Wednesday, March 31, 2010

Malam Srikandi Sektor B

Salam..Ini cerita Ahad lepas.Tapi cerita hari Rabu.Sebab hari Rabu bukan hari puasa sunat.Begitu juga Ahad.Puasa sunat hanya hari Isnin dan Khamis. Walaubagaimanapun, kita boleh puasa ganti pada hari Rabu dan Ahad.


Ahad lepas,saya dan Arina terpaksa ke dinner kolej kami.Wakakaka.Terpaksa sebab kami memang malas gila nak pergi dinner-dinner ni semua.Lainlah kalau ada lelaki hot kat situ.Ni dinner kolej perempuan.Memang ah malas kan.Wakakakak.Takdala.Malas sebab sibuk.Tapi pergi jugak sebab nak cop kolej.Susah nak dapat kolej next sem.Okay baiklah.Kami tewas disitu...


Nuw Awina.ILY! Mwahs! :)

Kami dan perkataan 'gedik' tidak boleh dipisahkan..Kadang-kadang orang confused. Mana satu kami,mana satu gedik..Sebab kami memang gedik..

Okay.Baju takyah macam baju mengandung sangat..

Mentang-mentang pakai baju mengandung,terus automatik terkeluar sifat-sifat keibuan yang ada dalam diri ni.Wakakaka.Mana orang tak panggil ibu kat sini.
-_-

Our classmate,Dila.Budak JPAM.JPAM yang MASAM dan KEPAM.Wakakakka.

Makcik kepoh dua orang ni saya sayang.:)

Tengok muka dia..Muka kepoh kan?Wakakakak.Tak sedar diri sendiri yang kepoh.Kahkahkah SPAPAQ Kahkahkah SQAQSP.-_-. 

Okay Kahkahkah SPAPAQ Kahkahkah SQAQSP tu ialah 'gelak' baru yang diajar oleh lecturer Cost Accounting kami.Untuk bagi kami senang ingat formula,beliau suruh kami bila mesej ke,chat ke,gunakan gelak tersebut.-_-.
Ini formula untuk Materials Price Variance dan Usage Variance.
SPAPAQ = (SP - AP) x AQ
SQAQSP = (SQ - AQ) x SP

SP = standard price
AP = actual price
AQ = actual quantity
SQ = standard quantity

Okay awak dah belajar benda baru!Happy tak?Happy tak?-_-''.

Ini Farad.Farad suka panggil saya Wawa.Pastu saya suka manja-manja dengan Farad sebab Farad ni macam kakak.:')


Semua orang dah matang Awin.Kau bila nak matang?-_-''.

Kenapa Janna buat muka gitu?Bukan kerana bau ketiak saya kan?Tolong jawab soalan ni Janna.I need to know.Wakakakakaka.

Habis semua segala jenis spesis kutu,kelemumur dan ketombe Dila masuk mulut saya.Wakakakakaka.

Yang macam ala-ala Puteri Gunung Ledang tu classmate saya jugak..Nama dia Wana.Dia single lagi.Kalau nak berkenalan,boleh email saya segera..Bau ketiak dia wangi..Jangan risau..

Baju mengandung mungkin trend sekarang..Baru tersedar..

Qiqi,Faras,Farad dan Shidot..Suka gila dengan baju kebaya biru Shidot tu.Saya nak jugak kebaya biru.Mungkin untuk raya tahun ni.Nanti boleh nyanyi lagu Sepasang Kurung Biru by Khairil Johari Johar.Okay tu 'kurung' Awin,bukan 'kebaya'. 

Bajet nak buat kontroversi..Zasssssss.

Baju mengandung dan pipi yang tembam.Urghhhhhhhh.

Okay ada gambar suap menyuap,cium mencium,peluk memeluk.Cik Deya Zanial cemburu tak?Saya tahu awak cemburu.Wakakakaka.Okay bai.

Sunday, March 28, 2010

Daftar segera sebelum terlambat.

