AMARAN
KAUM LELAKI TIDAK DIGALAKKAN MEMBACA ENTRY INI
Aku sentiasa bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang perempuan. Aku gembira menjadi perempuan. Mati hidup balik tujuh lapan kali pun aku tetap memilih untuk menjadi perempuan. Sungguhpun ada sejarah panjang tentang perbuatan menafikan hak perempuan untuk hidup sejak Zaman Jahiliah lagi (sehinggalah waktu ini), atau prejudis gender yang sangat melampau terhadap kaum perempuan oleh kaum yang satu jenis lagi, aku tetap mahu menjadi perempuan sampai bila-bila.
Kenapa? Kerana menjadi perempuan sungguh istimewa,syok. Best. Selain ada ciri-ciri feminine dan cantik fizikal, perempuan juga banyak fungsi dan gunanya. Sebutlah apa saja pekerjaan atau aktiviti lelaki yang tak boleh dilakukan oleh perempuan. Ya,sebutlah. Raja? Perdana Menteri? Majistret? Bertinju? Scuba diving? Rock climbing? Panjat Everest? Bawa kapal terbang? Tukang rumah? Mekanik? Mengandung dan beranak? Heh,yang last tu gerenti lelaki tak boleh buat punya. Kerja mengandung dan beranak tu kerja berat,teruk,sakit. Lelaki mana tahan sakit.
Sebab tulah aku kata memang best jadi perempuan. Dan keistimewaan menjadi perempuan memang disedari oleh sekian ramai lelaki yang kemudiannya berebut-rebut bertukar jantina untuk menjadi perempuan. Ya, cubalah kira sejak sains dan teknologi pembedahan jantina mula diperkenalkan, betapa ramai makhluk yang dilahirkan lelaki pada asalnya kini bertukar status. Itu yang operation,yang tak operation? Yang curi-curi pakai skirt dan mekap waktu malam? Atau yang sah-sah berpakaian perempuan walaupun dada macam papan? Huh! Ramai weh.. Ramai...
Dan cubalah hitung,betapa ramai pula perempuan yang nak jadi lelaki. Ada. Memang ada yang nak cuba-cuba jadi lelaki tapi berapa orangla sangat. Boleh bilang dengan kaki je. Berapa oranglah sangat pengkid atas muka bumi ni. Itu pun tak ke mana. Bila mereka sedar nanti bahawa menjadi lelaki tidaklah sebest mana,tidaklah hebat sangat, aku percaya mereka akan kembali ke alam nyata. Mereka akan menyesali diri kerana terpengaruh dengan dakyah James Bond.
Cuma,kadang-kadang aku kesian kat lelaki ni. Kesian sangat. Yelah,kalau perempuan tu,berubah jadi jantan macam mana pun,tetap boleh mengandung jugak kan? Tapi kalau lelaki,tujuh lapan kali operation jadi perempuan pun tetap tak boleh beranak..Kesian..
Walaubagaimanapun,kepada yang lelaki, janganlah terasa.Kita hidup di bumi tuhan ni sebagai lelaki dan perempuan masing-masing ada kelebihan dan tanggungjawab yang tersendiri.Tanpa lelaki,perempuan tak boleh nak mengandung jugak kan?Hehe.Entry ini khas utk Hari Wanita Sedunia sahaja.Nanti Hari Lelaki Sedunia,aku puji korang pulak ye?Dah dah.Jangan merajuk lagi..
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA
&
SALAM MAULIDUR RASUL