Monday, October 18, 2010

Mak Anjang and Plaza Alam Sentral.

Hari ni saya teman Mak Anjang ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Uitm bagi cuti study week tapi ni kenapa setiap hari keluar jenjalan ni?! Nak kene babap eh?! Mengada ni diri ni. Lepas jumpa kawan Mak Anjang, then terus balik. Masa nak balik, kitorang parking kat B1. So kenalah naik lif sebab kitorang dari ground floor. Masa tengah tunggu lif, ada beberapa orang wanita cantik datang dan tunggu lif juga.

Masa tu saya tengah nak reply mesej Idzat so tak pandang orang sangat. And tengah borak dengan Mak Anjang sebab kitorang tak sure kitorang park kereta kat mana. Wakakaa. Then lepas tu saya terpandang seorang gadis ni ceh ayat nak skrip novel je kan. Gadis ini pun terpandang saya. Saya melemparkan senyuman. Begitu juga dengan si gadis itu. Senyumannya manis. Tingggg. Lif berbunyi. Kami berebut rebut bertolak tolak sampai jatuh untuk memasuki lif tersebut. Okay gotcha tipu je. 

Tingggg. Lif berbunyi lagi. Geng wanita cantik ini pun keluar. Pastu saya terdengar sesuatu. Saya terdengar sesuatu yang sangat familiar. Saya terdengar ada orang sebut nama saya! Terdiam. Gadis yang melemparkan senyuman tadi pandang saya, bertanya, 'Ajwin Ajeera eh?'.. Saya tersenyum dan dengan teruja mengatakan 'A'ah saya..' . 2 saat lepas saya jawab, pintu lif tertutup. Okay conversations end. -_-'

Takde rezeki kita ya Dila. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi ya sayang. Terima kasih banyak Dila Razak sebab sudi baca blog picisan ini.. Terharu saya. Sobs sobsss. :') Sebelum gerak pulang, saya beli Dunkin' Donuts. Saya paling suka perisa Bavarian dari dulu lagiiiiiii. Dapnyer dapnyer! Oh minta dilempang la tu.

Ambik kau. 9 ketul donut beli. Ingat adik weh kat rumah. Dasar kakak mithali betul. Wakakakkaa.

Then kami pun terus ke Federal Highway... Hari Isnin, dalam pukul 5 lebih cam tu. Memang jam lah kan. Haha. Maka terpaksa la ya okay highlight sikit, terpaksa ya ambik-ambik gambar diri sendiri *sambil pegang kamera, tangan luruskan, terbalik kan kamera, pandang kamera, snap* -_-'

Kenapa tangan kanan tak pegang deodorant awin? Oh pegang kamera. Lupa pula. 

Mak Anjang.

Kalau jam, buatlah aktiviti ini! Dijamin tidak membosankan. Saya dah cuba.

Dah tengah tengah jam tu, kereta pun tak gerak sangat. Saya pon ambik peluang tangkap gambar sekitar highway sikit.



Okay bai. Esok nak keluar lagi. -_-'

17 comments:

saperakue said...

study week da jd walking week...

p/s: x suka stdy week muka akn jd zombi =_=!

intan payung said...

awin =)
kite nampak awak tadi kat alam central. Awk tengah beli buah dgn aunty awak kan. Hehe

tp kite malu nak tegur.
Awak sgt chantek dengan baju merah ^_^

suffer8zine said...

wah kaw team ngn mak anjang :P

Capik said...

Ini jalan saya slalu itot maa...hehehe...well byk nyer die ambek gambar..hohohoho

Farihah Ahmad said...

ui glamer mak njang. anak sedara mk njang pn makanya tanak kalah.

kembatolo™ said...

nak tiru jugak bole?

"ajwin ajeera eh?"
hehe

Fatul Akrul Ramli said...

mana BaBy??

joegrimjow said...

wahaa
PAS
=)

joegrimjow said...

wahaa
PAS
=)

Azrul Hisham said...

study...study...hehe :)

atok said...

merah gaya keunggulan hehe

profwacko said...

Pernah nampak gak ajwin kat SACC mall tu.. bila nak dtg dekat ajwin nak tegur, dah hilang plak. Huhu, nasib badan. So, next day baca blog ajwin, ade gathering kot masa tu kat dataran shah alam.

AMIRA IS MIRA said...

same la kiter awin..org bg stdy week suruh stdy..tapi asyk dul lepaking je..huhu

DiLa MiChi said...

heheheh..malu jew awk sebut nme kite...thanx dear...u make my day!!! ^_^

nama.aku.lynn said...

awin..bile pulak kite nak ter-serempak?^_^

hakim said...

wah best jejln nmpk?

[z@ck] said...

vogue gila mak anjang ko..
class gituu