Course registration untuk semester depan sudah bermula.Mari kita sama-sama daftar sebelum terlambat dan untuk mengelakkan masalah dikemudian hari.Semua sedia maklum kan pendaftaran start 29 Mac 2010 sehingga 16 April 2010.And sedia maklumkan mengenai NR,NR? No Registration,No Result.Haaaa baik daftar sekang.Cuak tak nanti masa cuti sem tak boleh tengok result.Cuak tak?Cuak tak?Kita mungkin gembira sebab tak boleh tengok result (heheh) tapi nanti ibubapa yang duk sebelah kita masa check result tu yang akan cuak.Jadi,jangan biarkan ibubapa anda cuak dikemudian hari..Pergilah daftar segera.Klik SINI untuk daftar.Haa baik kan saya?Siap link-kan Student Portal untuk anda. Jadi apa lagi?Sebagai balasan,klik Nuffnang saya cepat.(okay tak habis-habis dengan Nuffnang dia)-_-.

And korang tak takut ke kalau korang bukan dapat NR,NR je tapi dapat NR,NR,NR.No Registration, No Result, Non Residence.Wakakaka.Rasanya semua dah tahu kan yang next sem akan tambah Program Sijil dan Pra Diploma kat sini.Makanya rakyat disini akan bertambah.Kolej akan penuh.Pasaraya Billion di bandar Segamat juga akan penuh.Omaigod.So,sekang pun orang dah sibuk kumpul cop kolej kan sebab nak stay kolej next sem.Nak stay kolej,bukan tengok cop je tau tapi CGPA juga kena jaga.Cop kolej saya pun cukup-cukup makan je tuh.Haishhh.Kalau tak dapat kolej,saya tukar kampus.Wakakaka.

By the way,semalam ada Princess College Dinner.Maybe saya update pasal tu later or sooner.Lemak ayam lah kan kalau nak update semua.Saya balik dari Dinner awal semalam sebab semangat nih nak daftar kos pukul 12 malam.Masa taklimat hari tu kata Pendaftaran Kos bermula 29 Mac 2010.So masa 28 Mac,nak dekat-dekat pukul 12 tu stay la depan laptop kay.Kena berebut kalau nak perfect.Perfect disini bermaksud nak satu kelas yang sama dengan kawan-kawan dan dapat rebut subjek pilihan supaya nanti takdelah bila dah penuh baru nak daftar and lepas tu kalau tak dapat,terpaksa ambik subjek yang tak digemari.Nak ke?????????Haa tahu takot.

Lepas tu seperti yang dikatakan,Nuw Awina,Dila,Wana dan saya menunggu lah sampai pukul 12 malam.Student portal yang dah sedia 'bookmark' dah dibuka.Masing-masing semangat gila nak daftar.Haha.Sebab nak ambik Mandarin.Kelas sikit je maka kena rebut.Kena cepat.Heheh.Bukan taknak ambik Arabic tapi Mandarin macam lebih diperlukan dalam bidang pekerjaan nanti.

So,tunggu punya tunggu punya tunggu.Dah pukul 12 malam dah ni.Course registration tak keluar keluar pun lagi.12.05 tak keluar.12.10 tak keluar jugak.12.40 pun tak keluar jugak.Esok kelas pukul 8 pagi ni.Muka sorang-sorang macam nak nangis dah.Haha.Janji apa ni.Pentipu betullah.Lepas tu kami decide untuk tidur dan daftar lepas kelas esok.'Esok' tu means hari nilah.Hehe.

Bila dah habis kelas tadi,terus buka Student Portal.And jeng jeng jeng dah keluar dah Course Registration.Lepas tu terus terperasan something kat situ.


Whatttttt?Start 29 Mac 2010 at 10am??Okay nak merajuk lah macam ni.Kata tepat pukul 12 malam dah boleh daftar.Penat kite tunggu.

Dan sekarang saya dah selesai mendaftar subjek saya.Hihi.Untuk sem depan,saya ambik Business Communication, Introduction to Statistics, English for Academic Purpose, Fundamentals of Islamic Economics, dannnnnnnnn Bahasa Mandarin!!!Ada satu lagi subjek yang belum didaftar sebab belum ada group lagi iaitu Macroeconomics.And next sem saya tak ambik Drama dah kot.Saya ingat nak ambik Pengurusan Acara.Masih dalam pertimbangan lagi.:)

Kalau lepas ni saya membebel dalam bahasa Mandarin kat blog jangan marah pulak ek.Wakakaka.Eh batak gila engko.Belajo pon tok lagi.Weh Nuw Awina..Kite dah pandai cakap batak.-_- Okay tata.

Saturday, March 27, 2010

Apalah yang ada kat saya ni.

