Semalam saya tak dapat nak tengok Tv sebab memang takde Tv. Tapi tahu yang malam semalam final Gadis Melayu. Sebab pagi semalam baca surat khabar Kosmo. Pastu nampak Rina wah terus bermonolog dalaman, Good Luck Rinaaaaaaaa! Pastu nampak artikel, Pelajar UiTM koma dibelasah kerana chenta. What the heck?!! Kerana chenta nak belasah?? Yang kena belasah sampai koma tu pula ialah seorang perempuan. PEREMPUAN YANG KENE BELASAH SAMPAI KOMA DAHLA BUDAK PART6 NAK HABIS DAH PASTU DAHLA TENGAH FINALS SEKARANG. Kejam siot lelaki tu. Kau kahwin pun tak lagi nak belasah anak dara orang. Kalau dah gelar suami pon tak boleh tau nak belasah macam tu!
So pengajarannya disini ialah.. Jangan bercinta semasa belajar.. Wakakaka.. Lagi-lagi dengan budak-budak Uitm ni. Wakakaka (tak pasal pasal kan). Biasalah.. Kalau tak, bila masa kita nak guna peribahasa melayu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga kan.. LOL :p. Kau pun budak Uitm jugak bongok. So, kalau nak bercinta sangat pun, bercintalah dengan budak Uia ke, Utp ke, Utem ke, Unimas ke, Ukm ke, wakakaka. JK. :p :p
Kembali kepada juara Gadis Melayu musim ke-3 kita ya, Rina Salleh. Hihi. Kenal Rina dah lama juga and dulu 2 tahun lepas, saya salah seorang ahli kumpulan marhaban kat Subang Jaya. Saya join marhaban sebab saje ikut Maklong saya. Kumpulan marhaban tu famous juga. Last saya marhaban masa tu kat rumah Amy Search yawww. Khatam Quran Nabila Huda. So, ibu kepada Rina Salleh juga salah seorang ahli marhaban dan rakan kepada Maklong saya. Haa camtulah ceritenye ye anak anak.. Tapi apa-apa pun..
Sekalung tahniah buat Rina!!!!!!!!!!
You deserved it dear!
:D