Okay.Cerita pun bermula sekarang.
Tapi kejap.Chop chop.
Bagi tulisan warna merah baru seram sikit.
Okay.Boleh mula.
Alamak.Terlupa pulak.Kejap.
Kena makan choki-choki dulu untuk mengembalikan ingatan.
(selepas beberapa minit menarik coklat choki choki menggunakan gigi pada plastiknya)
Okay.Dah ingat.
Mereka cerita pasal hantu di kala tengah malam dan bulan tak berapa nak mengambang pun..
Kat kedai minum.Kedai mamak.Time tuh ramai org..
Mereka pun cerita la pasal benda nih tanpa perasaan seram walaupun sedikit..
Dalam kumpulan rakan sebaya ni ada orang Iban..
Mamat ni memang selalu nampak benda benda halus ni la..
Sebab bapa dia memang tukang halau hantu kat kampung dia..
So diwaktu mereka sedang hangat bercerita pasal hantu,
tiba tiba PAP!!
Muncul la puaka yang berambut panjang berserabai..
Gigi bercabang-cabang..
Berdiri di sebelah salah seorang kumpulan budak-budak nih..
Yang mamat Iban ni nampak..
Pada mulanya dia malas nk kecoh-kecoh..
Dia saje je tukar topik lain..
Tapi member-member lain bahan dia..
And mereka terus bercerita mengenai HANTU..
Tapi yang mamat Iban ni senyap jek.
Tiba-tiba,si Iban terdengar hantu tu berkata..
"BEST JUGAK ERK DENGAR CERITA PASAL AKU NIH"sambil memandang iban tuh..
Hantu yang masih memandang mamat Iban tu pun berkata lagi,
''KENAPA KAU SENYAP?AKU NAK DENGAR LAGI KAU BERCERITA MENGENAI AKU NI'' sambil mengilai-ngilai.
Lepas tu,mamat Iban tu pun bengang la.
Jadi,dia tegur hantu tu.
"OI BAIK KAU BALIK LA TEMPAT KAU" kate Iban tuh dan member-member lain pun terkejut.
Member dia pun tanya,''Kau kenapa wehh?''.
Iban tu jawab "ada hantu kat meja ni tengah dengar cerita korang".
Yang lain ketakutan dan terus balik..
Dalam perjalanan si hantu ni masih nak ikut dan dengar cerita budak-budak nih..
Dan kesudahan nya..
Tanak ar aku sambung cerita ni lagi.
Kang tak pasal-pasal 'dia' ada sama-sama baca cerita ni.
Huhu.