Wednesday, January 25, 2012

Udang Masak Serai

Assalammualaikum wbt..


Sebenarnya dah pukul 1 pagi ni saya tak boleh tidur, sebab petang tadi dah tidur! Kahkahkah. Buruk tak perangai tidur petang. Btw it's not call as tidur lah. Sebenarnya take a nap je. Cehhh tapi take a nap saya ada 2 3 jam jugak wakaka. So rasa macam nak update lah blog kejap. Nanti postpone postpone langsung tak update ha ngko. Tu yang blog tinggal sampai setahun 2 tahun tewww. 

By the way just nak update simple entry, resipi Udang Masak Serai yang hari tu duk sibuk cari udang tuu. Yes resipi ni senang bangattt. Sesuai sangat la untuk sesiapa yang suka makan pedas cili api tu ha sesuai. Senang and sedap. Cepat and mudah. 




Bahan-bahan :

  1. Udang segar (kalau nak tukar sotong pun ok kot tapi tak pernah try buat masa sekarang)
  2. Bawang putih (ambillah dlm beberapa ulas mengikut berapa byk udang)
  3. Bawang kecil (bilangan mesti sikit dari bawang putih)
  4. Cili api (nak pedas letaklah banyak mana yang kamu suka)
  5. Serai 
  6. Daun limau purut
  7. Garam
  8. Minyak
Udang tengah tunggu untuk ditumis dan dimasukkan ke dalam rumah baru (baca : perut saya) heh heh heh.

Cara-cara:

1. Panaskan sedikit minyak. Then blend bawang putih, bawang kecil, and cili padi. Cili padi kalau banyak lagi sedap. Marvellous you allll wah terlebih sudah. Then masukkan daun limau purut dan serai. Serai tu haruslah diketuk dulu ye. Hmmmm tulis entry pun air liur dah nak meleleh dah ni wakakaka. Yucks selekehlah awin.

2. Tumis bahan tadi hingga naik bau. Masa ni orang kat depan semua mula ke dapur untuk tinjau apa yang anda masak. Jadi step 2 ni just, tunjuk macho ok. Yes that is step 2.

Tengah tumis ni sedap bau dia oii.

3. Ketiga ni barulah anda masukkan udang. Udang kalau boleh just buang kepala dia je. Ekor dia tu akan membuatkan udang rasa manis ye. Udang manis masak lauk pedas pehhhh. Pastu masukkanlah garam sikit. Kalau nak ada kuah sikit, just tambah air tapi jangan banyak!! Tambah dalam setengah cawan pun ok. Sebab lauk ni kuah sikit macam rendang gitu kan.

So itu je cara-caranya. Simple kan? So harap ada yang cuba. Apa-apa pertanyaan, boleh je tanya.

Ni lah hasilnya Udang Masak Serai. Try okay! :)



Love, Awin.


Monday, January 23, 2012

CNY Strolling at Pavi

Assalammualaikum wbt..

Hari ni kita busy.. Busy jalan jerr. Huhu. Keluar rumah pukul lebih kurang 10 or 11 pagi kot. Keluar dengan Kak Emy. Then terus menuju ke Taman Cempaka, Ampang, rumah Kak Intan. Sampai rumah Kak Intan, Kak Intan tengah mandi lagi. So kitorang tunggu sambil borak borak dengan Uncle, ayah Kak Intan..

Salah satu topik perbualan ialah...Uncle tanya, 'ohh..belajar kat Uitm Segamat ye? Uitm tu dalam ladang kelapa sawit kan? Segamat town jauh kan? Wuu macam mana korang keluar?' Dududududu. Saya terkedu. Nak menangis ke taknak ni. Wakaka. So saya jawab, 'Alhamdulillah setakat ni mampu bertahan almost 3 years ni hahaha. Walaupun kadang-kadang bila weekends tu mesti rasa nak menangis air mata darah je sebab lapo kan. That's why every week balik dari first year lagi!' Hahaha. Gelak je Uncle. Sian tau bebudak 'universiti dalam taman' tu.. =.=

Then bila Kak Intan dah siap, kita terus menuju ke Pavilion hari ni. Kita parking dekat Starhill. Parking RM7 per entry. Ok lah kan. Pernah kene kat Klcc sampai belas belas ringgit so sekarang kene cari alternatif lain hihi. Orang sangat ramai ye. Banyak chinese la. Raya kan. Most of them banyak pakai merah hari ni. Perasan juge ek sebab memang obviously lah kan. Pastu terus decide ni, nak tengok movie or karaoke? Dia kalau keluar memang antara dua tu je aktiviti. So kitorang pergi la cinema tapi tengok macam takde cite best bombastic pun. Pastu bila dah balik baca Twitter boleh tak orang ramai pulak kata, Underworld Awakening gempak best terbaik la apa semua. Dangg. Saje je nak bagi I keluar dengan my girls lagi tau. Sebab tadi tak tengok movie pun. Terus ke Redbox and deal nak karaoke pukul 3 sampai 6. Siap dengan minum petang. RM38 per pax.