Salam..Berjumpa kita lagi ya.Asyik berjumpa je kita ni.Sebab apa yang saya nak cakap ni terpaksa saya cakap jugak.Haha.Okay harap anda faham dengan ayat tu.Saya dah pening.Principle Microeconomics banyak sangat formula.Siapa yang buat subjek ni?Ni yang nak marah ni.Klik Nuffnang saya cepat sekarang sekarang cepat cepat sekarang.Okay hiperbola.Stop it Awin.-_-''


Pendekkan cerita,lately ni saya terima agak banyak jugak mesej kat Facebook kata bila nak approve bila nak approve.Okay first sorry sebab tak reply.-_-.Saya bukan taknak approve korang tapi saya dah tak boleh approve korang pun.Sebab kawan saya dah sampai limit dah.Tak boleh approve orang lagi.Harap maaf..



Sorry ek kepada 5044 friend requests.Saya pun terkejut asal sampai 5000. Wakakaka.Saya baru tahu pasal ni sebab roommate saya baru buat Facebook.Sebab dia tengok saya main Facebook.Okay saya dah rasa jahat dah sekarang sebab ajar roommate main benda yang lagho ni.-_-.So,pastu saya paksalah dia add saya.Sekali bila dia dah add,keluar bawah ni pulak..



Makanya,roommate saya pun tak dapatlah nak add saya.Padan muka dia.Eh apa ni? Bukan bukan.Macam sadis la kan kalau roommate sama roommate tak boleh kawan dalam Facebook kan.Nak jugak rasa berbual dalam alam maya.Asyik berbual secara langsung je.Jadi disebabkan faktor-faktor inilah saya buat lagi satu akaun iaitu akaun yang awak dapat lihat bawah ni..




Okay boleh saya sambung cakap sekarang?Dah stop gelak dah?-_-.Saya terpaksa buat akaun fan page ni sebab tadilah.Jadi kalau sudi,yang 5044 friend requests tu bolehlah add kat akaun ini.Sebab akaun ni boleh unlimited.Infinity.Senang kan.Saya memang bukan artis.Saya 100% sedar tu dan tak payahlah awak nak hantar mesej kat Facebook cakap wah artis ke?artis ke?siap ada fanpage2 bagai.


Tapi saya pun tak faham kenapa orang add saya.Apalah yang ada kat saya ni.Pastu bila tak approve pun,cakap macam-macam kat mesej.Eleh kau ingat kau cantik sangat ke taknak approve orang?Tak mati ahh kalau kau tak approve pun.-_-.Okay thank you Saudara Tuuttt Tuutt.Saya sedih.Huhu.Buat macam ni nampak salah.Buat macam tu nampak salah.Orang akan sentiasa nampak buruk je kan kat kita.Okay sudah.Emo pulak dia.-_-.Saya tak rasa niat orang yang add tu adalah sebab nak kawan.Bukan semua,sorry.Maybe dalam 60% tu add sebab nak stalker je.Buktinya ada kat bawah ni.Ni akaun Myspace saya.



Kawan taknak kalah kan..Pastu cuba terjah bawah ni pulak.Saya upload gambar masa event dengan 3R hari tu and jeng jeng jeng



Nampak tak?Viewers sampai 408,412 orang..Tapi komen 2,3 jer..Saya tak kisah pun kalau orang taknak komen gambar..Saya bukan jenis,comment my pix!will hit you back!thankssss.Okay enough.Wakakaa.Tapi cam beza sangat nih.Stalker la kan maksudnya ni?Kenapa nak stalker saya?Tak jumpa apa pun stalker saya.Haha.Nak jawapan bocor SPM,gi stalker Nuw Awina.Haha.


Sorry if ada yang menyakitkan hati.Just nak tekankan yang tu jek.Harap fahamlah kenapa kalau saya tak approve tu.Okay jumpa lagi.Tata.:)

Friday, March 26, 2010

Thanks meuzangelo!

Sorry ye Encik Meuz Angelo sebab terlupa nak buat tag ni.Wakaka.Agak busy lately ni.Kehidupan pun agak tak terurus..Agak kelam kabut..Sebab saya memang seorang yang clumsy.Correction.Super duper triple clumsy.Bukan sikit eh tu.Wakaka.Dalam minggu ni je dah 5 kali tersadung nak jatuh.Ditambah dengan mulut yang melatah.Memang memalukan.Arina Hamzah yang setiap hari pergi kelas dengan saya tahulah macam mana.Dia pun dah malu nak jalan dengan saya.Kuang ajaaaaa kan?Wakaakkaa.


