Semalam saya telah ke bandaq Segamat buka puasa dengan kakak senior saya, Kak Yana, Nuna dan Didie! Ya Allah nama je satu kampus tapi susah gila nak jumpa dorang. Sumpah rindu gila dengan dorang. Dulu masa kitorang sem 1, kitorang sama wing. And Kak Yana lah salah sorang senior kat situ. Bilik saya sebelah bilik Kak Yana. Bilik Kak Yana depan bilik Nuna. Bilik Didie jauh sikit. Tapi still sama floor lah. Dulu rapat sangat sebab yelah baru masuk bila nak manja sikit, datang bilik Kak Yana wakakaka, bila belakang badan gatal-gatal sikit terus nak pergi bilik Nuna minta garukan wakakakakkaa, bila nak nangis-nangis sikit terus pergi bilik Didie ngadu wakakakakaka. Best ek bila ingat balik.
So kitorang pun plan mahu jumpa dan buka puasa sama. Daripada masuk kereta, singgah rumah sewa Kak Yana, cari tempat makan, sampai dah nak makan tak berhenti sume mulut nak cerita. Sampai dah masuk waktu berbuka pun tak sedar lagi. Bila nak sedar ni?! Bila nak berubah ni?! Okay hiperbola.
Kak Yana.
Didie.
Nuna.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Sebelum berbuka bolehlah ambik gambar. Semua kurus-kurus lagi. Kalau lepas berbuka?! Anda boleh jawab sendiri.
Pastu masa nak balik, lalu kat sebelah bazar Ramadhan Segamat. Omg panjang gila kot bazar dia. Kalah bazar Ramadhan Uitm. Haruslah kan.-_-' Okay nanti kami datang ye bazar. Pastu sekarang tengah kecoh Segamat dah ada Secret Recipe. Biasalah kan budak sini takde benda nak kecoh, kecoh lah pasal benda ni. Walaubagaimanapun (;p) kami gembira ya. Okay semua kami ngaku kami gembira Segamat ada Secret Recipe buat kali yang ke-32 sekarang. Terima kasih kerana membaca!