Kitorang sampai tu awal juga kan. So terus pergi cari makan simple simple dulu. Untuk isi perut sebelum nak melantak buffet masa karaoke nanti. Kihkihkih.  


Why are the dolphins cleverer than humans? Hmmmmmm do you agree? Discuss.


Small Grill at Fish Manhattan. Order ni untuk share 3 orang. Ni sebenarnya dish untuk seorang. Tapi nak isi perut je kan. Kongsi lah ye. Btw saya rasa kalau untuk sorang pun, agak banyak la jugak untuk dihabiskan. Ada nasi goreng, dory with tartar sauce, creamy baked prawns, fries and halibuts. And of course, sedapppp :)




Lepas makan ni jalan-jalan sikittt then terus ke Redbox. Kita orang ambik makanan banyak jugak. Mentang-mentanglah buffet kan. Seboleh-boleh tau nak ambik banyak hahaha. Even teatime pun tapi makanan still ok la for me. Ada nasi goreng, mee goreng, burger, sandwich, makanan goreng goreng seperti sosej dsb, orange cheese tart, chocolate roll, homemade chocolate, soups, fruits and banyak lah lagi. Kalau time lunch lagi best ek. Tapi lupa nak ambil gambar makanan sebab terlalu asyik sangat karaoke. Wakakakkaa. Saya ni pemalu orangnyaaa awww tapi kalau karaoke dengan dorang ni best lahkan. Jerit je suka hati. Suara sampai takde ni. Dahla memang tengah sakit tekak. Padan muka diri sendiri. 

By the way tu saje cerita hari ni. Balik rumah agak lambat pukul 12 malam baru sampai rumah, sebab lepas hantar Kak Intan balik, borak lama dengan Aunty, Uncle and Maktok. Family Kak Intan ni actually family tunang cousin saya, Erny. Dorang still belajar lagi kat Japan. So kitorang kat sini lah yang busy settle kan hal kahwin dorang. So borak pasal kahwin jelah tadi tu yang lama kan. Dalam planning ni, saya macam kene jadi bridesmaid dengan Nurul masa kenduri kat Johor. Tapi yang pasti untuk majlis dekat KL, saya kene arrange candy buffet. Macam mana lah cara saya nak deco ye.. Kita tunggu nanti ya. :)


Kak Intan & Kak Emy. <3
Sponsored by Colgate.


Love, Awin.


Sunday, January 22, 2012

Happy 27th Birthday Kak Emy!

Assalammualaikum wbt..


Hari Jumaat lepas merupakan hari jadi Kak Emy. Hari Jumaat kan saya baru balik rumah jadi dalam kereta dah cakap la dengan Mama nak belikan kek untuk Kak Emy sekali. Ala beli kek simple simple je kat kedai kek depan rumah ni haaa. Btw, rasa macam dah lama tak buat kek ek sejak sejak masuk belajar ni. Dia bila kalau dah lama tinggalkan ni nanti mulalah malas terus nak buat. Haish. So saya decided esok macam nak buat Popiah Goreng. Itu kek keeee?? Hahaha. Tak eh. Tapi macam teringin nak makan pulak ni. -.-

So saya keluar dengan Kak Emy hari tu sebab nak beli udang kat Carrefour sebab nak masak Udang Masak Serai. Heee yums. Sedap sangat. Siapa makan pedas tu mesti suka. I'll share the recipe later ok. :) So sebelum ke Carrefour, kita singgah kedai kek dulu. I bought her simple small birthday cake. Tapi kadang-kadang confuse dengan umur Kak Emy sebab dia ada dua birthday date. -.- Sebab ayah dia nak cepatkan dia masuk sekolah dulu so terpaksa awalkan tarikh lahir macam tulah. ---.---''

So this is the cake...


