Tapi ada syarat nak terima award ni.Kena senaraikan 7 perkara tentang diri saya..Kacang je tuh..Proceed terus ek.
So,7 perkara tentang saya ialah :
1.Saya fobia gila pada kucing.Sejak dari kecik sebab waktu kecik-kecik pernah kena gigit so terus fobia sampai tua besar.Kira saya paling pantang kalau kedai makan ada kucing.Memang bersila lah saya duk kat atas kerusi tuh.
2.Selain berblog,hobi saya ialah belajar cehh takyah ahh menggelabah sangat an bermain sudoku.Baru ada tiga buku sudoku.Bakal menambah bilangan buku sudoku pada cuti semester ini.Ex-roommate saya sem lepas tahu lah macam mana saya ketagih sudoku ni.So,sem ni dah tak bawak dah buku sudoku.Sebab nanti nak belajar ke main sudoku ni?Terus kena lempang.Okay mengarut.
3.Selain berblog,bermain sudoku,saya juga suka masak!Masak tu biasa-biasa je kot takdela suka sangat tapi saya suka kalau baking-baking ni.Saya suka buat kek,muffin,cupcakes,cookies atau apa-apa jelah yang menggunakan ketuhar gelombang mikro.Wakakaa.Lamanya tak cakap 'ketuhar gelombang mikro'.Macam comel jek rasa.Okay ape-ape je Awin.
4.Saya senang gila menangis.Memang saya nampak cam gagah dan perkasa,(ececeh) tapi tak leh oh.Mesti nak nangis kalau apa-apa.Tengok orang nangis pun saya boleh nangis.Kalau tengok cerita Korea ke,Jepun ke,hindustan ke jangan cakaplah.Tapi kalau kat rumah takdela malu sangat walaupun selalu kena bahan dengan abang.Sebab saya ada geng.Mama saya pun kuat nangis-nangis ni.Hehe.
5.Tapi jangan risau.Walaupun saya senang menangis,tapi saya senang gelak.Wakakakaka.Kira kalau saya tengah nangis tu,nak suh saya diam senang je.Buat je lawak apa-apa.Terus gelak.Wakakaka.Sorry la.Saya memang macam k*ling sikit.
6.Saya tak pernah bercinta ke couple ke berpacaran ke tapi saya pernah 2 kali orang nak masuk minang.Wakakakakakakaka.2 kali beb.Bukan nak gebang tapi tu adalah sejarah hidup saya.Cuak weh masa tu.First masa saya form five.Ambik kau.Nampak sangat masa 17 tahun tu saya dah macam boleh kawen.Dan yang kedua ialah urmm pada tahun ni.Awal tahun ni.Tak boleh cerita banyak.Takut ada orang baca.
7.Saya pernah jadi mangsa buli.Waktu zaman sekolah.Waktu tu saya form three.Dan kena buli dengan budak lelaki form two.Saya ingat lagi apa yang dorang buat kat saya and muka sekor-sekor semua saya ingat.Hisshhhhhh memang geram.Asal lah dulu saya skema sangat?Sekarang bila dah ganas,baru menyesal kenapa tak buli dorang balik.(bila dah ganas - rasa nak lempang saya tak masa lepas baca ayat tu?wakakaka). Saya ada tulis pasal benda buli ni kat blog.Klik SINI kalau nak baca.Cite tu sedih.Tabahkan diri dulu sebelum membaca.
Okay tu je pasal saya.So saya nak tag dan bagi award blogger cantik ni pada gadis yang cantik bawah ni.
Okay thank you.Semoga berjumpa lagi.Adiosssss.
13 comments:
sapa lg sorang?caki tak cita pon kt kya.
HAHAHA
*ampun caki
tag je? bg la win. hahahahaha. thanx. ily <3 ;)
malunyaaaa. wakakaaaka
"so saya nk tag dan bagi award blogger cantik ni pada GADIS YANG CANTIK........ DEYA ZANIAL" Ohmygod ! awinnnnn saya cantik ey? ey? wakakaka asal gelabah sangat neh? -.-"
da lama xlayan tag ni!
(padahal skali baru buat)
Kite pun pernah kena gigit kucing. Srious memang fobia.
peh 2 kali masuk minang. patutnya dh boleh dpat dua suami.wakaka. lu macam membe gua takut kucing. klau kcing lalu dekat kaki konfim menjerit.
aku takut kawin
muhahhahahhahaha
apa pasal ko tolak beb?terima je arh
kalo aku dah selaamat
ngahahahhaha~
salam
senang nangis dan senang pula gelak. hehe.. penuh makna. Itulah tanda ajwin orangnya happy go lucky..
sudoku... saya pun suka... tapi x beli pun buku... takkat men dlm phone jer
tahniah...ingatkan nak pi event ngan melz aritu..tapi balik kampung...anyway,good luck untuk contest tu juga ya..dah diumumkan pemenangke?
Itu dia..sudah 2 kali ya orang dtg meminang..
ehemmm eheemmmm! HAHAHA!
lambat gile kang kumen :D
Post a Comment