Bukan itu sahaja.Dengan pakai baju terbalik.Tudung terbalik.Pergi kelas pakai selipar jamban.Pagi-pagi sebelum pergi kelas minum milo pastu milo siap tertumpah kat baju kurung yang saya dah gosok penat-penat.Nak cakap nama 'Madihah' tapi dengan confident ayam pergi cakap 'Jannah'.Okay taknak listkan lagi sebab semua memalukan.Selekeh kan saya?Pastu ada hati nak jadi pengacara konon.Wakakakakkaakaka.Asal saya macam ni.Caklempong ahh.


Okay asal saya cite pasal bende ni?Wakaka.Sebab niat update hari ni nak jawab tag Meuz sebenarnya tapi dah merepek meraban okay jangan banyak cakap.Sorry bro.Saya jawab sekarang.


Soalan-soalan yang perlu dijawab :


1.Berikan dua warna feveret
   Banyakkk tapi paling suka hitam dan merah jambu.


2.Lagu feveret?
   Banyakkkkk.Tapi paling suka lagu Rocket by Yuna dan Semusim by Marcell.


3.Nickname?
   Jessica Alba Awin


4.Dah berapa lama berblogging?
   Sejak 13 November 2008.So dah 1 tahun 4 bulan 2 minggu.:)


5.Kalau dapat kereta free,nak kereta apa?
   Mitsubishi Airtrek.Memang minat habis lah dengan kereta ni.


6.Haiwan paling disukai?
   Banyakkkkk.Tapi paling suka labi-labi.Hehe.


7.Rapat dengan ayah ke mak?
   Dua-dua rapat tapi kalau kira paling rapat mestilah Mama.:)




Okay pastu Encik Meuz yang kacak ni telah buatkan saya satu banner...
Alaa sweet dahh.Wakakakaka.Terima kasih tau.Susah-susah ajerr.




Jangan jeles semua orangggg.Wakakakaka.Okay dah dah.Kepada yang membaca blog ni,tak kisah lah anda suka saya ke,tak suka saya ke,saya ucapkan semoga berbahagia disamping orang tersayang..Okay apa motif tiba-tiba ucapan macam ni?Okay tak faham.Ntah apa-apa kan?Wakakakakaa okay bai.


p/s : Kenapa banyak sangat formula nak kena hafal nih?


p/s 2 : Selamat pulang ke sekolah.Belajar rajin-rajin.:)

Thursday, March 25, 2010

Beautiful celah mana


Thanks alot to Kak Ya and Effy sebab bagi award ni kat saya.Hehehehehe. Semua orang pun cantik.Tapi bagi saya,cantik tu subjektif kan.Cantik luaran tak penting.Yang pentingnya,dalaman tu kena cantik.Bersama-samalah kita mencantikkan dan menambah kecantikan dalaman kita ya.:)


Tapi ada syarat nak terima award ni.Kena senaraikan 7 perkara tentang diri saya..Kacang je tuh..Proceed terus ek.


So,7 perkara tentang saya ialah :

1.Saya fobia gila pada kucing.Sejak dari kecik sebab waktu kecik-kecik pernah kena gigit so terus fobia sampai tua besar.Kira saya paling pantang kalau kedai makan ada kucing.Memang bersila lah saya duk kat atas kerusi tuh.

2.Selain berblog,hobi saya ialah belajar cehh takyah ahh menggelabah sangat an bermain sudoku.Baru ada tiga buku sudoku.Bakal menambah bilangan buku sudoku pada cuti semester ini.Ex-roommate saya sem lepas tahu lah macam mana saya ketagih sudoku ni.So,sem ni dah tak bawak dah buku sudoku.Sebab nanti nak belajar ke main sudoku ni?Terus kena lempang.Okay mengarut.

3.Selain berblog,bermain sudoku,saya juga suka masak!Masak tu biasa-biasa je kot takdela suka sangat tapi saya suka kalau baking-baking ni.Saya suka buat kek,muffin,cupcakes,cookies atau apa-apa jelah yang menggunakan ketuhar gelombang mikro.Wakakaa.Lamanya tak cakap 'ketuhar gelombang mikro'.Macam comel jek rasa.Okay ape-ape je Awin.

4.Saya senang gila menangis.Memang saya nampak cam gagah dan perkasa,(ececeh) tapi tak leh oh.Mesti nak nangis kalau apa-apa.Tengok orang nangis pun saya boleh nangis.Kalau tengok cerita Korea ke,Jepun ke,hindustan ke jangan cakaplah.Tapi kalau kat rumah takdela malu sangat walaupun selalu kena bahan dengan abang.Sebab saya ada geng.Mama saya pun kuat nangis-nangis ni.Hehe.

5.Tapi jangan risau.Walaupun saya senang menangis,tapi saya senang gelak.Wakakakaka.Kira kalau saya tengah nangis tu,nak suh saya diam senang je.Buat je lawak apa-apa.Terus gelak.Wakakaka.Sorry la.Saya memang macam k*ling sikit.

6.Saya tak pernah bercinta ke couple ke berpacaran ke tapi saya pernah 2 kali orang nak masuk minang.Wakakakakakakaka.2 kali beb.Bukan nak gebang tapi tu adalah sejarah hidup saya.Cuak weh masa tu.First masa saya form five.Ambik kau.Nampak sangat masa 17 tahun tu saya dah macam boleh kawen.Dan yang kedua ialah urmm pada tahun ni.Awal tahun ni.Tak boleh cerita banyak.Takut ada orang baca.

7.Saya pernah jadi mangsa buli.Waktu zaman sekolah.Waktu tu saya form three.Dan kena buli dengan budak lelaki form two.Saya ingat lagi apa yang dorang buat kat saya and muka sekor-sekor semua saya ingat.Hisshhhhhh memang geram.Asal lah dulu saya skema sangat?Sekarang bila dah ganas,baru menyesal kenapa tak buli dorang balik.(bila dah ganas - rasa nak lempang saya tak masa lepas baca ayat tu?wakakaka). Saya ada tulis pasal benda buli ni kat blog.Klik SINI kalau nak baca.Cite tu sedih.Tabahkan diri dulu sebelum membaca.

Okay tu je pasal saya.So saya nak tag dan bagi award blogger cantik ni pada gadis yang cantik bawah ni.


Okay thank you.Semoga berjumpa lagi.Adiosssss.

Tuesday, March 23, 2010

Dear my 1st adopted brother,


Arigatou gozaimashita.
  ありがとうございました。
Oshaberi suru jikan wo totte kuretari,mata iroiro atarashii koto wo oshiete kuretari shimashita.
おしゃべりする時間をとってくれたり、またいろいろ新しいことを教えてくれたりしました
Minasan no seijitsu de aijyou wo motta shinsetsu wo watashi wa wasureru koto wa dekimasen.
みなさんの誠実で、愛情をもった親切を私は忘れることはできません。
Ikanakutewa narimasen.
 行かなくてはなりません。
Gomenasai.Watashi no nihongo wa heta desu.
ごめんなさい。私の日本語はへたです。
Nihon go wo renshu suru hitsuyou ga arimasu.
Hehe.
日本語を練習する必要があります。
Odaiji ni.
 お大事に。
Sayonara!
さようなら!


:')

p/s : Dia masih single.Tapi amaran keras dari saya,jangan ngorat dia!Haha.:p

Monday, March 22, 2010

Ask me anything @ Formspring.

Salam semua.
Saya dah ada Formspring sendiri.Heh heh.
Teringin jugak nak buat.
So,kalau awak ada apa-apa soalan,pertanyaan atau apa-apa jer,
bolehla ajukan kat saya di situ ye.
Saya tak kisah awak nak letak nickname ke,nak set as anonymous jer ke..
Saya tak kisah memaner..:)
Awak nak tanya soalan baik-baik ker,soalan pedas-pedas ker..
Saya tak kisah jugak..:)
Jadi,kalau berminat nak tanya apa-apa,boleh klik SINI ye..
Arigatou gozaimashita~~
:)


Saturday, March 20, 2010

Taknak tinggalkan rumah boleh?

Perlu pulang ke kawasan berkabus,berilmu dan bermonyet,Segamat esok.
Tapi terasa hati berat sangat mahu tinggalkan rumah.
Hanya Allah yang tahu.
Saya nak duduk rumah jaga keluarga saya.
Saya taknak mereka sedih.
Saya nak mereka gembira.
Hati terubat bila melihat mereka tersenyum.



Saya hanya..
Saya hanya terlalu sayangkan mereka.
Please Allah..I am begging You please give us a chance to live together in healthy and normally..Please,hear my cry.
My parents,siblings and I have has so many dreams in this life.
Give me a chance to correct the mistakes I made in this world.
Please continue guide and protect us from making mistakes or anything that You dislike.
Amin.

Thursday, March 18, 2010

Dah basi..dah basi..

Okay cite ni dah basi sebab dah lama.Haha.Tak kesahla.Memang banyak kali pun cite benda basi.Haha.Well,hari tu gi klinik.Saya nak injection.Tapi tak dapat.Sebab takde khidmat injection apa-apa kat sini.Tak best gila.Sumpah tak macho dow klinik takde injek injek.Tak sukeee!

Kalau dah namanya blogger,gi mana-mana pun nak tangkap gambar.Wakakaka



Lepas balik Penawar,saya dan husband teman tapi mesra,Deya Zanial pergi Pasar Malam.Belum malam lagi.Tapi nak panggil Pasar Malam jugak.Kitorang beli Ice Blended dari kedai Byha Anati untuk support beliau sebab ni projek Marketing Byha..Good Luck!


Ubat taknak banyak pulak kan.Memang best lah.Sebenarnya luka peptic apa kejadah yang saya merepek hari tu maksudnya GASTRIK.Wakaka.Itu definisi bagi gastrik sebenarnya.Tak sangka lak saya gastrik sebab rasa macam kuat makan jer.Isk apa-apa jer..

Saya dah google pasal gastrik.Patutlah asyik pening,mual,rasa nak muntah dan sebagainya.Ingatkan nak beranak rupanya gastrik daa.Wakakaka.


Muka kat kad matrik busuk gila.Macam kasut Deya.Wakaka.


Okay..Sempat lagi..

Tuesday, March 16, 2010

Happy 18th Birthday Wazien!

Sorry semalam saya tipu semua orang.Wakakaka.Saya dengan geng gedik saya saje nak tukar status dari Single ke In a relationship.Sekali ramai orang likes.Lepas tu siap tinggalkan komen seperti Congrats!,Tahniah Awin.,Finally..,Wah wah siapa tu Awin? haha and macam-macam lagi. Saya saje gedik-gedik nak In a relationship with Deya Zanial.And hari ni dah bertukar ke Married with Deya Zanial.Wakakakaa.And dah ada Children named Arina Hamzah.Wakakaka.


Awak semua ternanti-nanti ke bila saya nak In a relationship betul-betul?Haha.InsyaAllah adalah kot nanti-nanti.He he he he.Tapi yang pasti saya masih lagi mengekalkan status SINGLE sampai sekarang.Ingat senang ke?Wakakaka.Bajet market.Menyampah aku.Mentang-mentang belajar Fundamentals of Marketing sem ini.Okay.Saya kena pergi Kilang Faiza Herba Ponni Taj Mahal sebagai projek MKT tapi tak pergi sebab group saya 2 orang jek!!!!!!!Group orang lain semua 4,5 orang.Tapi group saya je 2 orang!!!Sebenarnya 4 orang.Tapi yang lain semua drop subjek ni.Okay thank you.Huda Bajrai,banyak ya kerja kita.Takpe.We can do it!!Ceh takyah poyo sangat. Sebab group saya senang cite ini bukan group lagi.Ini dah macam project pair.So,lecturer pun beri kami keringanan untuk takyah gi kilang.Hehehe.Thank you Sir.


Okay kesian Wazien tunggu lama.Baru nak cerita pasal dia.Haha.Supposedly saya nak cerita pasal saya pergi klinik semalam tapi tadi check Facebook baru teringat hari ni hari jadi adik saudara kesayangan saya si Wazien ni.So,tangguhkan entry klinik dan 


HAPPY 18th BIRTHDAY WAZIEN!
Where has the time gone?It came and went,but I'm thankful I've had the privilage to watch you grow from a little boy to a handsome young man.Thanks to your pink coloured Crocs.Haha.It's your birthday, the big one, so celebrate and have lots of fun!(but not too much).Hehe.
I love you and always will.Hope you have a great 18th birthday!
Lots of love,
Aawweenn.

I am not A girl.I am THE girl.

16 Mac 2010.Selasa.Saya pergi klinik tadi.Thanks to Deya kerana temankan saya. Saya taknak update pun pasal benda ni tapiiii.Saya update jugak sebab saya taknak emosional.Kita kena tenang walau apa yang berlaku kan.


Tak perlu kot saya tulis saya sakit apa kat sini.Cukuplah just doktor cakap, ada ulser peptic atau luka kecil yang terjadi di bahagian usus.Ulser ini selalunya benign (tidak menyebabkan berlakunya kanser).Bagaimanapun peratusan kecil ulser ini boleh menjadi malignant (akhirnya menyebabkan kanser).



Renung-renungkan dan selamat beramal.Maaf,gambar tiada kaitan.Bai.:)

Monday, March 15, 2010

Hemi Photography



Semua gambar candid dari Encik Hemi,kawan Facebook saya.Beliau datang ke event ini dan tangkap gambar candid!!!!Tak tegur pun!!!Okay.Takpe.Saya tak marah.Cuma rasa sedikit scary..Huuuheeehueee.Thanks alot by the way!

Sunday, March 14, 2010

International Women's Day with 3R

Salam~:) First of all,saya minta maaf sebab delete entry Okay.First time saya cakap dalam blog sebab kami nak masuk dalam YouTube dulu.He he he.So,kalau nak tengok video saya cakap,kena tunggu la.Haha.Ada plak kan orang nak dengar aku cakap?Takpe.Sebab dalam entry ni pun ada video kami nanti.So,entry ni akan menjadi entry pertama saya cakap dalam blog.Hehe.Tapi busuk,gedik dan takde motif gila.Baik jangan tengok.


Saya berperasaan yang entry ni akan menjadi entry yang panjangggggg sebab serious s*it banyak gila gambar.So,tanak membebel banyak.Harap gambar boleh tolong bebel untuk saya.:)


Anddd sorry saya tak susun gambar ikut flow yang betul sebab saya terus upload semua and gambar pun banyak gila.Sampai pening nak edit,bermain dengan HTML okay fullstop.Lagipun,saya tak berapa sihat sangat ni.Saya jenis susah nak demam tapi bila ada symptom macam ni,rasa sangat susah hati.Okay lupakan pasal tu.Kita proceed ye.:)


Tak perasan pulak yang gambar ni first.Haha.As you all know,he is an ex-vocalist for Meet Uncle Hussein.And sekarang beliau dah ada band baru iaitu Azlan and The Typewriter.Tapi beliau perform seorang je.Where's the typewriter?



Ini anak-anak saya.Haha.Ini Amoi dan Deya.My classmate since first sem.Kadang-kadang Amoi panggil saya ibu.Sebab perangai saya macam mak orang kot?Haha.Okay Amoi.Kite tahu kite mak awak kat kampus.Kite kena jaga awak ni.Belajar elok-elok.eh ok dah merepek.


Maaf.Tak larat nak menaip panjang.Kesihatan saya sangat mencemburui kita.:(
















































This is my supporters.They're all cool.A bunch of thanks to my family and friends.Thanks to Mel,Rina Salleh,Nara,Milimilo,Wawa and semuaaaa yang datang ke event ini.:) Thank you so much.Love your supports!Thanks for being there with me.:') 


MILLION, BILLION, TRILLION, QUADRILLION, QUINTILLION, SEXTILLION, SEPTILLION, OCTILLION THANKS TO MY BELOVED MOM YANG SUPPORT SAYA GILA-GILA.MAJALAH GILA-GILA PUN KALAH.SAYA TAHU EVEN OCTILLION THANKS PUN TIDAK AKAN CUKUP DENGAN SUPPORT DAN PENAT LELAH YANG MAMA BAGI.MAMA BUATKAN SAYA TEE AJWIN AJEERA SIAP ADA LINK BLOG INI.OMG.I LOVE YOU SO MUCH MOM.:') 

Okay.Dibawah ni ada video dari tiga orang budak gedik.Video ini sangat tiada motif.Just to remind you once again.



Video ini tiada motif.Ouh.Remind you twice.-_-.or maybe thrice already.-_-.


Yang paling tidak boleh bla.Gambar ini diambil semasa dalam perjalanan ke Central Park.
SEBELUM EVENT.



SELEPAS EVENT.
Okay.Diam.Jangan cakap apa-apa.-_-.


Upload pun satu jek.Sebab kalau upload dua atau lebih,mungkin hospital akan penuh.Keadaan akan parah.Orang akan sakit.Okay enough Awin.Bai.