Hari ni hari saya ceria pada awalnya.. Ceria kalah budak-budak tau. Excited aje. Tapi selepas matahari melabuhkan tirainya. Selepas bulan memancarkan cahayanya, (ceh ayat) dan saya mendapat satu berita yang kurang (tidak langsung hokey!!!) enak, terus watak ceria dan keanak-anakkan saya direntap bagai menusuk segumpal darah yang berdegup dalam diri ini... (ok ko dah boleh masuk aswara dah win~)
Actually saya baru nak surprise my readers yang ramai sangat sangat ni about my class trip esok. Tapi apakan daya, segala usaha dan amanah dah saya jalankan. Duit saya dah collect satu kelas. Adalah dalam nak dekat 1k dalam tangan sekarang ni (jom lari gi uss ok gak ni) , list name data students siap alamat bagai semua saya dah type and print untuk bagi syarikat feri, surat menyurat semua dah tulis tinggal nak submit esok jerrrr. Bayangkan punya semangat tu. Kitorang sebenarnya nak buat class trip ke LANGKAWI esok.. Semua dah settle dah. Dah ada runner pun kat sana yang akan arrange kami kat sana. Budget dari Uitm pun dah nak dapat, proposal pun dah dapat approval. Cuma satu je niiiii. Yang baru tahu tadi. Sangat sangat last minute baru tahu...... yang bas takde. Waaaaaaaaaa nak nangis. ;'( Saya tak paham sangat dengan bab ni sebab bukan saya yang arrange pengangkutan. Dengarnya driver bus tu tolak tapi takkanlah takde back up kan. And driver bus tu pulak gi cancel last last minute kenapeeee. Adoi mak nak nangis.
So kepada readers yang ramai sangat sangat ni, please doakan segalanya okay ye esok? Sebab esok pukul 9 pagi baru tahu decision macam mana. Okay saya memang suka title lain cerita lain macam ni. Title Langkawi International Maritime & Aerospace tapi cerita pasal engko tak dapat pergi langkawi apa kejadahnya gile. Okay jomla kita tengok gambar. And seriously.. LIMA show is the best. Tapi telinga memang pekak la lepas tu bunyi jet jet ni semua kan. Tapi best sangat. Suka tengok dorang buat aksi aksi menggemparkan di awan biru ciptaan Allah yang maha kuasa. Let's check it out~
Yelah bak kata lecturer Principles & Practice of Selling saya,
'Nama awak ni senang saya nak ingat. Noor Ajwin Agirrafe macam girrafe zirafah gitu kan' -.-
Masa sekolah rendah, budak lelaki nakal panggil penguin. Ha baguslah. Saya lah zoo bergerak sebenarnya~~
In the showroom~
Kat sini semua pameran pasal jet lah senang cerita. Jet, heli, komponen jet, komponen heli. Kira orang yang datang sini semua orang besar-besar lah dari pelbagai negara. Yang saya ni ikut je lah sebab dah dapat free pass kan. Padahal memang tak paham apa la oiii pasal benda-benda ni semua wakakaka.
Pastu kami pun ambillah gambar bersama abang Men In Black with Gun In Blue ni. Muka ketat tapi senapang macam mainan macam kelakar je ek. Ekekeke
My favourite! Private jet from Indonesia. Comel sangat dalam tu!! Muat untuk 8 orang je tak silap. Nak hantaran benda alah ni boleh?! Lalalala.
Ni pun suka jugak! Comel! By the way, saya sebenarnya tak gemor nak pakai tudung ni. Tengokla tu tudung tu tajam tajam sangat nak pergi mana kan?
Okay tibalah masa untuk gambar airshow pule~ Gambar tak banyak and some gambar diambil menggunakan telefon cabuk saya. Huhu sorry for the bad quality. *pukuldirisendiri*
Banyak tak ambil gambar or video sebab khusyuk tengok! Haha sebab best seriously. Show lebih kurang 2 jam. Kalau Papa tak pencen lagi masa tahun 2014, saya nak ikut~ Ataupun saya pergi sendiri kehkehkeh. Honeymoon perhaps? ;p
Love, Xx
12 comments:
yes!! gambar yg ditunggu sudah datang..bestnya dapat g LIMA 2011.. melepas pulak kali ni..sobsob..
mmg best aween kan..
pernah pergi skali je...
tp yg xbest bab nk shoppin..huhu
harga double...errr...
Ikr@m,
tp dulu2 punye lg best la..
sbb ada red arrow..
jet tu best buat show gempak gile.
skrg dh takde ;(
Nailofarhazirah,
eh shopping apa yg harga double tu?
kat sini kitorg shopping coklat dgn mangkuk2 jela murah gile kan haha
amboi, nak hantaran jet aje.. ye la, senang nak gi pasar, berdesup dah sampai..hehe
haha yela best gileee
comel dlm tu ada dapur kecik toilet kecik. katil khas utk satu family je ;))
untung boleh duk dlm epot =D
kitorg duk kt luar epot mmg pns gile.
mmg mcm sengaja berjemur siap bagi muka lg kat matahari. haha!
kite pun pergi situ gak.
mmg best,
ni entry kite http://claraemilycancer.blogspot.com/2011/12/1st-day-at-langkawi-lima-langkawi.html
;-)
bestnye waktu LIMA kan... rugi xikut papa hari tu! akk nak jugak ponteng keje seminggu! hehe
hunnys~,
eh tgk dr mana?
dr airport mmg la tak panas tp mcm tak puas la wuuu
rupanya dr look out point lg best!
Clara Emily Cancer,
wah wah.
thank u~ nnti sy baca k ;))
ieedaz @ mama_isha,
tulaaaaa
kalau tak mesti lg best~~~~~ ;D
Post a Comment