Boleh tak masa beli kek dia cakap umur dia 26 lepas tu bila Cina tu dah tulis atas kek tu baru dia cakap, 'Awin..umur Kak Emy 27 la.Hihihi. Macam muda sikit tak?' Okay. I was like, -------.-------''.

Happy Birthday Kak Emy. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dirahmati Allah selalu. Cepat-cepat kahwin!!! ;D


Love, Xx.



Saturday, January 21, 2012

Happy Chinese New Year 2012!

Assalammualaikum wbt...


Selamat Tahun Baru Cina saya ucapkan kepada semua kawan-kawan Cina saya or semua yang menyambutnya. Mesti semua orang pun happy kan dapat cuti.. Kahkah. Saya pun happy juge sebab dapat balik rumah! Hihi. Saya balik rumah semalam lagi sebenarnya. My Mama kesayangan datang Johor ambil saya. Baik kan Mama kite.. Thank you Mama. I love you~~

Syukur alhamdulillah hari Jumaat tu tak jam ye so kita pun taklah sampai rumah lambat. Just want to share lah kan, masa Mama on the way ambil kite, kat Tampin masa tu. Tiba-tiba semua kereta yg di other side semua bagi lampu kat Mama. Maksudnya ada roadblock/police/jpj lah kan kat depan tu. Then Mama pun cuak lew. Lepas tu Mama dah nampak dah abang-abang polis tahan kereta kereta depan. Mama kata Mama lupa roadtax expire bila lesen macam mana. Lupa semua and Mama pun cuakla. Haha. Polis semua suruh kereta masuk lalu tempat berhenti rehat kat area Tampin tu.

Sekali bila Mama dah lalu tepi tu, Mama tengok ramai gila orang. Memang siap ada jpj apa semua. Ada macam a huge tent apa semua. Pegawai-pegawai tinggi polis semua ada. Siap ada kamera sana sini. Mama macam suspend la kan apabenda seh ni. Then rupanya...

Pihak polis nak bagi ni daaaa....




Jati Frozen Sdn Bhd sponsor lettew.. Sempena Chinese New Year kan. So pemandu yang memandu area situ semua dapat goodies ni. Haha. Mama kata buat penat cuak je. Lol.

Mama pun sempat cerita sebenarnya Mama dah lama teringin nak bila drive, ada jumpa polis ke or pihak tol bagi goodies macam ni sempena musim perayaan kan. Mama teringin sebenarnyaaaa. Haha. Mama cakap asyik tengok kat tv je bila orang dapat tu. Kenapa kita tak pernah jumpa or tak pernah dapat ek?? Sekali tadi dapat dengan ada kamera semua Mama happy la kot. Dreams come true katenyewww. Haha. Ok lettew.

Nak tahu ada apa kat dalamnya? Lets check it out.


T-shirt, mineral water, sweets, 2 biji limau mandarin and beberapa risalah jalanraya dan keselamatan..


Thank you Pdrm and semua yang terlibat lah ye. Thanks for made my mom's dream come true! Wakaka. Tapi........ chinese new year ni kan.. takde angpau ke??? Haha. Btw, Happy Chinese New Year to my Chinese friends and wish you all good luck and good fortune!

Love, Awin.



Thursday, January 19, 2012

Telaga Tujuh

Assalammualaikum wbt..

The other day, lepas Cable Car, kita pergi pulak satu tempat ni dekat jer dengan Cable Car. Yesss Telaga Tujuh la kan. Takkan Jelaga Jujuh pulak. Pandai anak anak. Ceh padahal dah memang title kan. Ini pertama kali saya menjejakkan kaki ke Telaga Tujuh and nak tengok sangat punya pasal ambik kau. Bukan main tinggi la kan nak kena daki. Bertambah-tambah jugakla daki kat badan ni duk mendaki ek. PaMa awal-awal lagi masa baru keluar kereta lagi dah surrender taknak naik. So, saya naik berdua je dengan adik. Jeng jeng jeng.


Dari bawah nampak macam tak jauh je. Then kita tanyalah ada peniaga stall kat situ, 'nak naik ke Telaga Tujuh berapa lama ek?' Dia cakap, 'oh 10 minit ja..' (loghat kedah ye..) So saya pun okaylah. Gagahkan hati memang nak naik jugak!! Lepas tu kita pun naiklah dengan adik. Boleh tak adik jalan laju gila?? Yang aku dok tercungap-cungap sorang kat belakang. Hoh. Hidung kembang terus nak oksigen dah macam Xena Lawak Kampus dah. Lepas dah sampai macam kat pertengahan lah, boleh tak kita nampak tangga kecik panjang jeeeee untuk naik ke atas gunung. Omaigoddd dugaan apa yang sedang berlaku niiii. Masa tu kalau pusing belakang nak patah balik memang buat sakit badan je kan. Nak teruskan pehhh. Dengan tangga kecik yang tinggi tu siap ada signboard ni untuk menambahkan lagi kepedihan hati.

367 anak tangga boleyyyyy?? -.-

Yang adik dah berlari-lari naik atas. Adoiii terpaksalah saya naik jugak walaupun dah tersedia semput sebab nak sampai tahap signboard ni pun lelah, dengan skirt labuh engko, pump shoes ha ambik. Kiri kanan dah la hutan tebal. Plus waktu ni bukan weekend kan so memang takde orang langsung boleh? Haha. Naiklah saya sorang-sorang 367 tangga tu perlahan-perlahan (memang lama la kan), serius sakit gila lutut masa tu dengan semput lagi. Siap dah fikir macam-macam, dah mengucap, dah rasa macam nak type wasiat dalam handphone je pun ha! Haha. 

Tapi masa saya naik ni, ada satu family turun juga. So berselisih lah kan. Even tak kenal pun, saya dengan tak segan silunya terus tanya, 'wuuuu jauh lagi tak nak sampai atas ni...penat sangat dah nii...' wakaka. Then makcik tu senyum, cakap, 'sikit lagi..kene naik jugak! makcik dah tua pun boleh naik ni kan..' waaaaaa okay malu. Then makcik tu cakap lagi, 'takpe memang tinggi and penat ni tapi nanti kat atas tu cantik.. Naiklah.. ' hehe okay terus semangat. Saya pun naik dengan semangat. Cuba teka apa jadi after 2 minutes?? Saya kembali kepada kura-kura ye. Haha. Sebab lutut dah sakit time tu oiiiii.

Bila dah sampai ke anak tangga yang terakhir, maka akan nampaklah pemandangan ini dahulu..

Masa ni leganya rasaaaaaa. Haha alhamdulillah ;)) Tekak pun haus tengok daun pandan tu terus terbayang puding sagu sirap, puding karamel, puding apa lagi aaaaaaa... Dan...bila jalan sikit tengok rupa-rupanya belah kiri tu adalah.....

Subhanaallah.. Cantikkan? Sangat tenang and peaceful! Dah la takda orang! Errr agak bahaya. Just saya and adik lelaki yang baru berusia 13 tahun tapi takpelahhh dah lepas dah pon haha. Sangat best lah sini. Serious berbaloi la naik tinggi-tinggi tu. Tapi kalau camping atas ni lagi syok la kan. Satu family. Berkhemah, buat unggun api tengah-tengah, aww bestnyaaa. Boleh tengok sunset jugak dari sini. Bestnya bestnya. Dahla sejuk, air sejuk. Waaaaa. Btw, kalau nampak kat atas bukit tulah rail cable car ;)



Nak jugak kan...Padahal orang tak tau tu muka ketiak semua dah berpeluh-peluh tu. Yak..

Sini memang banyak bulat-bulat macam ni, dalam pulak tu yer. Air sejuk jee. Maybe sebab itu kot dipanggil Telaga Tujuh..

Okay sampai tu je. Bila nak balik tengok ni terus nak pengsan manja manja dengan adik -.-

Ambik gambar pun kabur ha ni sebab dah nak pengsan dah tu! Wakaka.


Love, Xx.


Wednesday, January 18, 2012

Langkawi Cable Car

Assalammualaikum wbt..




Yes..Baru nak update walaupun pergi bulan lepas. Haha. Tak kesah la ek. Sebenarnya ada kenangan manis and kelakar masa pergi cable car baru-baru ni. Ini merupakan kali kedua rasanya saya naik Langkawi Cable Car ni. Sebenarnya tak ingat dua kali ke tiga kali. Tapi dua kot. Harhar. Last time masa 2007 tak silap. Masa tahun 2007 tu, Papa refused taknak naik cable car sebab Papa saya seorang yang gayat pada ketinggian ye. Hihi. So masa tu tak semua la kan yang naik so macam tak syiok lew. 

