Monday, January 23, 2012

CNY Strolling at Pavi

Assalammualaikum wbt..

Hari ni kita busy.. Busy jalan jerr. Huhu. Keluar rumah pukul lebih kurang 10 or 11 pagi kot. Keluar dengan Kak Emy. Then terus menuju ke Taman Cempaka, Ampang, rumah Kak Intan. Sampai rumah Kak Intan, Kak Intan tengah mandi lagi. So kitorang tunggu sambil borak borak dengan Uncle, ayah Kak Intan..

Salah satu topik perbualan ialah...Uncle tanya, 'ohh..belajar kat Uitm Segamat ye? Uitm tu dalam ladang kelapa sawit kan? Segamat town jauh kan? Wuu macam mana korang keluar?' Dududududu. Saya terkedu. Nak menangis ke taknak ni. Wakaka. So saya jawab, 'Alhamdulillah setakat ni mampu bertahan almost 3 years ni hahaha. Walaupun kadang-kadang bila weekends tu mesti rasa nak menangis air mata darah je sebab lapo kan. That's why every week balik dari first year lagi!' Hahaha. Gelak je Uncle. Sian tau bebudak 'universiti dalam taman' tu.. =.=

Then bila Kak Intan dah siap, kita terus menuju ke Pavilion hari ni. Kita parking dekat Starhill. Parking RM7 per entry. Ok lah kan. Pernah kene kat Klcc sampai belas belas ringgit so sekarang kene cari alternatif lain hihi. Orang sangat ramai ye. Banyak chinese la. Raya kan. Most of them banyak pakai merah hari ni. Perasan juge ek sebab memang obviously lah kan. Pastu terus decide ni, nak tengok movie or karaoke? Dia kalau keluar memang antara dua tu je aktiviti. So kitorang pergi la cinema tapi tengok macam takde cite best bombastic pun. Pastu bila dah balik baca Twitter boleh tak orang ramai pulak kata, Underworld Awakening gempak best terbaik la apa semua. Dangg. Saje je nak bagi I keluar dengan my girls lagi tau. Sebab tadi tak tengok movie pun. Terus ke Redbox and deal nak karaoke pukul 3 sampai 6. Siap dengan minum petang. RM38 per pax.

Kitorang sampai tu awal juga kan. So terus pergi cari makan simple simple dulu. Untuk isi perut sebelum nak melantak buffet masa karaoke nanti. Kihkihkih.  


Why are the dolphins cleverer than humans? Hmmmmmm do you agree? Discuss.


Small Grill at Fish Manhattan. Order ni untuk share 3 orang. Ni sebenarnya dish untuk seorang. Tapi nak isi perut je kan. Kongsi lah ye. Btw saya rasa kalau untuk sorang pun, agak banyak la jugak untuk dihabiskan. Ada nasi goreng, dory with tartar sauce, creamy baked prawns, fries and halibuts. And of course, sedapppp :)




Lepas makan ni jalan-jalan sikittt then terus ke Redbox. Kita orang ambik makanan banyak jugak. Mentang-mentanglah buffet kan. Seboleh-boleh tau nak ambik banyak hahaha. Even teatime pun tapi makanan still ok la for me. Ada nasi goreng, mee goreng, burger, sandwich, makanan goreng goreng seperti sosej dsb, orange cheese tart, chocolate roll, homemade chocolate, soups, fruits and banyak lah lagi. Kalau time lunch lagi best ek. Tapi lupa nak ambil gambar makanan sebab terlalu asyik sangat karaoke. Wakakakkaa. Saya ni pemalu orangnyaaa awww tapi kalau karaoke dengan dorang ni best lahkan. Jerit je suka hati. Suara sampai takde ni. Dahla memang tengah sakit tekak. Padan muka diri sendiri. 

By the way tu saje cerita hari ni. Balik rumah agak lambat pukul 12 malam baru sampai rumah, sebab lepas hantar Kak Intan balik, borak lama dengan Aunty, Uncle and Maktok. Family Kak Intan ni actually family tunang cousin saya, Erny. Dorang still belajar lagi kat Japan. So kitorang kat sini lah yang busy settle kan hal kahwin dorang. So borak pasal kahwin jelah tadi tu yang lama kan. Dalam planning ni, saya macam kene jadi bridesmaid dengan Nurul masa kenduri kat Johor. Tapi yang pasti untuk majlis dekat KL, saya kene arrange candy buffet. Macam mana lah cara saya nak deco ye.. Kita tunggu nanti ya. :)


Kak Intan & Kak Emy. <3
Sponsored by Colgate.


Love, Awin.


No comments: