Thursday, January 19, 2012

Telaga Tujuh

Assalammualaikum wbt..

The other day, lepas Cable Car, kita pergi pulak satu tempat ni dekat jer dengan Cable Car. Yesss Telaga Tujuh la kan. Takkan Jelaga Jujuh pulak. Pandai anak anak. Ceh padahal dah memang title kan. Ini pertama kali saya menjejakkan kaki ke Telaga Tujuh and nak tengok sangat punya pasal ambik kau. Bukan main tinggi la kan nak kena daki. Bertambah-tambah jugakla daki kat badan ni duk mendaki ek. PaMa awal-awal lagi masa baru keluar kereta lagi dah surrender taknak naik. So, saya naik berdua je dengan adik. Jeng jeng jeng.


Dari bawah nampak macam tak jauh je. Then kita tanyalah ada peniaga stall kat situ, 'nak naik ke Telaga Tujuh berapa lama ek?' Dia cakap, 'oh 10 minit ja..' (loghat kedah ye..) So saya pun okaylah. Gagahkan hati memang nak naik jugak!! Lepas tu kita pun naiklah dengan adik. Boleh tak adik jalan laju gila?? Yang aku dok tercungap-cungap sorang kat belakang. Hoh. Hidung kembang terus nak oksigen dah macam Xena Lawak Kampus dah. Lepas dah sampai macam kat pertengahan lah, boleh tak kita nampak tangga kecik panjang jeeeee untuk naik ke atas gunung. Omaigoddd dugaan apa yang sedang berlaku niiii. Masa tu kalau pusing belakang nak patah balik memang buat sakit badan je kan. Nak teruskan pehhh. Dengan tangga kecik yang tinggi tu siap ada signboard ni untuk menambahkan lagi kepedihan hati.

367 anak tangga boleyyyyy?? -.-

Yang adik dah berlari-lari naik atas. Adoiii terpaksalah saya naik jugak walaupun dah tersedia semput sebab nak sampai tahap signboard ni pun lelah, dengan skirt labuh engko, pump shoes ha ambik. Kiri kanan dah la hutan tebal. Plus waktu ni bukan weekend kan so memang takde orang langsung boleh? Haha. Naiklah saya sorang-sorang 367 tangga tu perlahan-perlahan (memang lama la kan), serius sakit gila lutut masa tu dengan semput lagi. Siap dah fikir macam-macam, dah mengucap, dah rasa macam nak type wasiat dalam handphone je pun ha! Haha. 

Tapi masa saya naik ni, ada satu family turun juga. So berselisih lah kan. Even tak kenal pun, saya dengan tak segan silunya terus tanya, 'wuuuu jauh lagi tak nak sampai atas ni...penat sangat dah nii...' wakaka. Then makcik tu senyum, cakap, 'sikit lagi..kene naik jugak! makcik dah tua pun boleh naik ni kan..' waaaaaa okay malu. Then makcik tu cakap lagi, 'takpe memang tinggi and penat ni tapi nanti kat atas tu cantik.. Naiklah.. ' hehe okay terus semangat. Saya pun naik dengan semangat. Cuba teka apa jadi after 2 minutes?? Saya kembali kepada kura-kura ye. Haha. Sebab lutut dah sakit time tu oiiiii.

Bila dah sampai ke anak tangga yang terakhir, maka akan nampaklah pemandangan ini dahulu..

Masa ni leganya rasaaaaaa. Haha alhamdulillah ;)) Tekak pun haus tengok daun pandan tu terus terbayang puding sagu sirap, puding karamel, puding apa lagi aaaaaaa... Dan...bila jalan sikit tengok rupa-rupanya belah kiri tu adalah.....

Subhanaallah.. Cantikkan? Sangat tenang and peaceful! Dah la takda orang! Errr agak bahaya. Just saya and adik lelaki yang baru berusia 13 tahun tapi takpelahhh dah lepas dah pon haha. Sangat best lah sini. Serious berbaloi la naik tinggi-tinggi tu. Tapi kalau camping atas ni lagi syok la kan. Satu family. Berkhemah, buat unggun api tengah-tengah, aww bestnyaaa. Boleh tengok sunset jugak dari sini. Bestnya bestnya. Dahla sejuk, air sejuk. Waaaaa. Btw, kalau nampak kat atas bukit tulah rail cable car ;)



Nak jugak kan...Padahal orang tak tau tu muka ketiak semua dah berpeluh-peluh tu. Yak..

Sini memang banyak bulat-bulat macam ni, dalam pulak tu yer. Air sejuk jee. Maybe sebab itu kot dipanggil Telaga Tujuh..

Okay sampai tu je. Bila nak balik tengok ni terus nak pengsan manja manja dengan adik -.-

Ambik gambar pun kabur ha ni sebab dah nak pengsan dah tu! Wakaka.


Love, Xx.


14 comments:

Anep said...

haha, kecik2 dulu pernah pergi, waktu umur 5tahun. tapi dah banyak berubah laaa..jambatann rumah balaik tu ade lg x? huh~

Anis Adila Aris said...

berapa kg turun berat badan nie? hehe

Ajwin Ajeera said...

Anep,

hoho skrg umur dh berapa tahun?
haha takde dh kot... ;p

Ajwin Ajeera said...

Anis Adila Aris,

tak turun pun anis..
masalahnye makin naik pulak ni. aiyakk

Izz Faizah said...

hehehe...macam bes jek...nk pergi jgk...:)

Dila azie said...

Mesti sejuk kat ats kan . Lagi kawasan mcm bukit . Seronok nyee (:

Ajwin Ajeera said...

Izz Faizah,

best.... gi la nnti! wah promote tau haha

Ajwin Ajeera said...

Dila azie,

yup! sejuk! kalau malam tu maybe berkabus kot..

ieedaz @ mama_isha said...

rajin nye adik akak ni naik tinggi-tinggi tu... tapi berbaloi sebab view cantek!

Fazreen said...

Nama je budak kedah tapi een tak pernah pergi tempat2 ni.

rafiq said...

wah cantiknye.. kat bulat-bulat tu takleh mancing ke? macam ade ikan je...hehe

Ajwin Ajeera said...

ieedaz @ mama_isha,

nk wat canee..tak tau haha
tp nasib baik berbaloi heee

Ajwin Ajeera said...

Fazreen,

laaa org kedah rupanya ;) tula tak melawat! ;p

Ajwin Ajeera said...

rafiq,

tak taula pulak kalau mancing. sbb takdela dlm mana.. kalauu berendam dlm tu syokla! haha