Akhirnya pada tahun 2011.. Jeng jeng jeng.. Saya yang memang dah agak Papa taknak naik ni terus senyap senyap cepat cepat beli tiket cable car untuk 4 orang since memang kami just berempat je yang ke Langkawi hari tu kan. Kak long, kak ngah and abang tinggal. Wakaka. Takpe nanti kita kena arrange satu vacation yang semua orang kena pergi sekali okay! No excuses! Genting eh tahun ni?? Hihi. Ha sambung balik. So saya belanja la tiket masa tu. Murah jek. Dewasa seorang RM40. If tunjuk MyKad dapat RM15. Murah kan?? Haha. Tu la mula-mula ingat nak beli sorok-sorok tapi tak boleh jugak sebab nak IC semua orang.Hehe.

Tapi Papa cool je tau bagi IC semua. Pelik  jugak aik Papa nak naik ke. Haha. (maybe sebab anak dia yang belanja kot! haha) So lepas tu kita pun startla beratur and naik cable car~ ;D

Cuba tengok tangan kanan Papa pegang pemegang tu kan? Kalau nak tahu, memang Papa tak lepas lepas pegang bende tu! Hihihi. Kesian tau siap berpeluh-peluh lagi. Kami duk bahan Papa je. Sian Papa hehe. Love you Pa~


Makin tinggi ye~ Memang berderau jugakla dalam hati ni kan tapi control~ Kahkahkah.




Yes! Makin tinggi! Haha. Dah boleh nampak Langkawi Lighthouse Cove clearly ;)


After that, sampailah kami ke station atas tu. Hehe semua orang menarik nafas lega. Lebih lebih lagi siapa? Boleh teka tak? Haha. Gurau gurau jew kay. ;p 


Langkawi Lighthouse Cove dihujung sana. Nampak tak kat tengah-tengah hutan tu ada banyak atap pink tu la pintu masuk Cable Car tadi. Jauh tak jauh.






Ok setelah habis bergambar, tak boleh turun lagi ye. Sebab kita ada lagi satu station. Lagi tinggi. Iaitu at the top of Gunung Macincang, Langkawi ;)


Yup! Itu dia! ;D Last station tu ada hanging bridge yang korang boleh nampak tu kan tapi kitorang tak pergi jalan kat hanging bridge tu pun sebab Mama Papa tak larat nak berjalan sangat. :( 

So we continue our journey. Naik lagi sekali cable car :)


Yeay~ View from the last station.








Air Terjun Telaga Tujuh

Ok jom tengok gambar sekitar pintu masuk Langkawi Cable Car :)






Tiba-tiba ada orang feeling feeling nak buat video clip ke apa. Wakaka. 



Love, Awin.



Tuesday, January 17, 2012

Baucar Buku 1Malaysia

Assalammualaikum wbt..


Waaa dah dua tiga hari ni tak update blog. Hihi. Sorry ye saya baru pulang dari bercuti~ Ekeke. Ye alhamdulillah trip kelas saya ke Langkawi akhirnya jadi jugak. Kami gerak hari Jumaat lepas pukul 1730H sampai hari Ahad. Walaupun pelbagai dugaan perlu dihadapi. Masa dah gerak tu pun ada halangan lagi.. Nak tahu apa halangan tersebut?! Tunggu entry Trip Langkawi nanti ye wakaka. (marketing strategy ;p) 

Today, I just want to show you my books voucher.. Semua orang pun dapat. Saya ambil hari tu dekat Bendahari Uitm sorang-sorang jew and sebab senior, maka beratur 5 minit je padahal orang ramai gila wakakaka. Mungkin rezeki sebab ambik sorang kot haha. 




Inilah voucher-nya. Total RM200. Alhamdulillah. Belum terfikir lagi nak beli buku apa ni. (Kerajaan suruh beli buku teks la oi!) Dah nak dekat study weeks dah pun kan~ Jadi macam patut beli buku lain je. Wakaka. Tak sabar nak serbu Popular, MPH balik ni. ;)


Nampak tak macam ada dot hitam atas gambar ni? Waaaa something wrong with my camera. Janganlah rosak ;( Kalau RM200 ni boleh buat betul camera takpe jugak lalala.

I'm thinking to buy an organizer. Dah nak dekat bulan 2 dah tapi organizer tak beli beli lagi. Sampai dengan tak sengaja terwujudnya organizer buatan. Huhu. Sesiapa ada organizer lebih boleh bagi saya okey?

