Hari ni, 11 Ogos 2010 merupakan hari pertama puasa dan saya dah pun belikan baju raya untuk anak saya, Qhayden! Saya ada masa lebih sikit hari ni sebab UiTM cuti. (alhamdulillah saya belajar kat Johor, Johor cuti 1st day of Ramadhan :p) Maka ramai gile orang pulang ke kampung halaman masing-masing nak menyambut kedatangan puasa bersama keluarga tersayang. Ada juga yang pulang untuk menyambut bersama pakwe makwe tercinta :p. Ingat. Jangan buat benda-benda yang tiada faedah atau bunga atau interest :p bulan puasa ni. Sama-samalah kita memaksimumkan ibadat kita kepada Pencipta kita. :) Eceh nasihat orang bukan main. Mentang-mentanglah tiada pakwe. Okay nak :p lagi sekali boleh tak?
Jadi, saya bangun pagi hari ni. Belikan baju raya untuk baby tersayang. Baby Qhayden gembira bukan kepalang lagi. Terus ada anjakan paradigma. Nak tahu apa anjakan paradigma oleh Qhayden? Scroll down! :)
Qhayden masa umur 1 hari. :)
Qhayden sekarang! Alololo dah besar dah dia. :') Hilang segala penat lelah menjaga kamu selama ni. Sejuk perut ibu mengandung lihat kamu sekarang. Dah pandai buka buka mata dah. Macam mana? Apa perasaan lihat wajah ibu buat kali pertama? Rasa gembira tak dapat ibu muka macam Diana Rafar? (wakakakaka)
Oh ha tulah dia baju raya saya beli untuk baby. Cantik kan? Saya belikan seluar warna biru sebab saya nak pengaruh dia minat Chelsea nanti sampai besar dia akan ingat biru ohh Chelsea Chelsea. :p Nanti ibu kerja keras lagi boleh beli kasut pulak k. Nanti banyak rumah kita nak gi raya nanti. Baru hengsem sikit anak ibu.
Eh eh dah pandai angkat kaki dah dia! Saya taknak dia angkat angkat kaki sebab dia lembut lagi tapi baru saya teringat anak saya ni lelaki so takpela. Biarlah dia lasak-lasak sikit nanti dah besar mesti macho. :p
Eh eh kadang-kadang dia buka mata sambil angkat kaki pulak. Dah macam apek cina tua la ibu tengok kamu ni Qhayden. Tapi perasan tak apa yang saya perasan? Mata dia macam nak sama dengan saya kan? Maklumlah. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. :')
Okay itu sahajalah laporan saya pada hari pertama puasa ini. Selamat menjalani ibadah puasa untuk semua. Bulan puasa ialah bulan yang penuh keberkatan. Sama-samalah kita tingkatkan ibadat kepada Allah. Harap dijauhkan kita dari golongan yang rugi semasa Ramadhan. Kurangkanlah benda-benda yang tidak sepatutnya. Kurangkanlah bermain game. Game jaga baby ke apa ke. Lagho semua tu. :p
Selamat Berpuasa.
Mohon ampun dan maaf.
Ikhlas dari,
Noor Ajwin Ajeera.
26 comments:
hehehe dasat tol naluri keibuan ajwin ni... :p
" Dah pandai buka buka mata dah. Macam mana? Apa perasaan lihat wajah ibu buat kali pertama? Rasa gembira tak dapat ibu muka macam Diana Rafar?"
Nak kene lempang? nak? Hakhak!
Gadis,
Hahahaha
Ini bukan dasat lagi.
Ni dah mcm tak betol je.Haha
Zack,
Haha. Ni nak lempang mana satu ni? Baby ke mak dia? Haha
auch tersentuh dengan naluri keibuan awin, jadi mari lah bagi number rumah dekat segamat saya datang meminang awak T________T
selamat berpuasa..=)
Liyana,
No118D, Kolej Zamrud, Jalan Zamrud,
Universiti Teknologi Mara Segamat, Johor.
Datang jangan tak datang tau. :)
Nurul,
Selamat Berpuasa! :)
awwww terpancar aura ibu di bulan puasa ahaha :) happy fasting ajwin
Hahaha
selamat berpuasa juga!:D
papa qhayden taley balik ari nie..
mama bukak pose ngan qhayden jela eh? hahahaha
Eei pleaselah~
Takyah balik pon takpe.Hahahahahhaa
selamat berpuase..awinnn header kite same!!!
Selamat berpuasa mai~
tak sama pon? hehe
ahahah..dasat2..siapa la anak awin ni nanti.
Muhammad Qhayden la anak awin! :p
Selamat Berpuasa Awin..
baby tu x pose ea.....
biase ni..!!
hahaha selamat menyambut ramadhan cik awyn =)
Profwacko,
Selamat berpuasa pada anda juga~ :)
Liquid,
haha belum masanya lagi nak ajar dia puasa. :p
Selamat berpuasa~ :)
kawin cepat2..itu nasihat dari saya..salam kenal2..hehe
Firdaus,
Haha. Tolong carikkan calon dulu boleh? ekeke
Salam kenal~ :)
haha..da mcm anak betol da ni :p
Mmg parah dah ni.
Siapa yg tanak anak tuuuuu
Please lah jgn buangggggg
Bagila kat siniiiiiiii.
baby hunny..muhammad hairi..dah nak masuk setahun..baru tumbuh rambut..chumel je..=)
baby qhayden nanti kawan dengan baby hairi k..=)
Dia akan tumbuh rambut ke?
omg tak sabarnyeeeeeeee.
boleh saje. kahwenkan terus.kehkehkeh
Post a Comment