (noorajwinajeerabintiabdulhamid)
Status : Single but her heart has been taken by someone.:p

Asal caption last macam menggelabah berserta poyo?

Saturday, May 8, 2010

I need you like a hearts need a beat.


Dear Nooryati Ahmad,

I Love You like crazy, Mama.

Coz I'd go crazy without you.

Selamat Hari Mama, Mama.

Sunday, May 2, 2010

Yang Terindah





Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan




Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah





Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran




Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu




Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah




Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah



p/s : InsyaAllah next entry ialah entry selendang yang akan dijual. :)