Itulah saje bebelan pada hari ini. Nak study sambil mengunyah benda alah ni dulu~ Chow chin chau~

Jealous much? ;p


Thursday, January 12, 2012

Langkawi International Maritime & Aerospace

Assalammualaikum wbt..


Hari ni hari saya ceria pada awalnya.. Ceria kalah budak-budak tau. Excited aje. Tapi selepas matahari melabuhkan tirainya. Selepas bulan memancarkan cahayanya, (ceh ayat) dan saya mendapat satu berita yang kurang (tidak langsung hokey!!!) enak, terus watak ceria dan keanak-anakkan saya direntap bagai menusuk segumpal darah yang berdegup dalam diri ini... (ok ko dah boleh masuk aswara dah win~)

Actually saya baru nak surprise my readers yang ramai sangat sangat ni about my class trip esok. Tapi apakan daya, segala usaha dan amanah dah saya jalankan. Duit saya dah collect satu kelas. Adalah dalam nak dekat 1k dalam tangan sekarang ni (jom lari gi uss ok gak ni) , list name data students siap alamat bagai semua saya dah type and print untuk bagi syarikat feri, surat menyurat semua dah tulis tinggal nak submit esok jerrrr. Bayangkan punya semangat tu. Kitorang sebenarnya nak buat class trip ke LANGKAWI esok.. Semua dah settle dah. Dah ada runner pun kat sana yang akan arrange kami kat sana. Budget dari Uitm pun dah nak dapat, proposal pun dah dapat approval. Cuma satu je niiiii. Yang baru tahu tadi. Sangat sangat last minute baru tahu...... yang bas takde. Waaaaaaaaaa nak nangis. ;'( Saya tak paham sangat dengan bab ni sebab bukan saya yang arrange pengangkutan. Dengarnya driver bus tu tolak tapi takkanlah takde back up kan. And driver bus tu pulak gi cancel last last minute kenapeeee. Adoi mak nak nangis. 

So kepada readers yang ramai sangat sangat ni, please doakan segalanya okay ye esok? Sebab esok pukul 9 pagi baru tahu decision macam mana. Okay saya memang suka title lain cerita lain macam ni. Title Langkawi International Maritime & Aerospace tapi cerita pasal engko tak dapat pergi langkawi apa kejadahnya gile. Okay jomla kita tengok gambar. And seriously.. LIMA show is the best. Tapi telinga memang pekak la lepas tu bunyi jet jet ni semua kan. Tapi best sangat. Suka tengok dorang buat aksi aksi menggemparkan di awan biru ciptaan Allah yang maha kuasa. Let's check it out~

Yelah bak kata lecturer Principles & Practice of Selling saya, 
'Nama awak ni senang saya nak ingat. Noor Ajwin Agirrafe macam girrafe zirafah gitu kan' -.-

Masa sekolah rendah, budak lelaki nakal panggil penguin. Ha baguslah. Saya lah zoo bergerak sebenarnya~~

In the showroom~

Kat sini semua pameran pasal jet lah senang cerita. Jet, heli, komponen jet, komponen heli. Kira orang yang datang sini semua orang besar-besar lah dari pelbagai negara. Yang saya ni ikut je lah sebab dah dapat free pass kan. Padahal memang tak paham apa la oiii pasal benda-benda ni semua wakakaka. 

Pastu kami pun ambillah gambar bersama abang Men In Black with Gun In Blue ni. Muka ketat tapi senapang macam mainan macam kelakar je ek. Ekekeke



My favourite! Private jet from Indonesia. Comel sangat dalam tu!! Muat untuk 8 orang je tak silap. Nak hantaran benda alah ni boleh?! Lalalala.


Ni pun suka jugak! Comel! By the way, saya sebenarnya tak gemor nak pakai tudung ni. Tengokla tu tudung tu tajam tajam sangat nak pergi mana kan? 


Okay tibalah masa untuk gambar airshow pule~ Gambar tak banyak and some gambar diambil menggunakan telefon cabuk saya. Huhu sorry for the bad quality. *pukuldirisendiri*




Banyak tak ambil gambar or video sebab khusyuk tengok! Haha sebab best seriously. Show lebih kurang 2 jam. Kalau Papa tak pencen lagi masa tahun 2014, saya nak ikut~ Ataupun saya pergi sendiri kehkehkeh. Honeymoon perhaps? ;p

Love, Xx